Sejenis jakun

Kemain lama tak masuk ke Tesco, saya tak tahu pula dah ada mesin canggih untuk membayar barang yang dibeli. Huh, kemain canggih ye sekarang.

Ampun maaf, terkulat-kulat nak guna mesin ni buat kali pertama tadi. Rupanya mudah aje cara gunanya.

1. Scan kod bar
2. Letak barang yang dah discan ke atas penimbang.
3. Scan barang seterusnya dan ulang letak barang di atas penimbang.
4. Dah selesaj scan, tekan butang proses dan bayar.
5. Masukkan duit mengikut amaun tertera dan terima baki jika ada.
6. Ambil resit.

Ini ha, mesinnya. Jika reti baca, retilah guna mesin ni. Kalau malas juga, beraturla ramai-ramai macam biasa. Itu aje kisah jakun tengah hari tadi. 

Comments

  1. Salam aisy..
    Lama tak drop komen disini..
    Canggih dah skg ni.. mcm2 ada ye.. ira pun baru tau dr entry ni. Hehe..
    Senang la beli brg pun layan diri je..
    **nk pos brg pun da pakai mesin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ai bz ye Ira sejak dapat baby baru ni? Ha.. mcm2 pembaharuan kan..

      Delete
  2. Gayanya selepas ni supermarket dah tak perlu ramai tenaga kerja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. kalau ramai pelanggan yg berdikari maybe ramai pekerja kena resign ni.. tp sy tgk ramai je yg beratur mcm biasa, lagi rela bayar secara konventional

      Delete
  3. acik baru pi Tesco tak perasan pulak da mesin ni AN.orang pun tak ramai..kaunter pun buka dua je

    ReplyDelete
  4. Mau akk pun jakun ni, terkial2 la dibuatnya nnt.

    ReplyDelete
  5. I pun jakun.. Aisy. Sampai skg.. kat sini ni pun sanggup beratur kat cashier dari takut duit or card tertelan mesin ni angkara terjakun tak reti pakai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. saya aritu nk cepat.. barang beli tak banyak, tp manusia beratur kat tesco ioi putrajaya tu kemain ramai.. maka buat2 tak jakun la guna mesin tu walaupun kemain lama.. huhu

      Delete
  6. Hahaha sy pun dh lama tak ke tesco agaknya jakun jugak la.nasib dh baca entry ni so nti klu pegi kurang la sikit tahap jakunnya.haha

    ReplyDelete
  7. Kalau saya pun boleh jadi jakun macam ni sebab belum pernah jumpa. Lama dah tak pergi Tesco. Tapi yalah first time guna, mestilah nak jakun-jakun sikit. Mana ada orang first time nampak sesuatu yang tak pernah nampak, tak pernah guna, tak rasa jakun ^_^

    Nanti kalau pergi Tesco nak tengoklah mesin ni. Nak cuba juga!

    ReplyDelete
  8. kalau pergi tesco akak pun jakun ni ha, confirm tak pandai guna juga. nampak sangat akak dah lama tak pergi tesco, ini pertama kali tengok kat blog aisy ni ha.. dah tahu ni lain kali pergi boleh lah try guna

    ReplyDelete
  9. wah, bagus dah ada benda ni kat M'sia...
    Kalau kat UK dulu, mmg selalu guna servis layan diri ni... lagi2 kalau beli barang sikit jer... Kalau penuh satu troli, rela juga beratur dalam barisan...

    Kat Teganu ni takde Tesco... Bila balik KB la baru pergi Tesco :)

    ReplyDelete
  10. Assalam... mudah sangat kan.. tpi tulah kalu mesin x banyak nak tunggu turn tu yg tak gamak he3

    ReplyDelete
  11. aik, mcm tak ada je kat sini..
    dah lama ke ada..
    esok nak pi tengok, ada ke x, kot le tak perasan kewujudannya....

    ReplyDelete
  12. Mak dah guna 3-4 kali jugaklah AN mesin ni. Kali pertama sama jugak, mmg jakun habislah hihi...

    ReplyDelete
  13. waa..lya pom bru tahu kewujudan mesin camni..ahhhaiii.. jakun jgk ni kak.. hehe

    ReplyDelete
  14. allahu..ku pun baru tahu...jakun sungguh la ni

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?