Hati-hati dengan manusia jahat mengambil kesempatan di musim covid-19

Assalamualaikum semua, semoga semua selamat dan sihat pada masa ni ya. Apa-apa pun stay home and stay calm ya.

Dah hari ke 14 rasanya harini kita dalam PKP atau RMO ni pasti masing-masing dah biasakan diri ya? Bila kat rumah je ni ada masa fikir hari apa tarikh apa lama baru dapat jawapan. Adeh!!!Namun, rasanya dah makin biasa dengan keadaan ni. Dah mula ada rutin baru bangun pagi sampai ke tidur malam. Kalau mula-mula kat rumah tu sepah sana sini, sekarang berkat jadi mamamonster, boleh tahan la. Rumah saya lah ni kisahnya, bila anak-anak umur 4-10 ni dah biasa mama marah kalau sepah sangat sekarang agak terurus la sikit. Pastinya takla kemas macam rumah orang yang tak ada anak kecil. Anak-anak pun dah belajar secara tak langsung dengan situasi ni apa boleh dan tak boleh. Alhamdulillah budak bertiga ni boleh faham tak boleh keluar walaupun pada awalnya si kecik, tiga tahun 6 bulan tu asyik jerit “nak pergi mall” atau “nak naik car”, lepas beberapa hari dia dah tak ada buat perangai macam tu. Alhamdulillah jugak si kecik ni naik campak masa ni, senang mama jaga dia tanpa risau urusan sekolah. Hari kelima dia harini dah nampak kering campaknya tu.

Ok kembali ke topik yang saya nak tulis harini, si penipu !!!! Geram betul memikirkan manusia jahat yang tak insaf langsung tiap-tiap hari kerajaan umumkan bilangan pesakit covid-19 meningkat dan kes kematian dah jadi 37 di Malaysia dan seluruh dunia dah 37801 manusia malang mati weh. Korang yang jahat tu boleh pulak mengambil kesempatan nak menipu jual mask, jual hand sanitizer jual apa apa tah lagi yang orang awam berebut nak beli sebab memikirkan keselamatan mereka dan keluarga mereka . Ingat duit tu boleh pakai lama ke? Memang tak leh faham la kes manusia macam ni. Memang sanggup ya mereka ni? So, tolong berhati-hati ya korang, kalau nak beli apa-apa tolongla selidik dahulu.

Dan sebelum saya tamatkan entry ni, sedikit pesanan kepada korang. Beringat juga tentang pembelian ya. Kerajaan siap bagi kita duit bantuan lagi(bagi yang dapat, kalau tak dapat maybe korang artis la tu), so part kita ialah gunakan duit yang kita ada untuk beli benda yang berfaedah dan jangan membazir tah apa-apa. Kalau tak perlu simpan je. Kalau lebih, elok juga sedekah kepada sesiapa susah tu pasti lagi bagus. Kalau tak bayar loan rumah atau kereta patutnya banyak simpanan kan, kalau tak yakin diri elok bayar je semua tu macam biasa.


Sekian bebel harini.

Oh i dah rindu kawan-kawan i, jumpa lagi nanti semua.

Comments

Popular Posts