Persediaan kita menghadapi Covid-19

Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah kalau korang masih mampu membaca entry ni, maknanya korang tergolong dalam kalangan mereka yang masih selamat daripada benda penyakit yang virus kian mengganas ni. Eh, takut, kan? Baca statistik pun terasa gerun sebab bilangannya meningkat dari hari ke hari. Lagi-lagi kalau benda yang merebaknya tanpa sedar, selepas beberapa minggu baru nampak kesannya, eh tak pasal tetiba terlantar sakit! Tak pasal-pasal satu family dah terkena sekali gus, mintak simpang weh.


Jadi, mehla kita sesama beringat. Janganlah hanya tahu statistik tapi tak ambil apa-apa tindakan mencegahnya. Buatlah demi keluarga kita, demi kawan-kawan kita dan diri kita. Sentiasa pastikan kebersihan diri dengan cuci tangan atau pakai hand sanitizer sekerapnya.  Ingat, musim ni jangan selfish. Bagi peniaga tu, janganla jual face mask atau hand sanitizer dengan harga cekik darah. seterusnya, kalau boleh jangan sengaja keluar ke kawasan awam kalau memang diri tu sakit. Bagi mak ayah, kalau boleh jangan hantar anak yang tak sihat ke sekolah atau ke taska dengan alasan mak ayah kena kerja.

Selain itu perjalanan  ke negara-negara luar kalau memang dapat elak silalah elak. Isu ni saya rasa ramailah yang sedih kot, tambahan lagi dengan musim cuti sekolah yang makin hampir ni, ramai yang memang dah lama book flight dan lain-lain. Siapa nak jangka kawasan pelancongan popular makin meningkat kes Covid-19 ni? Sedangkan diorang memang dah abis banyak duit. Ok, atas timbang cara masing-masinglah. Bukan apa, bukan sahaja risau jangkitan tapi risau korang balik kena kuarantin, kan payah jugak tu. Cer fikir panjang pasal kuarantin ni. Kalau kuarantin betul-betul memang payahla kan. Bukan individu yang kena kuarantin tu sahaja yang susah tapi orang sekelilingnya yang tak terlibat juga turut sama menanggung kesan daripada keadaan kuarantin tu. Antaranya mungkin kawan lain terpaksa membuat sebahagian tugas kawan yang dikuarantin. Bukan semua jenis pekerjaan dan beban pekerjaan sesuai dibuat daripada rumah,  ya kan????

Bercakap pasal kuarantin ni, saya dah beberapa hari memikirkan kalau kerja bidang pendidikan ni, kalau kena kuarantin, tak boleh keluar rumah, macam manalah. Memang masalah betul ni. Produk cikgu ialah muridnya. Murid pulak bukan seorang dua bilangannya. Cemana tu? Nak kena sentiasa update Google Classroom dan buat bahan pengajaran dalam Youtube la kot. Alamak, channel youtube dah ada ke? Nak kena buat mengajar live ke? Selama ni, ada tengok cikgu-cikgu lain je buat channel dan mengajar dalam channel youtube, ai tak terbayang kalau kena buat sendiri.hihi, moga tak le gitu jadinya.


Comments

Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?