Posts

Image
Assalamualaikum semua.. Lama sungguh tak update blog.. Tetiba terasa nak menulis. 2018 ni nampaknya akan jadi tahun yang mencabar buat saya.. Tak tersangka Allah makbulkan doa saya dalam bentuk yang mengejutkan.. Ya Allah, sesungguhnya Kaulah Tuhan yang Maha Tahu dan Maha Mengetahui semua yang ada di dunia ini..  Tahun lepas rasanya saya banyak mengeluh.. Dapat banyak kelas hujung. Stress hadap anak-anak murid yang pelbagai karenah. Kerja sampingan yang banyak dan pelbagai pun rasa berat bahu memikul. Penah saya mengeluh, mengharap semua yang saya rasa terbeban tu ditukar.. I wished so.. Pada masa tulah. Nak dijadikan cerita, 2018 ni mulanya saya rasa aman sangat, sebab tahun ni saya tak langsung mengajar kelas belakang. Suasananya memang aman dan saya macam rasa bermimpi, datang ke sekolah setiap hari tak rasa pening dengan kenakalan murid.. Bila suami tegur nampak keceriaan saya, saya menjawab, " kan dah cakap, mengajar kelas belakang dan kelas depan memang lain situas...

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Image
Assalamualaikum semua. Lama sangat tak menulis ni, rasa memang tak tahu mana nak mula. Tapi mengenangkan ramai yang bertanya pasal borang JPN-KP 12 termasuk seorang saudara saya yang juga menghadapi masalah yang sama, saya buat entry ringkas ni. Bukan i nak jual barang ye, hanya perkongsian bahan yang saya rasa banyak membantu saya dalam masalah cap jari tak ada kerana kulit jari sensitif sangat dengan semua bahan yang dipakai seharian. Dipendekkan cerita, bila saya jumpa losen ni,alhamdulillah jari dah tak menggelupas. Tak tipu weh. Boleh kena marah pulak dengan pegawai imigresen sebab dah ada cap jari tapi tak pergi update cap jari di jabatan imegresen tempat buat keluar pasport. Sebelum ni, saya biasa ada masalah cap jari, kalau nak masuk ke tempat yang perlukan urusan cap jari memang ngeri. Ngeri sebab takut sebab bila cap jari tak sama dengan simpanan, takut dianggap nak tipu.. Pergi bank, kena lama berurusan sampai staff yang bertugas naik bosan mencuba. Inilah losennya, c...

Demi ummah

Assalamualaikum. Siang tadi saya mengikut satu kursus motivasi yang cukup menarik pengisiannya. Lega sangat rasanya bila Allah gerakkan hati ini untuk sertai majlis ilmu tersebut. Biasanya, jarang nak sertai dengan rela majlis macam ni, kalau dipaksa atau diwajibkan itu lainla pulak kisahnya, hihi... Banyak ilmu yang dapat saya kutip hari ini. Betapa hebatnya perkongsian beliau penceramah.  Dapat sayang buat analisis yang insan-insan Yang hebat ni, dapat menjadi hebat kerana Allah berikan jalan dan kesempatan untuk diorang berkongsi kepakaran diorang dengan insan lain. Insan yang hebat sebegini juga kebanyakannya memang jenis manusia yang telah melepaskan kesenangan yang pernah digenggami demi menyebarkan kenaikan Dan ilmu diorang kepada orang awam. Kesenangan diri tidak diutamakan, sebaliknya perjuangan yang ikhlas menjadi matlamat diri. Berjuang untuk ummah . InsyaAllah moga lebih ramai termasuk kita akan mengguna pakai falsafah tersebut untuk menjalani kehidupan mendatang d...

