Mulakan sesi 2022 dengan perpindahan


 Berbelah bahagi rasanya mendapat surat arahan pindah walaupun sememangnya saya yang membuat permohonan kononnya nak bertukar angin setelah 11 tahun lebih berkhidmat di sekolah yang sama. Kawan-kawan kat sini baik belaka. Persekitaran sini pun sebenarnya dah selesa dan memang dah faham macam mana keadaannya.. Paling sedih ialah nak tinggalkan kawan sebelah meja saya yang sangat tak kisah menjadi pendengar yang baik selama ni. Namun, rasanya inilah takdir Allah yang telah disediakan yang terbaik buat saya untuk tahun 2022 dan seterusnya. 

Orang kata tuah manusia siapa yang tahu kan? Kita doa yang baik-baik sahaja untuk sekolah yang ketiga ni. 

Semoga semua yang membaca entry ini juga diberikan kemudahan dalam semua perkara yang diusahakan.

Comments

  1. Adakala yg mulanya berat dan berbelah bahagi itu lah akhirnya yg buat kita happy di pengakhirannya.

    Aisy, moga yg indah2 menunggu di hadapan. Selamat bertugas di tempat baru.

    ReplyDelete
  2. walaupun di mana saja moga Allah berikan yang terbaik dan indah

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?