Kalau baik tak kekal lama?

Korang biasa tak dengar ayat yang orang baik-baik cepat meninggal dunia berbanding orang yang jahat? Lagi satu kalau kat tempat kerja, orang yang baik tu cepat je ditukarkan ke jabatan atau tempat lain. Sedangkan orang yang buat kita rasa semacam tu, lama betul menyiksa kita dan berada di samping kita, ya kan? Pernah dengar tak?

Saya dapat ilham nak tulis pasal ni memandangkan ada seorang rakan guru yang berpindah ke sekolah lain mulai esok. Sedih tau ni. Bukan saya je bersedih, ramai yang bersedih dengan perpindahan rakan ni. Beliau memang seorang yang rajin dan baik. Walaupun baru setengah tahun mengenali beliau, ramai yang mengatakan terasa cukup rapat dengan beliau dan terasa kehilangan beliau ni.

Hebatnya penangan insan baik dan berdedikasi dalam sebegini. Ramai yang mengenali secara peribadi mahupun secara profesional turut terasa berapa pihak sekolah rugi dengan ketiadaan seorang guru yang berdedikasi seperti beliau.

Semasa berbual dengan rakan ni pada hari Jumaat yang lalu, beliau yang saya panggil akak ni sempat berpesan, " Akak dah merasa macam-macam pengalaman di banyak sekolah sebelum ni, alhamdulilah Allah tunjukkan yang kalau kita buat dengan ikhlas, lambat atau cepat akan ada balasan baik buat kita". Terharu betul saya.

Moga sahabat saya ni akan lebih maju dan berjaya di sekolah yang baharu. Moga jarak yang lebih dekat juga menjadikan urusan kekeluargaan lebih lancar.

Kita pun, jomlah memanfaatkan detik-detik yang ada. Betulkan niat, lakukan dengan ikhlas dan yakinlah kepada-Nya. InsyaAllah benda yang baik-baik menanti. Pendek ke panjang umur, bukan kuasa kita, tak perlu difikirkan.

Comments

  1. as salam
    ya mmg pernah dengar
    alahai mmg terharu kan
    smga kakak tu sentiasa ceria di tempat baru..

    ppstt: tima kasih kak AN, :)

    ReplyDelete
  2. Pernah dengar..rasanya tipikal melayu percaya sgt dengan org baik mati cepat..org yg baik akan cepat tinggalkan kita.

    Betul AN, yang penting ikhlas. Kalau kita buat baik, insayaallah Allah akan balas yg baik2

    ReplyDelete
  3. insya allah. jarak dekat akan menjadikan hidup lebih berkualiti. utk family dan kerjaya juga. skrg ada mcm2 cara utk berhubung... persahabatan insya allah tidak terputus

    ReplyDelete
  4. Pernah juga dengar ore royat gitu...
    Betul nasihat akak tu...
    Semoga beliau terus maju jaya di tempat baru...

    ReplyDelete
  5. Rajin gak dengar ore royak gitu..

    Pasti terasa kehilangan...

    ReplyDelete
  6. Mmg selalu org kata mcm tu.. rasa terharu pulak bc entry ni walau x.kenal siapa dia.. tp boleh rasa keihlasan dari.kata² tu

    ReplyDelete
  7. Btl tu , bila org baik , mmg org cpt tersentuh , tak rugi pun kan kalu buat baik

    ReplyDelete
  8. Ai pun ada sorang boss yg baik sgt suatu ketika dulu Aisy, tapi keja dgn dia tak sampai setahun.. tup2 dia meninggal sakit jantung. Sedihnya rasa. Alfatihah utk beliau.

    Semua itu rahsia Allah kan... kita pun tak tau. Mungkin mereka cepat diambil pergi sbb dah layak meraih Syurga-Nya kot. Wallahualam.

