Lama menyepi

Wah lama tul tak menulis di blog ni. Menyepi ni bukan apa sebenarnya, tetiba di bulan Disember yang lalu macam kehilangan mood nak menulis. Rasa tak bersemangat nak mengadu kasih dan mengeratkan perhubungan, hehe..Diam tak diam tempoh 4 bulan menyepi ni, arini terasa lak berkobar-kobar semangat nak aktifkan kembali blog pink ni.

Hai kawan-kawan, kalau lah ada yang masih setia nak membaca tulisan di blog ni.. Sepanjang menyepi ni, ada sekali sekala yang saya bw ke blog kawan-kawan. Sedikit sebanyak perkembangan anda semua ada juga saya ambil tahu. Sebenarnya tempoh menyepi ni juga mungkin disebabkan kerana tahap kesihatan dan mood yang tak menentu. Hehe, nak kena bagitau yang saya dah mengandung kali ke dua. Sekarang dah masuk minggu ke 23.

Alhamdulillah, alahan penat je yang banyak. Alahan lain tak ada, kecuali sewaktu di awal-awal dulu banyak muntah lepas makan pagi. Setakat ni pun tak pernah lagi MC sepanjang kehamilan ni. Walaupun tak larat tetap juga mengagahkan diri pergi ke sekolah. Bukan apa, kuatkan semangat dengan harapan bayi ni juga kan tahan lasak dan kuat semangat.

Ok lah, untuk entry pertama setelah lama menyepi, rasanya kali cukuplah dulu. InsyaAllah akan saya update selalu blog ni...

Comments

  1. Izan pun dah kembali jugak...Tahniah,bakal mendapat si kecik lagi.....jaga kesihatan!

    ReplyDelete
  2. hai izzan...terima kasih...dgr citer izzan sambung blajar? tahniah, bersemangat tul ye...

    ReplyDelete
  3. akak..ptt la lama menyepi..rupanya diam2 berisi..Tahniah akak..jgn stress2 n cepat mrh2 tau...take care...

    ReplyDelete
  4. k.ain,update la pics baru..hehe..

    ReplyDelete
  5. hai lina...insyaAllah nati akan update pic terbaru..skrg ni mls skit nk update, lg2 tgh gemuk ni...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1