2019 penuh suka duka

Bila 2019 semakin nak melabuhkan tirainya ni, terasa cepat sangat pulak masa berlalu.  Dah tak lama lagi dah nak masuk tahun baru 2020. Sesiapa yang lahir 80an memang ternanti kot tahun 2020 ni, sebabnya sejak dari kecil banyak sangat disebutkan malah dinyanyikan pasal 2020 ni.

Bila tengok di instagram anak-anak murid yang harini tamat peperiksaan SPM tu macam-macam cara mereka ni sambut hari terakhir ni. Memang nampak gembira sakan. Rasa kejap je budak-budak ni besarnya. Masa dulu masuk tingkatan 1, berhingus lagi semuanya tapi sekarang dah tamat SPM. Maknanya memang cikgu makin tua ni.



Kalau dikenangkan kembali kenangan dengan murid-murid tahun ni, saya simpulkan tahun 2019 ni sebagai tahun yang menggembirakan juga dari segi pekerjaan. Banyak kerja diselesaikan dengan baik, ada pulak anak-anak murid yang rapat dan mesra macam yang kat atas tu. memang rasa terhibur sangat masa bekerja.

Mesej ni daripada salah seorang yang kat atas tu, beberapa hari yang lalu. So sweet kan? Buat cikgu lupakan semua benda sedih yang pernah berlaku sepanjang 2019 bila ending ni manis-manis je. Haha, jangan korang pelik saya menulis entry ni awal sangat. Biasalah geng cikgu ni, masuk cuti sekolah mulala rasa tamat tahun. Walaupun masih berbaki sebulan lagi, hihi

Comments

Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Air asam jawa memang mujarab!