    ReplyDelete
  9. acik pernah jugak dengar ni AN..
    memag sedih bila berpisah dengan kawan yang baik kan AN

    ReplyDelete
  10. mmg penah dengar ..yg kalu org jahat susah nak mati pun penah dengar gak AN..hehe

    ReplyDelete
  11. Salam,

    kadang tu kebetulan jer kot...

    ReplyDelete
  12. kadang-kadang yg baik cpt jer ajal di jemput ye...
    hikmah..

    ReplyDelete
  13. Mungkin bagi peluang pada orang lain pulak untuk dpat kawan yang baik..ehhehe

    ReplyDelete
  14. ade gak dengar aisy....tapi tu laa ajal maut di tangan tuhan...mungkin kebetulan atau mmg betul.... moga2 ade laa masa tuk kite perbaiki mana yg kurang elok dan Allah terima amalan kita...

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah..Allah bg peluang AN & rakan2 berkenalan & berkawan dgn insan yg baik/dedikasi/banyak nilai2 positif, walaupun utk tempoh yg agak singkat..semoga Allah beri pengganti yg lebih baik lagi..amiin

    ReplyDelete
  16. insyallah..
    smoga beliau terus sukses disekolah baru..
    org y mpunyai sifat baik pasti akan disukai ramai..

    ReplyDelete
  17. hmmm sedihnya polisi macam tu kan... yg baik diletakkan di tempat yg teruk supaya tempat yg teruk tu jadi baik... sudahnya tempat yg teruk bertambah teruk, yg baik bertukar jadi teruk... saya pernah alami masalah yg sama... sudahnya saya berhenti supaya kerosakkan tak semakin parah... apa boleh buat.. sesetengah masyarakat tu sudah tak boleh nak dipulihkan lagi... menunggu bala dari Allah saja... jadi sebelum bala tu sampai dengan kita ada di dalamnya... lebih baik angkat kaki... (pssttt lepas saya berhenti company tu terus lingkup sebab banyak masalah dan semua yg masih di dalamnya kena buang tanpa pampasan... alangkah leganya saya rasa... dan yg jumpa saya lepas tu memuji tindakan saya... syukur alhamdullilah...) dan mudah2an insan yg baik akan diselamatkan Allah dari malapetaka kejahatan hati manusia

    ReplyDelete
  18. Selalu sgt dgr dan alami. Rasa tak puas bersampingan dia dah pindah. Rasa kosong dan mcm hilang sahabat. Mmg blh contact tp dah x akrab mcm sblmnya

    ReplyDelete
  19. Biasa dengar juga. Apa motifnya ya? Supaya kita jangan jadi baik 'sangat' ke? Jadi takdalah cepat kena pergi menghadap-Nya ataupun dalam apa-apa hal, kita yang kena dulu?

    Orang baik memang banyak dugaannya. Tengok ajelah bila kita niat nak buat baik, macam-macam hal yang berlaku. Yang penting kita ikhlas dalam melakukan sesuatu dan tak mengharap balasan. Allah tahu apa kita buat, balasan setimpal daripada-Nya pun dah cukup berbanding dengan penghargaan yang kita dapat dari sesama manusia!

    ReplyDelete
  20. pernah juga dengar macam tu,macam bos juga la,kalau bos baik tu cepat je dapat tukar,kalau bos yg tak berapa digemari tu,lama betul bertahan..hahaha

    ReplyDelete
  21. Setujulah dengan kawan awak tu AN....bila kita buat baik akan ada balasannya lambat laun kalau bukan dpd org yg kita buat baik, dpd org lain pasti ada....

    Memang le sedih, dahlah baik, kena berpisah pulak...Gitulah penangan org baikkan AN...

    ReplyDelete
  22. Pernah dgr mcm tu.. jd sementara masih hidup xsalah kalau buat baik kt smua org

    ReplyDelete
  23. biasa dengar tu, orang baik biasanya cepat aje perginya
    kenapa saya pun rasa nak menangis dengar cite ni
    teringat kawan lama plak rasanya
    apapun moga kawan cikgu AN tu terus maju jaya
    cikgu AN pun sama ye =)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?