Demi ummah

Assalamualaikum.

Siang tadi saya mengikut satu kursus motivasi yang cukup menarik pengisiannya. Lega sangat rasanya bila Allah gerakkan hati ini untuk sertai majlis ilmu tersebut. Biasanya, jarang nak sertai dengan rela majlis macam ni, kalau dipaksa atau diwajibkan itu lainla pulak kisahnya, hihi...

Banyak ilmu yang dapat saya kutip hari ini. Betapa hebatnya perkongsian beliau penceramah.  Dapat sayang buat analisis yang insan-insan Yang hebat ni, dapat menjadi hebat kerana Allah berikan jalan dan kesempatan untuk diorang berkongsi kepakaran diorang dengan insan lain.

Insan yang hebat sebegini juga kebanyakannya memang jenis manusia yang telah melepaskan kesenangan yang pernah digenggami demi menyebarkan kenaikan Dan ilmu diorang kepada orang awam. Kesenangan diri tidak diutamakan, sebaliknya perjuangan yang ikhlas menjadi matlamat diri.

Berjuang untuk ummah.
InsyaAllah moga lebih ramai termasuk kita akan mengguna pakai falsafah tersebut untuk menjalani kehidupan mendatang dengan lebih bermanfaat.oga Allah berikan keikhlasan buat saya untuk teruskan perjuangan...

Comments

  1. Salam AN,

    Sesekali bila dapat mengikuti majlis ilmu begini memang banyaklah ilmu yang dititip. Bukan mudahkan nak menyuruh diri pergi dengan rela. Ada aje aralnya samada dibuat-buat ataupun memang aral yang tak dapat dielakkan. Saya pun macam tu juga, bermacam alasan nak diberi tapi kalau dapat peluang menghadiri, rasa syukur sangat-sangat sebab dapat pergi!

    ReplyDelete
  2. Salam Khamis.Menyinggah bila ada kelapangan. Memang x rugi kalau hadir dalam majlis2 ilmu mcm ni. Gd one

    ReplyDelete
  3. Salam singgah dari bunda...memang dah lama tak singgah, entri pun dah jarang update dah.

    ReplyDelete
  4. Salam..lama tak menulis ni kemana menghilang? sibuk ye dengan 2 Ahmad

    ReplyDelete
  5. Bestnya kalau terpilih untuk sertai majlis ilmu...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1