Ahad yang berlalu, semoga bahagia semuanya

Alhamdulillah hari Ahad yang lalu merupakan hari yang menggembirakan buat kami dan harapnya juga menggembirakan buat korang semua. Pagi-pagi kami lepak je kat rumah. Dalam pukul 11.40 tengah hari mula keluar dari rumah untuk pergi ke kenduri kahwin kawan saya yang bertempat di Vila Titiwangsa.

Alhamdulillah, meriah sangat majlisnya. Makanan sedap, suasana selesa dan sesuai dan pengantinnya siap berarak naik kereta kuda lagi, meriah tul majlisnya kan? Ahmad berdua ni pun sukalah sangat sebab majlisnya buat kat tempat ada kolam, suka tengok air katanya. Mama jelah makan tak berapa nak kenyang sebab asyik mengejarkan diorang je kerjanya. Takpela, asalkan dapat menghadiri majlis kawan ni pun dah cukup rasa bahagia.

Bergambar dengan pengantin beramai-ramai, kemain lama nak habis snap sebab banyak kamera yang hulur satu demi satu. Tak tahu senyum lawa ke tidak dah. Baju pengantin ni, kawan saya buat sendiri rekaannya. Ai, kagum lagi. Bila masa dia ni ada masa nak mereka baju ni? Saya ni kerja yang ada pun tak abis buat. Haha, kalau dah nak tu, pasti ada je masa nak buat semuanya kan?



Bila pengantin dah turun, geng budak-budak pula yang menguasai pelamin. Sabar jelah.. 

Dah habis menjamu selera di tempat kenduri, kami bergerak ke rumah Kak Ja pula. Lagilah dua Ahmad ni suka. Dapat bermain dengan Kakak Ewin, sepupu kesayangan. Memang tak berhenti main masa kat sana. Suara Naim bergelak dan Nazif yang mengajuk setiap ayat yang Naim sebut, memenuhi ruang. Akaknya pula beriya melayan budak-budak ni. Memang main sesungguh hatilah jadinya.

Makan lagi kat sini. Makan kek hari jadi Kak Bi pula. Yang paling banyak makan kek ni pastilah Ahmad Naim. Ditambah pula birthday girl pula masak bihun goreng yang sedap. Makan lagi sikit sebanyak. 

Ha.. abisla cerita kisah hari Ahad kami. Sedar tak sedar dah pun masuk bulan Mac ya, sungguh cepat masa berlalu dengan semua kesibukan yang ada. Moga apa pun yang kita lakukan, orang sekeliling tetap jadi keutamaan kita, tetap ada masa untuk semuanya. Doakan yang terbaik dan doakan yang baik-baik belaka.

Comments

  1. Alhamdulillah..Ahad yang terisi dengan aktiviti yang anak2 dan mak pak pun suka..heheheh

    ReplyDelete
  2. Berbaloi klu dpt buat baju pengantin sendiri.
    Kwn I yg "keras tgn" pun tampal renda sendiri baju pengantin dia.. Pastu tu make up sendiri.. Bila I Tanya.. Dia ckp blaja ngan I.. Tah bila tah? Haha..

    Kejap je dah bulan Mac kn Aisy.
    I plak risau sbb blom abis byr posa..jp lg ramadhan.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha.. kena cepat ganti tu.. tak lama dah ni..

      Delete
  3. Ahad yg best,penuh aktiviti makan2!dasyat pengantin reka baju sendiri.jahit pun sendiri ke?hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. design je sdiri.. jahit orang lain..

      Delete
  4. Hari Ahad kami pula penuh dgn aktiviti shopping....
    Batul lah, lajau benar rasa masa skrang ni...

    ReplyDelete
  5. best gitu AN...xpyh susah2 nak msk!hehe...

    ReplyDelete
  6. amboi meriahnya budak2 kenit tu 'mengerjakan' pelamin..hehe ahad saya mcm biasa, rutin supir hntr anak2 ke sekolah..

