Idea untuk mengisi kelas relief

Cantik tak benda ni, korang? Pada pandangan saya kraf ni semua tak susah dan sesuai untuk mengisi masa murid-murid di masa kelas ganti. Teruja dapat tengok hasil tangan yang berwarna warni macam ni, kan?  Tapi macam mana nak dapat bentuk bunga macam tu ya? Ai, kena tanya seseorang ni.

Yang ni pun nampak tak susah nak buat, kan? Boleh guna botol air yang dah tak nak. Boleh buat bentuk binatang yang sesuai macam rama-rama, kucing atau burung..bahan lain ialah gam dan kertas warna, lawa ni kan?

Yang ni pun sama, boleh guna cawan yang dah guna. Minta murid warnakan, letak benang sebagai rambut maka siap! Lepas tu boleh buat hiasan di kelas pulak lepas dah siap ni.

Yang ni paling senang ni. Suruh je budak-budak buat bentuk tangan masing-masing, kemudian buat bentuk bunga atau apa-apa yang sesuai. Akhir sekali tampal ke bentuk tangan tadi seolah-olah bentuk pokok. Juga boleh dijadikan hiasan di kelas nanti. Buat warna-warni, mesti lawa nanti bila tengok dari jauh.

Yang ni pun saya tertarik juga. Rasanya kalau bagi murid lelaki buat hasilnya lebih kreatif nanti. Yeke? Ke tah apa-apa jadinya nanti? 

Yang ini pun termasuk dalam salah satu yang saya rancangkan nak buat. Hasilnya entahla macam mana. Murid-murid bakal bagi kerjasama yang baik ke tak nanti, kenalah tunggu sehingga hari kejadian. Keadaan kekurangan guru yang kritikal sekarang ni, memang agak terasa kepenatan dan ketidaklapangan masa. Tapi demi mengelakkan kejadian yang tak diingini, kena fikirkan sesuatu aktiviti yang menarik agar masa murid terisi dengan baik. 

Nanti saya update hasilnya ya.. apalah hasil ya nanti ya?

Comments

  1. Senang ,cantik, mudah....boleh bt pyalh

    ReplyDelete
  2. semuanya pun kreatif AN..mana entry yg semalam tu tajuk lain tiba2 dtg sini hilang.hehe..bagus cikgu isi masa dengan aktiviti kreatif.takdalah suruh buat kerja sendiri ja..klu camtu mesti depa bantai sembang,bising Satu kelas.tak sabar nak tengok hasilnya.budak dah besar mesti lebih kreatif,lebih advance hasilnya nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, entry semalam saya dh padam, menulis dalam keadaan stress, tak payahla korang baca.. keluhan yang tak best pun. saya nak tulis benda yang gembira je.. letih dengar orang mengeluh kan?

      tahla, harapnya budak2 ni beri kerjasama yang bagus. sesi petang sek kami mmg agak teruk kekurangan guru, jadi wajib setiap waktu kelas diganti oleh cikgu lain,jadi kalau tak ada aktiviti, mmg memekak la budak2 ni..

      Delete
    2. Hahaha... saya pun sempat tengok tajuk bila datang nak baca, udah tiada. Fahamlah tu sudah kena tarik balik oleh penulisnya ya ~_^

      Delete
  3. Kalau dah nama pun cikgu kena lebih advance dari anak murid
    Mana yg boleh diaplikasi ke anak murid akan dibuat
    Itu sebab ramai cikgu-cikgu yg kreatif

    ReplyDelete
  4. Bagus cikgu AN.. hehe..Sya suka tgk Benda lawa ² mcm ni..

    ReplyDelete
  5. Saya suka yang pertama dan terakhir ni walaupun saya bukanlah 'gadis bunga' katanya. Eh, sejak bila pulak AN jadi cikgu buat hasil-hasil gubahan 'kerjakahwin' macam ni..... Padanlah sibuk sangat sekarang ni.... Mehlah kalau tak cukup cikgu, panggil Cikgu MD ni datang sekolah. I ngajo free jerk. Tapi jangan lak komplen, karang tersayat di hati terus tak mahu tolong ngajo tau *_*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. ada orang berjiwa murni offer diri nak mengajar secara PERCUMA..meh la, dialu-alukan.. subjek yang kosong.. agama islam, geografi, sains dan matematik...

      Confirm xakan komplen.. cuma takut MD je yang lari lepas tgk perangai budak2 ni nanti..

      Ai, baru tahu bakat terendam saya? Haha..

      Delete
    2. Sains dan Matematik tu bolehlah. Tingkatan berapa? Tingkatan 1-3 ajekan? Alaa... kalau lupa pun boleh jerk auta. Cikgu yang ini bijak bab-bab auta budak-budak nih.... Kalau tahan, tahanlah. Tak tahan, ambil kunci kereta, start enjin dan balik, tak datang-datang lagi dah! Dah katanya cikgu percuma ~_^

      Serius baru tau ada bakat terendam. Ini baru yang terendamkan, yang terpendam tak keluar-keluar lagi dalam blog rasanya :)

      Delete
  6. kalau aktiviti tuk anak2 saya suka refer http://kidsactivitiesblog.com/
    banyak aktivity best tuk anak2 ikut umur yg sesuai ;)

    ReplyDelete
  7. cantek2 idea kraf tu..mmg sesuai sgt kalo suruh anak2 buat time reliefkan ckgu2 yg xde..kalau sy jd murid, suker3 ^^

    ReplyDelete
  8. Wah menarik gambar2 tu,bole juga diguna untuk buat aktiviti dgn anak2 nih

    ReplyDelete
  9. lya suka tgk kat 1 page kat FB tu..byk share art2 dari cikgu2.. mmg kretip la...
    kalo kak nak cari byk2 idea leh join grup TcerCollection-TC kat FB,,

    **pic2 y akak share ni x kluar kat pc rmh lya.. maybe klo tgk kot hp/pc opis bru nmpk kot..

    ReplyDelete
  10. Semuanya kreatif tp klu suruh sy yg buat mmg x jadik la...

    Kena lekakan murid kan? Klu x ada yg gaduh la apa la

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1