Hitung nikmat yang masih kita ada

Daripada mengeluh mengenangkan apa yang kita tidak ada, yang terlepas atau tak kesampaian, meh kita sesama insaf dan berhijrah ke arah mensyukuri apa yang masih kita ada.

Pernah dengar kisah Nabi Musa dengan dua orang yang ditemui baginda masa dalam perjalanan ke sebuah bukit? Ha, kisah tu, wajar kita contohi sikap pemuda yang kaya tapi sentiasa dalam kesyukuran   walau apa juga yang dibuatnya tu. Patutla Allah permudahkan hidup pemuda itu kan? Allah memang Maha Adil.

# contoh berkaitan: Saya pun bersyukur masih lagi mampu makan nasi kerabu walaupun tanpa budu dan cili jantan. Apa nak buat dulu makan budu ok je, sekarang dah mula jadi alahan naik ulser dalam mulut bila makan budu. Kalau makan cili jantan(sambal cili versi kelantan yang diletak cuka) perut pula mula meragam. Dah makin berusia gaknya.. Allah tarik nikmat sikit demi sikit..


Terima kasih kepada Sam yang jauh merantau di Aussie sana yang bertanya khabar pasal Kak Long saya.. Alhamdulillah dah beransur baik. Dah lebih 10 hari dapat bercakap dan makan macam orang biasa, rahang dah kembali normal nampaknya. Namun parut di atas dahi akan jadi parut kekal. Takpe, kita hitung apa yang kita masih nikmati jelah kan? Syukur lepas 40 hari lebih ni struktur muka nampaknya dah agak sama macam tu. Kaki yang dipasang besi di luar tu pula kena penjagaan rapi kalau tak, ada hari yang bernanah. Namun, nikmatnya, ada mak dan adik yang sentiasa menjaga di kampung tu..legalah.. 

Comments

  1. Alhamdulillah syukur dengan nikmat yg kita ada..semoga kak long AN diberi kesembuhan segera

    ReplyDelete

  2. Patut la I tersedak2 mkn kacang.. ada org menyebut rupanya.

    Alhamdulillah atas kesembuhan Kakak Aisy. Parut tu bleh ikhtiar ilangkan kot.. google je..ada mcm2 tip moden & kg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Parut ni ada lekuk sekali sebab tengkorak kawasan tu pecah.. jadi nampak mcm ada benda hilang sikit la.. faham tak keadaannya? Haha.. saya tak reti nak explain.. nampak dahi lekuk la maksudnya

      Delete
  3. sedapnye nasi kerabu..... kat putrajaya ni ade satu yg sedap..siap dibakar ayam daging kat depan kite...bau asap jek dah buat teliur....

    lieya baru baik ulser nie...plus tonsil lagi.... jenuh mkn bubur nak dekat seminggu...berat drop sampai 47kg hah.....ni skrang tgh menaikkan napsu makan balik heheheehehehe

    alhamdulillah.... moga kak long terus sihat...in sha Allah

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..dah beransur sembuh.

    betul tu, jangan dikenang apa yang kita tiada atau apa yang kita terlepas, tapi bersyukur dengan apa yang kita punta sekarang, terlalu banyak nikmat Allah untuk kita syukurikan.

    akak pun samalah, selepas berjumpa doktor dulu, kena kawal makan juga, tapi semua itu ada hikmahNya kan...syukur juga sebab kita lebih menghargai kesihatan yang diberi

    ReplyDelete
  5. Assalam AN....lama tak ke sini. Ye betul tu....syukurlah dgn apa yg kita ada, yg tak ada tak payah le nak pikir, buat sakit kepala je.
    Hampir lupa dgn cite Kak Long. Alhamdulilah kalau semakin baik....
    Itulahkan katanya hikmah disebalik musibah

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum AN

    Ooo cili jantan ye namanya. Saya suka tu.tp tu lah budu je yg x pandai mkn. Td pg sarapan nasik kerabu juga. Moga cpt sembuh..

    Sian kaklong .. Bila fikir balik kat mana2 pun blh kemalangan kan?

    ReplyDelete
  7. Singgah sini petang petang....tido ke weyh...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1