    ReplyDelete
  7. seronok anak2 kan AN..masa anak2 kecik ni macam tu la AN..makan tak kenyang..mandi tak basah..tidur tak lena..anak2 dah besar macam acik..mak pulak makin kembang..sebab makan terlebih kenyang dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. acik xpe..kembang sikit tapi awet mudanya banyak..

      Delete
  8. Meriah sungguh anak2...take over pengatin yea...

    ReplyDelete
  9. Padatlah kiranya hujung minggu yang lalu, ya! Untung, untung orang yang pandai menjahit ni. Baju kahwin pun jahit sendiri. Kita ni semua pun main tempah aje dah namanya tangan keras kejung, memang takda skill langsung! Kalau dah minat buat sesuatu tu AN memang akan cari masa untuk membuatnya. Lainlah cerita dengan orang yang takda minat (macam saya) ni :)

    ReplyDelete
  10. Kalau dah macam ni best juga Aisy tak perlu sesusah nak masak bagai. Makan sana-sini semuanya sedap dan foc lagi:)

    Sebenarnya kakak macam dah malas nak berblog tau Aisy. Kadang tu kakak masuk blog kawan macam inilah gambarnya kakak tak dpt tengok. Just baca ajelah..

    ReplyDelete
  11. wah seronoknya pergi kenduri...moga pengantin kekal bahagia hingga ke jannah.

    ReplyDelete
  12. sejuk mata tengok pelamin tu ^_^

    ReplyDelete
  13. Selamat Pengantin Baru kepada pengantin... bestnya pengantin berarak dengan kereta kuda... ala ala perkahwinan diraja British gitu...

    ReplyDelete
  14. mmg nmpk meriah sgt tu
    mk2 dgn berbudak sama jer meriahnya..
    jauh sgt gmbr pengantin tk leh nk fokus... anyway tahniah alhamdulillah barakah

    ReplyDelete
  15. assalam
    akak, minta maap.baru nk bls jejak. itu pon slps akak singgah lagi. belum sempat sy bls jejak akak dh singgah kembali >_<
    maafkan saya.
    tak sempat. balas bw kengkawan pelan pelan je skrg ni. macm kura kura je kekdahnya.

    titiwangsa ?
    puas hati kan bila makanan sedap..
    itu sudah normal kan. tp suka tgk

    kan skjap j dh bln mac.

    ReplyDelete
  16. salam..Aisy sihat? saja bertanya khabar

    ReplyDelete
  17. lama tak menjenguk ke sini.. dah semakin besar dah anak2 ini

    ReplyDelete
  18. Kalau dpt mkn kenduri mmg anak2 saya pun seronok... mkn sikit.. main byk... seronok dpt keluar dr rumah gamaknya... betul la... mmg cepat masa berlalu..

    ReplyDelete
  19. Memang meriah area tasik tu skrg ni, byk majlis buat kat sana. Tp kalau budget besarlah.. Mcm saya ni dulu, kenduri biasa2 aje kat kg. Wahh... Bestnya dpt jahit baju aendiri.. Sy pon baru berjinak2 dlm bidg ni.. Harap2 diberikan kekuatan... Hehehe..

    ReplyDelete
  20. Tahniah buat pengantin.....
    Hihi yelah kan AN....kadang tu pelik....macamanalah diaoang ni boleh cuku masa buat macam macam...OKje ni yg tak kerja pun rasa tak cukup masa hihi..... Tp sebenarnya banyak bazir masa haha....

    Amboi ..... cantik org pakai baju mint green tu hihi

    ReplyDelete
  21. kita kat sinilah..hari ahad, ada permulaan hari utk bekerja sekueknya..sunday blues.. hihi

    selamat pengantin baru buat mempelai

    ReplyDelete
  22. bestnya naik kereta kuda.. suka la naik atas pelamin. main kawen2. hehe
    tahniah buat pasangan pengantin.

    ReplyDelete
  23. hehe...selagi ada anak kecik
    memang gitulah ragamnya. kalau makan tu tak rasa kenyang pun
    tak pernah tengok berarak naik kuda tu
    mesti best kan

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1