Januari 2017

Image
Assalamualaikum. Dah hampir habis bulan Januari 2017 ni, tetiba terasa nak menulis sesuatu, kot kalau dah tak berapa ingat kejadian masa muda hari nanti, bolehla jenguk blog untuk mengimbas apa yang pernah ditulis. Awal tahun ni pastilah yang menjadi tumpuan ialah Encik dalam gambar di atas ni. Kemain seronok dia kerana dapat masuk ke tahun satu. Sebulan berlalu, mama dah rasa biasa aktif seawal pukul 5.30 pagi. Mujur Encik ni pun tak kisah kena bangun seawal 5.50 pagi. Mama jelah yang terlebih emo dalam masa seminggu pertama bila melihat anak naik van untuk ke sekolah pada pukul 6.15 pagi. Balik pulak dah pukul 6.45 petang paling awal. Keluar masa masih gelap dan balik ke rumah pun dah gelap. Tak apalah ye nak. Alah bisa tegal biasa ye anakku.. kalau tak susah dahulu macam mana nak senang kemudian, Kan? Dua Encik ni pun alhamdulillah, baik-baik juga. Sejak sesi persekolahan ni, macam diorang tahu je kalutnya mama, tak banyak karenah diorang. Kecuali sekali sekala Encik kecil...

Benda percuma siapa tak nak

Image
Siang tadi Papa N beriya nak mengajak anak-anak merasa naik MRT. Memang cari nahas namanya bila gedik nak merasa pengalaman naik MRT di fasa tengah percuma dan hari Ahad pulak tu. Bila dah pergi tu baru tahu azabnya. Orang yang naik tadi beramai-ramainya. Mak ai, serik weh. Sesak sungguh. Sebab dah lama tunggu train tu, naik jugala dari stesyen Surian dan turun di stesen berikutnya. Serik betul bersesak tadi. Dah la lama betul tunggu train datang, agaknya sebab fasa percuma, maka masa train tak sistematik lagi. Kalau dah beroperasi penuh trainnya masih juga lambat macam tu, ramai la yang akan komplen nanti. Mujur sebelum keluar tu dah makan tengah hari sedap air tangan sendiri. Maka takla rasa stress bercampur lapar. Kita fikir positif je.  Bersangka baik. Gambar makanan ada ler.. gambar MRT mitak maaf ye, ilek..dengan manusia selesai tadi tak sempat dan tak berani keluarkan phone pun. Melayan dua anak yang tak sabar dan kepanasan pun dah satu kerja berat. 

Family Day 2016

Image
Tahun ini MIL saya memilih mengadakan hari keluarga di Melaka. Sebelum ni tiga tahun berturut-turut kami ke Pulau Pinang untuk hari keluarga ni. Namun, kemeriahan tetap macam biasa. Bila semua dapat berkumpul, mana tak meriah kan? Dua Ahmads ni kemain lagi pada masa tu. Opahnya singgah bermalam di rumah kami, diorang minta dengan Opah nak ikut Opah kerana nak pergi ke Melaka awal untuk berkumpul dengan abang sepupu yang dah ada di sana. Muka gembira masa melambai kepada mama dan adik hari tu, amboi dah macam budak besar pulak gayanya. Siap angkut beg masing-masing berisi baju dan mainan sendiri lagi masa tu. Program tiga hari dua malam ni berjalan lancar sebab perancangan teliti oleh MIL. Kagum betul saya. Bekas guru besar ni, memang jenis fikir keseluruhan perkara dengan teliti. Esok-esok kalau saya jadi nenek macam mana la pulak gayanya. Huhu, ITU fikir nanti ajelah.. lama lagi.. Ai, angle kamera tu yang buat ahkak nampak gedabak besar. Tapi masukkan juga gambar...

Trip to JB: After 6 years

Image
Tarikh: 4-6 Disember 2016 Pindah dari JB masa si dia ni berusia 8 bulan, kami kembali melawat JB lagi pada usia dia ni 6 tahun 8bulan .. Tujuan utama untuk ke Legoland. Gembirakan budak yang bercuti. Dah lama tak jalan-jalan sebab mamanya mengandung dan berpantang.  Mama seronok dapat makan makanan yang best di Jb..tahu bakar, pisang goreng mawar dan yong tau tu di Dataran. Menggambit kenangan lalu weh.. tempat jatuh lagi dikenang, inilah pula tempat bermain... Kan kan kan... Tiga hari dua malam di JB cuaca panas terik. Dah seronok dan capai tujuan berninja-go, JANGAN sebut lagi nak ke Legoland ye Ahmads, tunggu baby besar sikit tau.. takla mama jadi bibik aje.. sebelum masuk warganegara emas boleh la mama main apa-apa.. PS: teringin nak main roller coaster hari tu tapi baby ada, jadi tengok ajelah.. Bye JB.. till we meet again k..