Rekaan Coach Handbag Terbaru




Jenama Coach bukanlah suatu jenama yang asing dikalangan penggemar fesyen lebih-lebih lagi mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan fesyen semasa. Bagi yang masih kurang familiar dengan jenama antarabangsa ini, Coach sebenarnya berasal dari Amerika dan merupakan salah satu jenama yang mengeluarkan pelbagai koleksi barangan kulit berkualiti seperti beg tangan, kasut, aksesori dan banyak lagi. Dan sejak mula diperkenalkan sehinggalah hari ini, jenama Coach sering mendapat perhatian ramai fashion enthusiast terutama sekali koleksi beg tangan Coach yang sentiasa menjadi sebutan.

Rekaan koleksi beg tangan Coach yang amat eksklusif ini menjadi kegilaan ramai wanita di seluruh dunia. Bukan sahaja menawarkan rekaan beg tangan yang cukup menarik, Coach handbags juga diperbuat daripada material-material yang amat berkualiti tinggi dan kerana faktor ini lah Coach telah menetapkan standard yang amat tinggi.

Tidak hairanlah jika koleksi beg tangan Coach sememangnya ditawarkan dengan harga yang agak mahal. Tetapi untuk sesuatu barangan yang berkualiti dan boleh digunakan dalam tempoh masa yang lama, rasanya berbaloi bukan?


Kini, butik Coach bukan sahaja boleh anda temui di pusat-pusat membeli belah terkemuka di ibu kota, malah penggemar Coach di Malaysia juga berpeluang untuk memiliki produk Coach secara online di laman web terkemuka ZALORA Malaysia dan temui koleksi Coach handbags online seperti berikut;




Comments

  1. Tak mampu nk mimpi beli coach :p

    ReplyDelete
  2. Coach ada kat zalora? Siyes x tau.. Klu kat zalora lbh murah dr kat premium outlet ke AN? LM nak carik
    Warna merah sbb yg coach putih beli zaman qila kecik tu warna putih x blh pki dgn abaya nnt jd hitam. Awal2 thn agak ngeri nk berjoli sbb ank br naik sek. Huhu

    ReplyDelete
  3. Lalalala.... senyap-senyap aje lepas tu keluar paid ads dia ^_^

    Tak mampulah AN. Saya insan marhaen. Beli handbag kat pasar malam jerk. Eh, berapa harga Coach ek?

    Hehehe!

    ReplyDelete
  4. Brand ni bukan standard mak ni, mak pskai brand cap Angsa jer hihi....setakat nak ke JJ jer tu kannn...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1