Anak lelaki ke anak perempuan sama je

Bangun pagi ni, tersenyum lebar Papa N melihat wajah Nazif. Katanya, " Pandai betul adik tolong mama kemas semalam ya, bagus anak papa ni". Orang tu tengah lena tidur pun sebenarnya, saya je yang dengar suami mengomel tu. Senyumla juga mengenangkan kejadian semalam.

Betullah kata orang, kalau kita bagi didikan yang betul, insyaAllah anak-anak kita bakal jadi anak yang soleh solehan. Pastinya perjalanan kami masih jauh, tapi mengharap dan berusaha tu insyaAllah. Macam kejadian semalam. Saya sambung lagi mengemas rumah, maklumla bertekad nak kemaskan rumah tanpa panggil orang bantu, memandangkan musim cuti ni. Sesambil jaga anak tu, perlahan-lahanla buat ye. Apa yang nak digaduhkan, bukan ada raja nak singgah ke rumah ni pun. Jimat duit pun ya kalau biat sendiri.

Tapi tak disangka, masa saya kemas bilik atas, Nazif beriya-iya nak tolong. Saya kemas yang lain, Nazif yang vakum ketiga-tiga bilik tu. Tak delah hasilnya macam kerja bibik endon upahan tu. Tapi budak 3 tahun ni, saya perhatikan jenis yang prihatin dan bersungguh-sungguh juga sifatnya. Dia buat sampai habis, sambil tanya dah ok ke tak. Saja je saya tunjukkan tempat yang macam ada habuk lagi, tanpa soal Nazif akan vakum sampai habis. Ada juga saya perhatikan yang Nazif sendiri buat pemerhatian, tanpa tanya mamanya kalau dia nampak tempat tak bersih, dia cepat-cepat vakum semula. Kagum weh.

Masa saya kemas kabinet pun sama. Dia tahu mama buat kerja, dia datang hulurkan bantuan. Pinggan corelle saya pastilah saya tak bagi dia angkat. Benda-benda lain dia yang tolong. Dia susun sudu garfu, mangkuk atau cawan plastik, periuk kuali dan bekas tupperware. Tapi kerja budak 3 tahun kan? Lepas dia letakkan ke tempatnya, saya ubahla bagi bendanya nampak lebih kemas. Mana yang dia susun sebiji-sebiji tu saya ubahla susun bertingkat kalau jenis sama. Dia pun takla marah, sebab tak dihalang kreativiti dan usaha awalnya.

Jadi moralnya kawan-kawan yang ada anak semua lelaki macam saya atau semua perempuan, jangan kita ada rasa terkilan ya. ALLAH dah bagi kita rezeki macam ni, kita redho dan usahakan apa yang ada. Tak ada jaminan anak perempuan yang akan jaga kita bila kita tua. Tak ada jaminan juga anak yang dekat akan jaga kita bila kita tua. Tak ada kepastian juga anak yang kaya akan menyenangkan kita. Apa yang pasti hari-hari mendatang, kita kena berikan yang terbaik dari segi pendidikan keagamaan dan contoh yang baik. Moga anak-anak kita semua jadi insan berguna, dan dapat kita tumpang di saat dah tua nanti. Cewah, dah macam ustajah pulak pagi ni. Mengharap tak salah kan?

Comments

  1. Betul tu anak lelaki atau perempuan sama saja,yang penting didikan ibubapa, yang paling penting bersyukur kita punya anak2

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah ..dapat anak yang rajin tu satu bonus kan.Memang betul...alhamdulillah ..dah jejak kaki ke India.. Salam kenal n follow sini.

    ReplyDelete
  3. betul tu...tak kira lelaki ke perempuan, yg penting cara didikan..macam family husband sya, semua lelaki, tapi rajin-rajin & pandai memasak,mengemas rumah..

    ReplyDelete
  4. Boleh buat menantu ni... hehehe
    Setuju sgt tu AN.. kalau kena cara ajaran tu, anak2 akan terbntuk dgn cara yg kita ingini..
    Tambah2 anak seusia Nazif... lagi mudah menyerap perlakuan orang sekeliling :)

    ReplyDelete
  5. betul tu.tak kiralah anak lelaki ke perrmpuan ke..kena didik dari kecil menbantu kerja2 rumah. jadi berkuranglah pergantungan kita pada bibik indon..

    ReplyDelete
  6. Bertuahnya kak eni...terima kasih atas peringatan kat perenggan akhir tu..bermakna sangat!

    ReplyDelete
  7. Budak2 ni suka buat kerja yg mak n ayah diorg buat...kita jer sllu tak bgi...sbb tk bersih,ala kadar sesuailah dgn umur...tapi klu mat saleh dia sntiasa puji anak tu,walau kerja dia tak seberapa..

    Dh besar suruh mmg tak jlnlah...hehheh
    Lainlah jenis yg iku ckpppp...kn..kn

    ReplyDelete
  8. Memang betul kata-kata AN tu. Anak lelaki ke, perempuan ke, kalau malas dan tak mengenang jasa, sama aje spesiesnya. Anak saya pun sekarang ni rajin - rajin tolong lipat baju. Tapi janganlah diselongkar semula depan matanya, menangis merajuklah jadinya. Kalau kita didik, insyaAllah, anak-anak lelaki pun boleh juga diharap, kan ^_^

    ReplyDelete
  9. Kalau rajin cenggitu bolehlah okje tempah buat cucu hihi....Nampaknya samalah rajinnya Nazef dengan anak jiran sebelah rumah mak ni AN ...

    Setuju... setuju...tugas kita bagi didikan sesempurna mungkin, selebihnya kita serahkan aje pada Allah....

    ReplyDelete
  10. Betul. Melentur buluh dari rebung.. kalau dah jadi buluh baru nak lentur alamat tercucuk2 miang buluh plak jari kita.. kekeke.. betul ke kata bidalan I ni Cikgu Aisy?.

    ReplyDelete
  11. good voy nazif..beul tu rezeki Allah bg terbaik untuk kita..jantina bukan faktor..cara didikan kita tu yg penting..takpe katanya perjalanan maaih jauh..boleh lagi tu tmbh.hehe

    ReplyDelete
  12. nama anak mesti kena didik buat kerja2 rumah.. huhuhu
    sebab kalau lelaki nanti ringan tulang tlg isteri kemas rumah :)

    ReplyDelete
  13. didikan sama saja cuma fungsi wanita dan lelaki mungkin berlainan, nanti dah besar boleh sama-sama dalam rumahtangga

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts