Tips mendekatkan diri dengan anak 11 tahun


 Assalamualaikum.

Kembali saya menulis di sini, sekadar berkongsi pengalaman membesarkan anak. Lain anak lain karenahnya. Namun, rata-rata kawan atau ibu mengatakan anak kedua selalunya memang lain sikit berbanding adik beradik yang lain. 

Kalau ikutkan anak tengah di rumah kami ni sememangnya suka menangis semasa masih bayi. Namun si tengah ni juga dari dulu sampai sekarang tak banyak meluahkan apa yang dia rasa atau apa yang dia nak. Jika dibandingkan dengan adik atau abang yang memang akan meratip meminta apa yang diorang kehendaki sehingga dapat barang seperti kehendaknya tu, anak tengah ni banyak buat muka tetapi tak berutahu apa kehendak dia. Ada masanya kita kena memerah otak memikir apalah dia nak. 

Pada mulanya hal ni taklah mengganggu pemikiran saya pun. Jika diimbas semula, rasanya tahun lepas pun kelakuan si anak tengah ni memang macam ni. Cuma saya tak ambil berat sangat dengan kesibukan yang ada. Namun tahun ni, bila dah kurang anak dalam jagaan depan mata, perhatian tertumpu kepada si anak tengah ni. Mungkin juga kerana asyik menjadi orang suruhan mama, si anak tengah ni mula sedikit memberontak. Namun, siapa lagi nak disuruh bantu kerja rumah kalau bukan dia , kan? Kalau buat semua benda sendirian mulalah mama pulak rasa penat dan rasa dibibikkan. Lagipun saya memang berniat nak didik anak lelaki saya menjadi insan budiman yang tahu buat kerja rumah juga selain bagus dalam hal lain. Kalau tak mula dari kecil tentu payah bila dah besar nanti, kan?  Jadi memang saya agak terkesan si kala anak tengah ni berdiam atau seolah-oalah tak respon apa yang ditanya. Ada masa memang kena fikir apalah dia ni nak, kalau ditanya bukan dia nak cakap elok pun.

Namun, alhamdulillah rasanya syukur sangat bila Allah berikan penyelesaian. Doa-:doa saya sebagai seorang ibu pastilah yang baik-baik buat anak-anak. Antara cara yang saya gunakan untuk merapatkan diri dan sekalimgus mengubah sikit sikap kurang bekerjasama atau memberontak anak ialah:

a) sedaya upaya mendoakan anak setiap malam sebelum tidur. Selalunya sekitar jam 10.15 malam, saya dah meminta anak-anak baring, gelapkan bilik kemudian saya bacakan doa-doa sambul menggosok lembut kepala anak-anak. Baca doa tu kuat-kuat bagu diorang dengar apa mama niatkan untuk diorang. Pada mulanya tak mampu nak buat tiap malam, maklumlah kadang kala ada kerja sekolah. Kadang kala juga mak asyik menonton kdrama. Namun bila nampak perubahan sikap anak sikit demi sedikit , kini insyaAllah dah jadi rutin setiap malam.

b) melakukan aktiviti 50 words a day

Ini merupakan satu aktiviti menulis yang saya secara tak dijangka terapkan kepada si anak tengah ni. Pada hari pertama tajuknya “antara pantai dan taman tema, tempat percutian yang saya suka”. Saya ingat lagi hari pertama ni drama betul. Tetiba kena suruh tulis 50 patah perkataan, walau dalam BM, si anak tengah ni tulis sambil menangis tersedu-sedu. Sebab dia menangus tu agaknya kerana dia sedih kena marah sebab ambil masa yang lama sangat untuk tulis. Lepas siap, mamanya pulak suruh dia baca kuat dan penuh semangat apa yang dia dah tulis. Lagilah orang tu rasa lain macam kan? Haha.. tu biasa , anak ni kalau dengan mak sendiri mulalah mengada-ngada, kan? Namun, saya teruskan juga beberapa hari dan selepas hari ketiga anak sendiri yang minta tajuk dan terus buat walaupun tajuk yang diberi dalam English, alhamdulillah. Sememangnya keja bagi peluang kepada anak kita untuk menerokai apa yang mampu dia buat. Lagipun pada pendapat saya lebih baik dikurangkan masa bermain gajet dengan baut aktiviti yang sesuai. Kemudian dah lama sikit jumlah patah perkataan boleh ditambah dan dipelbagaikan tugasan tu. InsyaAllah boleh. 

Setakat ni sahajalah perkongsian .. lain kali saya tulis lagi kalau ada kerajinan. 

Comments

  1. Hurmm betul anak kedua ni.. dia macam manja terlebih.. sensitive agak kuat.. mudah menangis .. lagi2 anak kedua ni girl.. even now dah 7 tahun.. tapi masih lagi manja dgn ayah nya.. huhuu

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?