Kehidupan

Kehidupan sememangnya tak terduga.
Rahsia-Nya untuk setiap umat-Nya pasti takkan pernah kita fahami atau jangkakan.

Cuti CNY kami yang pada mulanya tiada perancangan untuk balik ke kampung akhirnya balik ke kampung Pasir Mas demi menziarahi Kak Long yang sedang sakit. Tak terbayang sedih hati melihat kakak yang biasanya akan berkampung di rumah mak setiap kali kami balik, kini berada di katil hospital dalam keadaan tidak bermaya.

Bukan hanya pemandu yang berisiko kemalangan di jalan raya, sebagai pejalan kaki pun tak terkecuali. Balik dari solat subuh, masa nak melintas jalan tetiba dilanggar oleh murid tingkatan 3 yang berlumba motor dalam perjalanan ke sekolah, siapa yang sangka? Kesannya, kaki kanan patah kedua-dua tulang, patah rahang, patah tulang hidung dan juga patah dia bahagian atas mata sehingga menyebabkan ada tanda jahitan seolah-olah bulan sabit di atas kedua-dua mata dan kening.

Sesungguhnya siapalah kita manusia yang kerdil ini.

Comments

  1. Allahuakbar....lieya bace satu2 kecederaan sambil terbayang2 sakitnyer....aduh..siannye...atas kealpaan org lain, org lain yg tak berdosa jadi mangsa dan mendapat sakitnyer...mudah-mudahan Allah memberi keajaiban utk sembuh dgn cepat dan sihat semula....

    ReplyDelete
  2. Malang tak berbau. Kalau tidak, sudah tentu kita berusaha mengelaknya.

    Semoga kak long AN cepat sembuh dari kecederaan yang dialami. Sedihkan rasa hati bila tengok kakak kita yang bersemangat dan lincah selalunya tiba-tiba terlantar sakit.

    ReplyDelete
  3. Ya Allah...sedihnya..itulah kan kita tak pernah tahu apa yang bakal terjadi, semoga kakak aisy tabah menghadapi ujian ini.

    ReplyDelete
  4. kerana kelalaian org lain kaklong AN yg jadi mangsa..tumpamg sedih dengan berita ni..semoga kaklong cepat sembuh

    ReplyDelete
  5. Allahu Akhbar...
    Moga cepat sihat kak long AN tu..
    Bila baca byk yg patah tu..
    Terasa kesakitan yg dialami..

    ReplyDelete
  6. Sianny akak AN. Camne kes tu? Budak tu takda lesen lg la klu form3 kan? Masuk penjara ke? Moga akk AN cpt sembuh

    ReplyDelete
  7. Assalam AN....2-3 hari ni okje asyik teringat awak tau....cuma tak tercapai tangan nak bertanya khabar...

    Astaghfirullahalazim.... malang mmg tak berbau....tulah tu budak budak ni baru dpt lesen tp bawak motor mcm dah terer sangat.Takut kita nengoknya. Sama jer kat kwsn sini pun. Moga Kak Long cepat sembuh yer...

    ReplyDelete
  8. Patut la lama tak update. Sdg berduka rupanya. Bertabah ye Aisy. Moga Kakak Aisy lekas sembuh.

    ReplyDelete
  9. Salam AN!

    Lamanya cikgu bertapa kat sekolah! Sibuk sangat ke memikirkan soalan-soalan KBAT nak beri anak murid ni. Apa khabar awak di sana nun?

    ReplyDelete
  10. Innalillah.. Ujian dari Allah.. Moga Kak Long Aisy sembuh.. Amin..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?