Ikan Jade Perch

Assalamualaikum semua.
Musim panas ni buat saya jadi malas. Haha.. macamla biasanya rajin sangat. Tapi kalau bab malas menulis di blog ni agaknya dah kena kuburkan blog yang nak hampir 5 tahun usianya ni, ke? Biarla masa yang menentukan. Tak ada kena mengena dengan fenomena el nino ni.

Bercakap pasal malas, balik kerja dah magrib tu, rasa malas nak masak. Nak pergi makan kat luar pun rasa malas juga. Abisnya, penyelesaian untuk elakkan tak boleh tidur malam, maka masaklah nasi dengan lauk mudah. Ikan Jade Perch ni dibakar dalam kuali tak melekat sambil sebelah lagi kualinya buat goreng ayam untuk anak-anak. Papa N bertanya juga kenapa tak berkuah, saya jawab " Siramlah kicap cili ni banyak sikit, jadi kauh juga tu". Haha, bertuah punya bini kan? Tapi rasanya kalau suami redha je makan gitu menu, dia pun pasti malas juga nak keluar beli apa-apa lauk tambahan. Jadi, abis cerita. Senang cuci pinggan dan kuali bila masak mudah. Perut kenyang juga jadi nak tidur malam tak ada masalah.

#ps: Korang pernah ke makan ikan jade perch ni? Nampak macam ikan talapia je bentuknya tapi isi ikan ni lebih pejal. Diberitahu yang ikan ini asalkan dari Australia. Kebetulan pak cik kami bagi 10 ekor hari tu, bagilah pada jiran-jiran, jadinya baki 4 ekor ni makan 3 kali dah.. kali kedua makan ikan ni, suasana romantik betul. Nak tahu kenapa? Sebab dah siap masak tiba-tiba tiada elektrik, apa lagi makanla bermandikan cahaya lampu suluh dan lampu hp.. jadi, baki lagi seekor minggu depan pulak jadi santapan. Gambo ikan kat bawah ye. Sedap makan ikan ni sebab isinya manis dan yang bahagian lemaknya tu garing sedap sangat..

Comments

  1. Ikan jade perch?. Mungkin blom pernah mkn kot.. atau mungkin kami panggil dgn nama lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. org Aussie pun xtahu.. cer google la rupanya kalau tak hangus mcm ikan bakar saya.. kot2 sam pernah jumpa kat sana .

      Delete
  2. sedapnyaaa.. tunggu makcik pindah BSP boleh lah terjah rumah. hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. boleh je dtg tp xjamin ikan ni ada ke.. ini org bagi je.. xtahu nk beli kat mana

      Delete
  3. tak pernah dengar, nampak sedap ikan tu, akak ni biasalah ikan goreng nampak sedap tapi bila dimakan tak boleh pula, sekarang cuba2 juga makan ikan

    ReplyDelete
  4. wahhh...nmpk sedap kak..

    sama jgk dgn lya..kdg2 rsa nk bersara...tp bila fikir, syg sgt.... so, bg lya biar msa menentukan.. rsa nak menulis, kt menulis... ntah la, kdg2 mood berkobar..tp keadaan plok sibuk..bila betul2 free... xde mood nk menulis.. haha

    ReplyDelete
  5. ikan perch..namanya je dah omputih..besar ke ikannya tu..cukup ke sekor makan berdua?ke berempat.kami klu ikan segini sorg sekor baru cukup.nmpk sgt kuat makan.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau makan berdua kami ni lebih drp cukup.. sebab ikan ni isinya agak tebal dan padat.. xsama mcm talapia.. katanya anak beranak salmon cuma tak isi merah mcm salmon la.. ha.. canggih kan.. huhu..

      Delete
  6. Tak pernah dengar dan rasanya tak pernah makanlah. Ikan talapia saya tak makan tapi kalau termakan, pernah banyak kali. Hahaha.

    Nama Melayunya agaknya apalah ya, AN. Kotnyalah saya dah termakan juga ikan ni tapi tak tahu namanya, bajet-bajet macam makan ikan yang kita dah biasa makanlah kononnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu la pula nama melayu ada ke x.. haha.. asal ikan jela.. makan je.. sy makan sebab org kata omega3 yang ada dlm ikan ni tinggi.. lg tinggi drp salmon.. ha.. makan aje la.. aedap je isinya

      Delete
  7. Hihi siram kicap cili? Berasap nnt. Tak pernah rasa.. Mesti sdp kan?

    Simple pun xpe janji kenyang. LM klu malas sgt masak camni gak. Pastu rebus air campak je lah kobis dlm tu ngan bawang. X yah tumis2. Mls.. Tp nk kluar mkn lg malas. Nk bungkus lg la x selera

    ReplyDelete
  8. assalam aisy...eh takpe komen macam tu, akak tak kisahlah, akak dah berjumpa dokte dan sedang makan ubat, jika masih berterusan akak akan jumpa dokte yang lain pula, sebab ada lagi masalah yang lain ni. cuba amalkan dulu apa yang dokte sarankan jika tak elok juga akan berjumpa dokte lagi...inshaAllah, doakan moga urusan akak dimudahkan ye

    ReplyDelete
  9. pes time dengar name ikan tu....menarik gak tu...mcm bakar sambal sedap jekkk...

    leya pun aisy...minggu lepas minggu malas...mane budak2 ni berbento, beli je kat kantin...mlm plak dinner jek kat luar atau tapau heheeheh...mood ni berubah2 hah....

    ReplyDelete
  10. Kira rajinlah tu....malas malas pun masak....kalau malas mcm okje ni ha .....terus beli hihi....

    Tak pernah makan.....tp tengok awak bako tu mcm terliur pulaklah..... Ikan talapia pun dah menjejes air liur apa tah lagi ikan Jade Pearch ni...nama pun dah style weyh....

    ReplyDelete
  11. Ikan Jade perch adalah ikan air Tawar berasaskan dari Australia. Tapi Kat Malaysia ada org biakkan Dan ternak. Restoran cina ada jual ikan Ni Dan harga boleh memcecah 80/kg

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts