I ke U yang bos ni?

Malam semalam memang malam yang penuh sketsa dan drama. Naim itu macam, Nazif pulak ini macam. Tapi paling ketara pastilah Naim ni. Ada saja ideanya yang menggelikan hati mama.

Mula-mula lepas isyak, Naim asyik 'menelaah game'. Saya mulalah naik angin, bila saya tegur suruh Naim ni pergi ambil kertas dan bekas pensil, arahan saya tu dipandang enteng. Katanya "hari ni kan cuti mama, mana boleh belajar". Amboi. Ada pulak hari cuti untuk belajar ya. Yang dia main game setiap hari tu tak ada pulak cutinya. Tak boleh jadi ni, mama kena jadi transformers.. haha.. ambil tindakan drastik, saya tutup tv yang pada masa tu dipasang cerita ultraman. Ai, kemain bermaharaja lela ya bang.. sambil tekan tab dia tengok ultraman ya. Multi tasking sangat ya?

Naim mula terkejut bila keadaan jadi senyap tiba-tiba. Dia mulalah nak protes. Dia buat muka marah pada masa tu. Ai, ingat mamanya tak banyak tenaga di hari cuti ni? Tak kan menang dia punya. Kena berkeras ni. "Tulis dulu sikit baru boleh tengok ultraman semula... " arahan terbaru saya ni nampaknya Naim takut bila saya berterusan buat muka serius.  Mulalah dia masuk ke bilik dengan gaya hentak kaki nak mencari kertas A4.

Bila datang semula dekat saya, dia mula tulis abc hingga z dan 123 sampai 20 dengan gaya orang malas. Ingatkan lepas habis tu dia dah putus asa, tapi salah jangkaan saya rupanya. Entah macam mana, Naim mula panggil dirinya Thomas, saya pula dipanggil Bos. Bila saya puji Thomas bagus, Naim datang lagi untuk menulis. Buat pula matematik dan ejaan yang lain.

Kelakar pulak. Sambil belajar tu, dia asyik sebut saya ni bos je. Tapi agaknya dia anggap aktiviti ni sebagai main-main, maka seronok la pulak nak menulis macam-macam sampai 2 jam. Ha, memang tak sangka Naim bertahan sampai 2 jam. Habis beberapa helai kertas A4 diconteng dengan pelbagai perkara. Yang pastinya walaupun dia panggil mamanya bos, tapi dia yang bos sebab mengarahkan mama bersama-sama belajar dengan dia sepanjang malam. Memang tak boleh bergerak ke mana pun.

Ini pula aktiviti waktu rehat. Mama sengaja ajak diorang tidur, tapi mama pulak yang diarah turun sebab diorang nak menulis mengira lagi. Jadi, mama cari akal buat diorang leka sekejap. Maka, tercetuslah konsert rock selama 15 minit. Main gitar Uncle Intan Payung, seorang menyanyikan lagu Twinkle twinkle littel star versi rock, manakala yang sorang lagi menyanyikan lagu Faizal Tahir. Uncle Intan Payung tak baca blog mama ni kan? Haha, kalau dia baca abisla, mesti serta merta datang angkut baki barang dia yang ada lagi kat bilik atas ni..

Comments

  1. hahaha igtkan naim nazif punya guitar.uncle intan payung punya yer..

    bagus naim walau mula2 protes pastu enjoy studi sambil bermain.budak2 memang macam ni kan AN,ada benda yg depa minat boleh aplikasi, sambil bermain sambil belajar barulah have fun!

    tabiklah...dua jam lama gila tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ai..tak kuasa saya nak beli gitar utk dua budak kecil ni.. haha.. kalau ada uncle diorang tak berani masuk main pun..atas seliaanya mama je semalam tu..

      Tulah, 2 jam..saya pun dah rasa letih jadi bos dia juga yang berterusan nk menulis mengira..

      Delete
  2. AN ni tegas sgt la ngan budk2 tu..cian dia!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. adoi dah kena kecam..

      Bukan selalu kak.. kalau hari kerja, saya biarkan je naim main game.. sb mmg bila maknya balik dh penat, xdaya nk larang.. lagipun masa tak panjang utk naim main.

      Tp kalau hari cuti yang tak keluar ke mana-mana mcm semalam tu, berbulu mata tengok naim asyik menghadap benda tu je.. kejap di laptop, kejap di tab, kejap di hp.. tu blm lagi dia jumpa ipad yang disorokkan.. bahaya sb banyak gadjet yang dia boleh guna.. xnak la anak asyik main game je, mama papa semalam mmg banyak kerja yang kena buat..saya menanda buku bertimbun, papanya pun kerja dari rumah.. jadi malam tu nak habiskan masa dengan anak

      Delete
  3. Aha, samalah macam dalam rumah saya ni, AN. Bab game takda time limit. Lepas tab, pergi laptop. Lepas laptop sambung desktop. Yang itu tak payah ingatkan, tahu aje bila nak mula. Kalau bab belajar memang kena ingatkan setiap jam. Itu pun sebab dia tahu nanti Mommy bertukar rupa, kerjarumah semua siapkan cepat-cepat sebelum Mommy balik kerja.

