Kenyataan hidup dan dugaan kita tak sama

 Assalamualaikum semua..

Isu yang hangat  hari ni pastilah pasal keputusan SPM. Dari awal pagi sampai ke isyak ni masih lagi geng membicarakan keputusan yang baru keluar tu. Maklumlah, tahun pertama hasil pengajaran secara gabungan bersemuka dan pdpr, ditambah dengan penandaan pun secara online juga. Jadi banyak isu yang boleh kupas. Apa pun syukur sangat dengan apa yang dapat. Empat orang murid yang saya target nampaknya memenuhi jangkaan, alhamdulillah. Kepada murid yang mendapat keputusan hari ini, teruskan usaha anda ya.. Jauh lagi perjuangan kamu semua ni. Jangan lupa berterima kasih kepada para guru dan ibu bapa kamu yang telah banyak memberi ajaran dan tunjuk ajar kepada kamu. Ucapkan terima kasih kepada semua guru tau, jangan pilih-pilih. Semua guru dah mengajar kamu dengan sebaiknya...Bagi pihak cikgu pulak, lega selesai satu fasa. Seterusnya, kita sambung perjuangan untuk batch 2021 pulak. Kalau dah rezeki , pasti dapat kan? kalau bukan rezeki kita, sebaliknyalah yang akan berlaku..

Pinjam gambar kat internet, kagum dengan murid ni weh..


gambar tak kena mengena dengan kisah, sekadar menunjukkan kepelbagaian


Walaupun seharian harini saya banyak tengok whatapp je, namun sempat lagi menonton sebuah kdrama baru. Melekat kat tv bila tengok kisah bertajuk No, Thank You. . Min Sa Rin, seorang menantu baru cuba nak adakah hubungan yang baik dengan keluarga mentua dia. Di rumah mentua, dia masakkan makanan, dia yang kemas pinggan mangkuk selepas makan, sedangkan suami dia dan yang lain seronok berbual sambil makan. Ada scena di mana mak mentua dia boleh pulak tak benarkan anak dia(suami Sa Rin) menolong semasa majis peringatan tetapi hanya menyuruh menantu perempuan yang menyiapkan semua kerja memasak makanan untuk majlis peringatan. Alasan anak dia penat bekerja, sedangkan Sa Rin juga bekerja. Scene semasa makan juga buat saya terfikir dan tergelak sorang diri.. Sa Rin makan tanpa bercakap apa, jadi cepat habis makanannya, akhirnya dia yang sediakan buah untuk kudapan selepas makan. Tapi disebabkan dia tak terus makan buah, sebaliknya mencuci pinggan mangkuk, akhirnya semasa dia nak makan buah yang telah dipotong tadi, dah tinggal 3 potongan. Mak mentua dia pulak selamba je suruh dia habiskan baki tu!! 

Itulah kan? kehidupan tak selalunya manis je..saya akan sambung tengok episod seterusnya ni, banyak yang menarik dalam drama ni.  Dalam satu episod yang lain, semasa Sa Rin singgah ke rumah mentua selepas balik dari kerja pun ada situasi yang saya rasa " . Masa tu mak mentua dia yang sediakan makanan, tetapi dia cedokkan nasi yang baru masak untuk suaminya dan suami Sa Rin, tetapi untuk dirinya dan Sa Rin dia cedokkan nasi yang dimasak pagi tadi.. kalau jadi kat korang, apa korang rasa? tanya je...

Tak sabar jugak nak tahu apa kesudahan kisah Sa Rin dan suaminya ni. Kalau melibatkan ibu bapanya, suami Sa Rin ni macam membiarkan isterinya buat macam-macam kerja dengan alasan dia suka bila ibu bapanya gembira. Memang realiti kehidupan banyak cubaan dan halangan kan.. itu yang terasa tak sabar nak tunggu kisah seterusnya ni....Baru 6 episod, moga panjang lagilah kisahnya. 


Comments

  1. Tahniah Aisy atas kecemerlangan murid2 yg ditarget. Syukur alhamdulillah.

    Tentang drama yg disinopsis tu. Klu Islam, kita anggap "penghapusan dosa silam" jika diperlakukan begitu.. so sabar saja. Tp klu bukan Islam.. aii kesian pulak lah kan nasib di dunia dah begitu malang.. sbg husnuzon mungkin simptom2 Sa Rin nak jd kaya raya & happy ending kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah batch 2020 ni murid jenis rajin n bagus.. lega sgt utk yg bagus tu walaupun ada juga yg dapat tak bagus...

      Natikan sambungan kisah Sa Rin ni.....hihi

      Delete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?