Dah mula bertanya isu sensitif

Meriah betul dua hari ni. Semalam dan kelmarin rumah saya yang penuh orang. Terutamanya semalam, buat kali pertama rasanya rumah dipenuhi dengan 17orang termasuk kami anak beranak. Maksud saya semalam tu 17orang tidur di 4 bilik dan ruang tamu. Meriah betul. Rasa tak nak tidur pula, sebabnya seronok berbual dengan anak-anak buah yang duk menyembang hal masing-masing. Dah lama tak merasa kemeriahan macam ni, lagipun masa balik kampung masing-masing tak sama.

Hari ni pula, kami beramai-ramai memenuhkan rumah kakak saya pula. Bila dah ramai ni, solat pun meriah berjamaah. Naim tadi dah mula nak tanya, "aik, mama tak solat sama ke?" . Agaknya dia tengok saudara mara lain ramai yang solat, kenapa pula mamanya tak solat. Kalau kat rumah sendiri dia tak perasan sangat sebab tak solat jamaah beramai-ramai macam ni.

Haha.. saya terlupa pulak yang tanya tu Naim, budak 5 tahun. Terus je jawab "mama takleh solat". Lepas tu baru saya perasan dan saya tengok muka Naim macam tak faham. Ai, dah mula nak tanya ya.  Lagi beberapa tahun makin banyakla soalan yang dia nak tahu kan? Kena bersedia dengan jawapan yang sesuai ni.

Comments

  1. Jenuh juga ye nak explain.ank dh makin besar ni jawapan pun kena sesuai.macam sy tadi amik aiman dr sekolah singgah kedai cakap nak beli pad.dia tnya pad tu apa.sy explain ja pad tu pakai kt mana.hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. naim penah gak tanya. Saya bgtahu pad tu pampers mama.. haha.. dia mcm faham je bila bgtahu gitu..

      Delete
  2. Lima tahun.. Kena bg alasan yg buat di betul2 faham. Huhuhu

    ReplyDelete
  3. haaa..ni cabaran nk terangkan kat ank..
    hihi.. lya pon kena dgn asya..

    ReplyDelete
  4. betul tu kena bersedia dengan jawapan bila ada pertanyaan dari anak2...memang agak mencabar la,bila dah dijawab masih keluar perkataan kenapa?kenapa? pening juga nak fikir hehehe

    ReplyDelete
  5. Bertabahlah AN bila soalan-soalan sensitif mula keluar dari mulut anak-anak lelaki kita :) Saya dah puas kena berdas-das 'tembakan'. Jenuh juga nak cari perkataan sesuai. Sama macam PK, si Adik pernah offer lagi kalau-kalau saya nak pakai pampers dia bila dia nampak saya koyakkan plastik berisi sanitary pads tu :)

    ReplyDelete
  6. hihi.xpa pelan pelan terangkan.lambat laun dorang akan belajar dan tahu juga.
    good luck akak

    ReplyDelete
  7. saya dah banyak kali kena tanya soklan sama
    umur gitu kan
    kami kalau maghrib memang kebiasaan solat berjemaah
    time tu je dapat berkumpul, bila tetiba takde saya
    bising dia, terpaksa juga berlakon sebab malas nak bersolat jawab =)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts