Pengalaman anak pertama bersunat

Ada tiga anak lelaki ni nampaknya tiga kalilah saya akan menempuh detik ke klinik untuk berkhatankan anak ya.  Mulanya tak ada apa-apa perasaan pun sebagai mamanya.  Dari awal tahun dah kami sebutkan pasal berkhatan ni kepada Naim agar dia bersedia mental dan fizikal bila tiba masanya.  Tanyakan kepada suami,  dia jawab,  "zaman sekarang dah canggih,  tak ada apalah,  kejap je nanti".

Ok,  tak ada apa kan.  Sebaik sahaja cuti sekolah bermula,  kami ke Langkawi.  Dah bagitahu Naim,  lepas balik dari Langkawi ni abang kena bersunat tau.  Jadi nati abang makanlah apa yang abang nak banyak-banyak sebab nanti masa dah sunat tak boleh makan banyak makanan sampai dah sembuh. Dia pulak pada masa tu,  macam tak ada perasaan pun.  Gembira je sepanjang masa di Langkawi.

Dalam perjalanan balik dari Langkawi,  bermula drama si Naim ni.  Tetiba dia menangis meminta simpati mama.  Pada mulanya kami ingatkan sesuatu berlaku bila dia datang mitak dipeluk.  Rupanya apabila ditanya,  dia menjawab risau berlaku apa-apa semasa proses bersunat nanti..  Aduhai anakanda. . Jenuh pulak buat kata-kata pujukan agar dia tenang.  


Selepas dua hari akhirnya hari yang ditunggu pun tiba.  Sempat lagi dia berdrama di luar klinik.  Namun,  akhirnya dia melangkah masuk ke klinik dengan gagah. Nampak tenang aje Naim sementara menunggu giliran.  Memang dia paling istimewa masa tu.  Dipeluk je sepanjang masa demi memastikan dia tak takut.  

Allah je tahu berdebarnya mama papa pada masa tu .Bimbang dia akan menangis satu hal,  memandangkan budak yang bersunat sebelum Naim tu mak aiiih ..  Kuat betul menjerit sampai kami kat luar ni dengar apa yang dia rintihkan.  Lama pulak tu budak tu berada di dalam bilik.  Sampai kita yang kat luar ni pun rasa tertanya-tanya macam mana doktor nak uruskan budak tu.  Bimbang juga Naim buat macam tu nanti,  jenuh. . Bimbang risiko jadi apa-apa kejadian yang tak diingini pun satu masalah lain.  Konon pernah terbaca ada orang buat kaedah laser tapi lain jadinya.   Hush,  ngeri kan? 

Alhamdulillah setelah sampai giliran Naim,  dia dengan penuh beraninya menahan diri, nampak dia agak sakit masa doktor cucuk ubat bius tapi Naim tak menangis.  Berani anak mama ni.   Mama pun sebenarnya duduk tepi pintu langsung tak berani nak dekat.  Naim dapat pujian kerana berani dan memudahkan kerja doktor.  Lega mama dengar pujian doktor tu.  Hebat anakanda mama ni.  

Teknik yang kami pilih untuk Naim ialah laser dan jahit.  Alhamdulillah cepat sembuh,  lima hari je dah dapat pakai seluar dan kering elok. . Nak jaga pun mudah.  Bayaran juga tak mahal.  

Catatan: Naim bersunat pada usia 8 tahun 9 bulan.  Nak jaga dia masa proses penyembuhan pun agak mudah.   Moga fasa adik-adik nanti pun sama macam nilah juga.  Aminnn

Comments

  1. Assalamualaikum aisy, lamanya tak baca cerita, alhamdulillah dah muncul kembali.

    Dah selamat Naim bersunat ye. Akak pun dah sunatkan hero-hero akak yang berdua tu, akak sunatkan dua orang sekaligus senang nak jaga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam kak.. Ya, cuti sekolah hjg tahun lepas buatnya..
      Kebetulan datang mood nk memblog haritu.. Harapnya bolehla update sekali sekala bila dh mula bz nati

      Delete
  2. Walaupun anak yg bersunat, mamanya tetap berdebar juga kan.. Alhamdulillah.. Bagus naim👍👍

    ReplyDelete
  3. Salam AN sayam.... lama tak dengar cite.... WA pun lama tak masuk.....bizi ke?
    Naim dah bersunat.... Tahniah Naim... good boy. Biasalah AN, anak yg bersunat, mak yg seram hihi... Normallah tu kan mak mak dalam dunia ni mmg macam tu semuanya hihi

    ReplyDelete
  4. Kiranya Mamanya pun berani tu siap teman gi klinik. Saya tunggu kat rumah je Aisy.. masa anak bujang sunat.

    ReplyDelete
  5. penah tengok anak2 buah kena sunat. eeh xdela tengok.. teman je hehe..
    tapi tengok lepas 3 hari depa da lari2.. rupanya da canggih skrg. xdela macam dedulu kala..

    ReplyDelete
  6. brpa ya harganya.. anak kecik ke besar ke sama hga tak?
    seksyen 7, tempat dikenang.. hihu..

    ReplyDelete
  7. Tahniah Naim.. Betul2 hebat la. Abg Aiman dulu pun meleleh juga air mata masa cucuk ubat bius tu.. Harap badan je besar. Hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Air asam jawa memang mujarab!