Mengikuti perkembangan

Cukup meriah majlis Pemahkotaan Sultan Johor. Seronok tengok kan..Namun saya sejak dengar pasal majlis ni, dua persoalan bermain di fikiran saya. Pertama, saya bertanya kenapa baru sekarang diadakan majlis ni? Sedangkan Sultan dah lama juga naik takhta. Lagi satu yang saya tertanya-tanya ialah kenapa ayahanda Sultan sebelum ni tak ada pula majlis macam ni?

Akhirnya, terjawab persoalan tu. Terima kasih kepada Kak Mimi, pakar sejarah sekolah kami. Cikgu pakar sejarah ni menjelaskan kepada saya yang majlis pertabalan atau pemahkotaan ini sebenarnya satu majlis rasmi untuk memaklumkan tentang sultan yang dilantik. Sultan yang naik takhta boleh memilih untuk melaksanakan atau tidak melaksanakan majlis ini.

Alhamdulillah, nampaknya majlis sedang berjalan lancar sekarang ni. Kemeriahan majlis ni, semoga sedikit sebanyak memberikan peringatan kepada semua untuk mematuhi Sultan yang berkuasa. Dapat juga kita memahami sedikit sebanyak adat kaum Melayu yang sebenarnya memang kaya dengan adat dan patut dibanggakan. Dapat juga kita tunjukkan kepada kaum selain kaum Melayu tentang kebesaran dan adat istiadat Melayu yang ada.

Kalau korang ada anak-anak 13, 14 dan 15 tahun memang patut mengambil tahu tentang majlis Pemahkotaan Sultan Johor hari ni. Banyak sangat fakta sejarah yang dikupas, diberi penjelasan dan kalau korang dapat lihat dan dengar akan pasti sedikit sebanyak dikaitkan dengan topik-topik yang dipelajari dalam mata pelajaran Sejarah Tingkatan 2. Bolehla anak-anak ni nampak dan kaitkan tentang apa yang dipelajari dalam buku teks diorang.

Comments

  1. orh johor untung sebab dpt cuti.hehe ohh ada dalam buku sejarah form 2 rupanya, memang eloklah anvil tahu, kita pun ambil tahu juga buat tambah pengetahuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah kan.. jeles la johor cuti hari ni..
      Aa sejarah f2 ada bincangkan permulaan penjajahan British di Johor.. jadi sultan Abu Bakar buat perlembagaan untuk melindungi hak raja dan eh panjangla kalau nak terangkan.. haha... kena duduk2 minum dulu ni

      Delete
  2. ni la fakta sejarah utk generasi masa kini jgn dok asyik layan gajet je,xgitu AN?hiii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btl kak.. kena juga tahu sejarah asal usul kita

      Delete
  3. muhammad tya kat knor..'mama, cikgu tu ckp kita kena maju berwawasan berpandangan jauh kedepan..tapi kenapa ada buku sejarah..?knapa kena beljar sejarah..boleh tolong jawabkan cikgu aisy?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. ramai budak2 tanya mcm ni..

      Knor bgtahu Muhammad, kita kena belajar sejarah utk kita tahu asal usul bangsa dan keturunan kita, kita dapat memupuk rasa cinta akan negara, mengenang jasa orang terdahulu dan dapat mencontohi nilai murni atau mrngambil pengajaran mana yg tak baik jgn kita ulangi..

      Delete
  4. miha... baru tahu kenapa, klau tak tertanya2 juga. Tq sbb share

    ReplyDelete
  5. saya tak dapat tengok!
    curious nak tahu pasal ni sebab bukan selalu berpeluang tengok
    acara yang penuh bersejarah ni
    dulu subjek sejarah adalah yang paling saya minati

    ingat lagi cikgu sejarah saya penah kata
    subjek sejarah tak boleh dibuat subjek pilihan sebab tak akan ada orang pilih
    kita akan lupa sejarah bangsa

    ReplyDelete
  6. Saya pun belajar benda baru dari entry ni...
    Dulu2 zaman belajar tak berapa minat sejarah ni...
    Asyik la mengantuk bila kena baca buku...
    Tapi skrang baru minat tu ada sikit2 nak tahu sejarah kita...
    Membaca sebb exam dan membaca semata-mata minat tu mmg lain rupanya :)
    Better late than never :)

    ReplyDelete
  7. memang seronok seminggu dua ni..
    rasa banyak benda yang terjawab...
    kalau dulu orang kata dia garang...
    tengok majalah 3 semalam...
    alahai lembut hati orangnya...
    ituler selalu dengar dari hujung2 telingga..

