Adventure Cove Waterpark, Singapore!

Korang mesti sedang terfikir-fikir kan cuti kali ni nak pergi mana, nak buat apa, mana tempat yang best
untuk korang tuju dengan family atau kawan-kawan. Tak lama dah nak mula cuti panjang hujung tahun ni.
So hari ni saya nak suggest waterpark yang paling best kat korang. Tak jauh, sebelah negara kita je which is
Cove Waterpark di Singapore. Bagi kaki travel yang jenis tak suka duduk dalam bilik masa travel, korang boleh
try ni. Pasti seisi keluarga pun enjoy masa kat sini.
Untuk spend masa main semua aktiviti yang ada kat dalam waterpark ni, saya memang galakkan korang
untuk habiskan one whole day kat waterpark ni je. Apa yang best sangat kat sini? Apa bezanya dengan
yang ada kat negara kita ni? Dua-dua pun best. Jadi korang kena try jugak.
Disebabkan masa yang diperlukan untuk aktiviti di waterpark ni ialah seharian, saya cadangkan korang tak
perlu nak buang masa untuk perjalanan ke Singapore bagi yang jauh dari utara tanah air tu. Caranya, naik la
flight untuk ke sana. Korang boleh cuba google Singapore airlines flight ticket and pilih yang dari web Traveloka.
Sebabnya di samping nak jimat masa, kita mesti la nak jimat kos pulak kan. So ambik yang dari Traveloka ni
sebab pricing dia boleh dikira murah juga untuk harga flight ke sana. Untuk kami, siap-siap dah buat
Jetstar flight booking sebab tawaran harga yang dia bagi paling murah dengan airline yang lain. Kenapa nak
pilih yang mahal sedangkan ada yang murah pada benda yang sama kan? Hoho. Selamat duit kami weh,
kalau travel dengan family anak tiga ni, kalau tak berkira banyak juga belanjanya. Jadi, kalau ada pilihan
yang menjimatkan, apa lagi, memang terus sambar. Untuk tiket masuk ke Cove Waterpark tu pun kita boleh
siap-siap beli kat Traveloka tu. Dijamin murah. Korang boleh search je kat internet. Semuanya di hujung jari.
Gituuu.
credit pic from internet

Tanpa membuang masa lagi, ayuhlah kita ke Adventure Cove Waterpark ini! Jeng jeng jeng. First of all, waterpark ni ada 3 bahagian atau zon. Iaitu zon adventure rides, non-rides and experience to encounter thousands of marine animals. Haa. Best kan? Jarang-jarang waterpark include dengan hidupan laut ni.
Jadinya aku akan highlight beberapa aktiviti yang outstanding mengikut 3 zon ni. Standby okay! Let’s begin the journey~
Zon Adventure Rides
Untuk adventure rides ni korang tak perlu risau sebab semua yang perlukan pelampung ni berada dalam
satu zon yang sama. So dekat je untuk korang nak pergi satu ke satu aktiviti yang lain. Bagi yang bawa
anak-anak kecil pun pasti tak ada masalah kat sini.
1. Whirlpool Washout & Spiral Washout
Kedua- dua ride ni korang akan jumpa mula-mula sekali untuk zon adventure rides ni. Take your float and
terus ke sini for the beginning. Cewah! Basically, untuk ride yang ni, lebih kurang sama je macam yang ada
kat waterpark negara kita, naik pelampung and sliding ke bawah with incredible speed. Ride ni memerlukan
ketinggian yang dibenarkan sahaja.
2. Pipeline Plunge
Next kita ke pipeline plunge ni. Still ride into the tunnel tapi yang ni lagi tinggi dan panjang la tunnel dia.
Korang boleh bayangkan tak ride dalam keadaan yang laju, gelap dan unpredictable. Itu la pipeline
plunge. Korang akan rasa hilang arah sekejap masa ride pipeline ni. Padu. Korang kena cuba!
Walaubagaimanapun, ride ni dibenarkan bagi certain ketinggian je.

3. Riptide Rocket
Kalau korang nak kan final destination untuk zon adventure ride ni, inilah dia! Dia akan bawak korang kepada
maximum adrenaline rush. Ride ni jugak merupakan first hydro-magnetic coaster bagi Southeast Asia’s.
Kat Malaysia belum ada lagi. So yang ni wajib naik geng! Confirm korang menjerit habis-habisan kat sini.
Make sure yang ni dalam senarai!

Non-Rides
Basically untuk zon ni tak memerlukan korang untuk guna pelampung pun. Korang boleh enjoy all the aktiviti
by your own except mana yang perlu kan guide je.
1. Rainbow Reef
Untuk rainbow reef ni, bagi saya keterujaan dia tu sama level dengan naik riptide rocket tadi. Cumanya kali ni
sangat sesuai kalau nak bawak anak-anak. Make sure korang pantau anak-anak dengan baik. Kat sini korang
akan diberi peralatan keselamatan seperti life jacket dan goggle. Once korang dah start menyelam, simpan
kagum tu senyap-senyap, nikmati dulu kecantikan batu karang dan hidupan laut yang ada dalam air tu. Wajib
masuk list!!
2. Wet Maze
Wett maze ni pula aktiviti yang saya rasa anak-anak korang confirm suka. Korang akan masuk jalan yang berliku
sambil disiram air sepanjang perjalanan korang. Anak-anak pun boleh main permainan yang dah disediakan kat
dalam tu. Best! Masukkan dalam list untuk pergi dengan family okay!
3. Splashworks
Sekali lagi antara zon yang boleh buat korang letakkan tempat ni dalam wishlist. Pernah main aktiviti berhalangan
tak? Haa. Kali ni dorang buat atas air. So ada crossing cargo net, crossing balancing beam, cliff jumps dan banyak
lagi yang mencabar keberanian korang. Untuk yang ni, certain ketinggian je yang boleh main.
Encounter Marine Animals
Bila pergi zoo, korang pernah tak buat aktiviti feeding haiwan-haiwan yang ada kat sana? Mesti pernah kan?
Haa. Kat sini, dia buat versi lagi gempak, korang boleh buat feeding dengan marine life yang ada kat situ
antaranya ikan pari dan dolphin. Bukan setakat bagi makan je. Korang boleh masuk sambil berenang
bersama- sama lagi. Cool kan? Tapi make sure korang datang pada masa yang sesuai la. Sebab feeding time ni
ada certain time je. Harga untuk buat aktiviti dengan marine life ni berlainan. Korang boleh refer dulu kat kaunter
yang disediakan. So ni antara aktiviti yang ada untuk bahagian ni.
  • Ray Bay, Shark Encounter,Shark Dive,Open Ocean Dive

Dengan itu, selesai la sudah sharing session mengenai Adventure Cove Waterpark ni. Ikut kan, banyak je lagi
yang saya nak cerita. Tapi tak best la sebab benda ni korang kena rasa sendiri! Berbaloi dan puas hati. Untuk
makanan dan tempat penyimpanan selama korang ada kat sana, jangan risau, banyak kedai makanan yang dibuka
dan banyak locker yang disediakan untuk penggunaan pengunjung. So apa tunggu lagi, boleh tick terus destinasi
yang seterusnya! Jumpa lagi!

Comments

  1. Teringin nya nak ke Singapore ni..blm kesampaian.. nak explore juga sekali seumur hidup takpa.. klu dpt naik Singapore air line lagi lah terbaekkk...

    ReplyDelete
  2. Excellent post. Search Twitter to find the latest news and world events faster. Find popular accounts to follow, like and share Twitter search.

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Air asam jawa memang mujarab!