Cukup bersediakah kita nak tempuh 2021?

 Tak lama dah nak habis 2020 ni. Macam tak percaya pulak dah nak berakhir tahun 2020 yang ditunggu-tunggu sejak dari zaman sekolah lagi. Eh, macam salah pulak rasanya tajuk tu, patutnya tajuk entry ni saya tanyakan diri sendiri dah bersedia ke tak nak tempuh tahun yang bakal penuh cabaran, 2021?Orang lain bukannya tolong kita selesai masalah kita 100% kan? Kita lah juga yang nanti ada stress, ada up and down, ada suka ria dan ada jugak menangis sorang- sorang. Ah, tak kisahla apa-apa pun sebabnya selagi bernyawa, memang hidup pasti penuh dugaan dan halangan, kan? Wah bermadah pujangga kat situ. Kalau kena masa yang bermasalah tu, dengan serabutnya, dengan sedihnya mulalah stress tak pasal. Masa tu dah tak ingat dah kata-kata motivasi ni semua. 


Tadi diari 2021 yang saya beli dah sampai. Wah, terharu sangat tengok diari ni. Elok sangat kejadiannya. Tak sangka diari sekarang lawa sangat. Rasanya dah lama sangat saya tak ada planner atau diari. Ada dapat planner hadiah daripada sesiapa sekali sekala tu, tapi rasanya saya setakat conteng sikit lepas tu entah ke mana perginya planner tu. Sejak norma baharu ni, saya rasa saya perlu ada dairi atau planner khas yang mencatat semua nota penting. Maklumlah dah semakin tua ni, penyakit lupa tu sekali sekala boleh berlaku. Jadi tahun ni saya beli diari baru dengan tujuan untuk menjadikan tahun 2021 lebih bermakna buat saya dan supaya saya konsisten mencatat nota penting jadi tak lupa apa yang patut dibuat. haaaa, gitew.... baguskan, cita-cita saya ni? Moga berbaloi la pelaburan RM 136 saya ni.... 


Berakhirnya 2020 juga bermakna dah setahun ayahanda saya meninggalkan kami. Tak sangka  dah hampir setahun pemergian ayahanda. Ahad yang lalu, kami anak beranak sama-sama membacakan yassin dan tahlil arwah untuk arwah ayah dan nenek moyang kami. Alhamdulillah ramai yang dapat sama-sama buat tahlil walaupun hanya melalui Google Meet. Alhamdulillah juga anak cucu di KL Selangor, Kelantan dan Perak dapat bersama-sama meluangkan masa nak bertahlil untuk mereka yang dah tiada. Bendanya ni pun dirancang sehari sebelum sahaja. Alhamdulillah berjalan lancar. 


Saya rasa 2020 ialah tahun yang sangat mencabar buat saya. Norma baharu ni banyak buat saya tak selesa. Banyak yang saya rasa membebankan. Namun kena teruskan juga walau apa pun. Akhirnya tinggal sikit lagi, insyaAllah kalau panjang umur saya dapatla merasa macam mana tahun 2021. Moga 2021 bakal menjadi tahun yang menggembirakan dan juga berjaya buat kita semua ya.. buat yang terbaik, doakan yang baik-baik serta semoganya semua akan jadi yang terbaik.....semoga dijauhkan dari penyakit yang bahaya juga.





Comments

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?