    Seronok tengok budak berdua ni berbaik-baik buat 'mini concert'. Si adik tu awat kaki tak nampak? Mesti comel kalau berjalan dengan seluar panjang hak gitu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Risau kita kan. Anak asyik dengan gadjet je takut nanti jadi antisosial pulak.. pandai je depa ni kalau bab teknologi ni.. masuk pword bagai pun tahan 4-5 hari je, lepas tu pandai je dia buka dgn password.. adoi..

      Haha.. seluar nazif ni panjang sangat kakinya.. masa nampak dilipat tp masa xnampak meleret gitulah jadinya..

      Masa mini concert tu taklah berbaik sangat, masing2 beradu kuatkan suara sebenarnya..

      Delete
  4. Hihi.....teringin nak tengok muka bos yg serious tu. Macamana agaknya...
    Biasalah budak budak AN gitulah.....ada je modal dia nak bagi kita geram. Reti takut juga Naim tu ye bila bos marah!

    Wow Uncle Intan Payung ni mesti selalu jammingkan, kalau dah gitar pun sampai dua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. bukan 2 tapi dia ada 4 gitar tau.. haha. Abg sulung dan intan payung mewarisi bakat abah... suami saya je xpandai main gitar..

      Haha.. sekali sekala buat muka garang.. dah sabtu sepanjang hari, ahad pulak sepanjang siang dia berseronok.. mana leh jadi.. siap kerja saya, mulalah nak tunjuk taring..

      Delete
  5. kalau saya kat rumah memang garang..memang tak de babak bila disuruh hentak2 kaki..heheh...suami saya pun cakap saya garang sampai anak tak berani nak melawan..tapi....kalau suami saya ,saya rasa dia sama macam awak jugak la...hahah...memula aanak protes ,lepas tu lama2 dia syok sampai kadang2 ayah nya yang bosan melayan..hahahah..

    ReplyDelete
  6. Budak2 ni sesekali kena tunjuk tegas/serius jugak kalu dorang dah nampak mula malas dan culas belajar...bukan apa just nak peringat kan balik supaya tak lalai bermain jer...

    Bukannya kita tak bagi chance bermain dan berehat langsung...tapi kalau terover pun kena cepat2 sedarkan...walaupun masih kecil...dah jadi buluh nanti susah pulak nak bentuk...bukan dari segi akademik saja...malah dalam pembentukkan akhlak yang lain juga kena ambil berat..

    Sebagai parents kalau anak2 yang mula manunjukan sikap malas atau memberontak...tak salah kita tunjukkan muka garang dan serius sesekali...just utk gertak dan mengajar...kalau tak kita siapa lagi...dalam masa yang sama...dalam hati masih ada taman kan..

    ReplyDelete
  7. Untung la dorang dpt mama seorang pendidik..
    skill yg ada diserap pada anak2 kan?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak juga sam.. semua mama pun boleh buat gini.. kalau nak

      Delete
  8. bagus juga ni belajar sambil bermain,nak cuba buat jugak lah untuk anak-anak akak nanti, pening juga kadang tu mencari idea untuk anak2 nak belajar terutama abg adam tu...

    ReplyDelete
  9. Mamanya cikgu haruslh tegas mcm cikgukn...
    tk cikgu lgilh garang...
    tegas perkara yg baik tu...kna ada, klu tk main mmanjg...

    ReplyDelete
  10. Salam, dtg menjengah bila ada sedikit kelapangan. Walau jrg bertamu, ingatan itu tetap ada dikalbu.

    ReplyDelete
  11. Hihihi... mcm² kan perangai anak..Aniq yg kecil ni pun dah pandai.. bila kita larang,di tirunya cara kita ckp.. weee.. nak tergelak pulak

    ReplyDelete
  12. ragam anak2 kadang2 bikin mak sakit ati tp ada kala nya geli hati jugak dgn gelagat dorang..hehe..salam kenal dari sy..

    ReplyDelete
  13. abis la..x lama lg faizal tahir xleh cari makan :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... lama lagi tu.. kena nazif besar sikit kot baru faizal tahir tergugat.. haha..

      Delete
  14. waahh..bgus sgt naim..walaupon pd awlnya protes.. at least lps tu dia ikut..sbb tu kt kna bijak utk mgajar ank dlm suasanan y myeronokkan..

    ReplyDelete
  15. Wahh terus lupa kisah mama dia tutup tv ye? Hebat ni. Kena berguru ngan awak la ni. Bilalah dpt jmp kan? Byk benda nk tny kat awk psl cara didik ank2 ni terutama syafiq yg kuat memberontak.

    Hehe ingatkan awk punya gitar:)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1