    ReplyDelete
  8. saya pon thk tv1 malam layan tv3 pulak.
    terasa macam masih ddk di jb..
    seronok tetiba rasa bangga

    betul tu kak

    ReplyDelete
  9. Sayangnya okje terlepas AN..... entah buat apa agaknya okje pagi tu.... Berangan tak habis kot haha.....

    Kalau tak silap ayahanda sultan pun ada buat jugak tahun 1960 kalau tak silaplah ... ada terbaca entri Bunda rasanya.... Teringat pulak masa Sultan ni kawen dulu rasanya siaran langsung kat TV. La ni tak de anak sultan kawen ek....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tahun 1960 tu datuknya ...sultan iskandar...

      Delete
    2. Ops.. mujur Kak Zakie perasan.. yg tahun 1960 ni masa Sultan Ismail..

      Delete
  10. owh..tu ke ceritanya..saya tertanya-tanya juga kenapa baru buat..hoho..ty kak AN bagi tau...

    ReplyDelete
  11. salam kenal. akk suka tgk semua program tersebut, rasa idtimewanya Melayu & adatnya

    ReplyDelete
  12. Salam...
    Walaupun Bunda ni orang Perak tapi Bunda teruja dan nak tahu sangat akan acara istiadat ini...

    Memandang acara yang sama berlaku 55 tahun lampau masa tu Bunda masih baby lagi..

    Bunda saksikan acara istiadat ini dari mula hingga akhir dikaca tv pada hari itu...

    ReplyDelete
  13. Aisy... Sultan Iskandar itulah ayahanda Sultan Ibrahim sekarang. Majlis pertabalan Sultan sebelumnya dibuat dulu sewaktu kita semua belum lahir lagi 1960. Jadi majlis 23-03 yg lepas adalah majlis selepas 50 tahun dulu itulah yg meriahnya tak terkata. Kakak walau dekat tak pergi pun tapi tengok dari lintas langsung tv3 aje. Nak pergi boleh tapi parking jauh dan panas itu yg malas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. btl2.. sultan Ismail patutnya yang tahun 1960 tu.. salah pulak..

      Delete
  14. Johor cuti dptlah bonda dan ayah jln2 tgk baby sy lagi. Best2

    ReplyDelete
  15. Tk sbb bagi jawapan kepada soalan yg sy sndiri tertanya2..alhamdulillah istiadat kemahkotaan berlangsung meriah..lampu lip lap lip lap pun masih menyala2 lg kt bandar :)

    ReplyDelete
  16. I pun mulanya tertanya2 jugak Aisy. Tp cuma berkata2 dlm hati je le. Sib baik Aisy rajin merungkai.. dpt gak I menumpang baca. Thanks.

    ReplyDelete
  17. haishhh...akak pun taktau pasal sejarah ni.

    ReplyDelete
  18. Haipp.... itu Sultan kita ^_^ Hidup Johor! Orang Johor memang hebat. Dahlah Sultan hensem (masa muda), aman makmur jerk walaupun cost of living tinggi *_* Erkk... takda kena mengena dengan entri pulak dah!

    Saya tak dapat tengok tapi HD tengok dari awal sampai akhir kerana katanya 'very rare occassion' dan HD tak pernah tahu hal-hal sultan ni semua. Saya suspect HD sibuk nak tengok TMJ tu *_*

    Eh, ada dalam buku Sejarah ke? Awat tak ingat pun pernah belajar! Oh, lupa pulak! Bab-bab sejarah ni memang not my plate lah kata orang Spanish!

    ReplyDelete
  19. harap2 bebudak sukakan sejarah.. malaysia banyak adat dan sejarah

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1