Sejak PKP banyak perkara dah lain ke?

Hai semua, jom saya nak kongsikan kisah hari ini. Tak tahulah nak kategorikan lucu ke, sedih ke atau maybe gabungan kedua-dua tu. Layankan ajelah ya korang. Al kisahnya tengah hari tadi, anak minta nak makan kimbab. Jadi tak payah masak, semua beli je, kata si bapaknya. Jadi apa lagi, mother happylah kan? Semestinya la kalau dapat cuti masak dan kemas sangat happy. Lagipun sejak PKP   ni tak pernah lagi beli makanan korea, jadi tiga bulan tak merasa taste korea. Jadi mother pun pesanlah sekali apa yang dia terasa nak makan.

Apa yang terjadi tadi, si bapak pergilah beli makanan kat mall. Tapau dan bawak balik, musim ni mana boleh makan kat kedai kan. Masa bapak order , bapak call si mother dan dia tanya , “ Mama nak order bulgogi kan? Nak ala carte atau set?” . So mother pun jawablah , “ Ala carte jelah”.  Kemudian bapak sambung lagi, “Betul ke ala carte, kalau ala carte tak ada nasi! “
“Eh, pelik betul ni, order sambil tengok menu tak tu? “ tanya lagi si mother. Tak puas hati si bapak bagi kat pekerja restoran bercakap dengan mother , “ Akak nak bulgogi ni set ke ala carte? Kalau ala carte tak ada nasi tau?” Kata pekerja restoran. Masa tu mother dah naik hairan, nampak pelik tu. ke sebab tapau je dah tukar cara serving? Haha tak terfikir lagi kepelikan yang berlaku kat situ. Jadi akhirnya orderlah bulgogi set.

Lepas beberapa minit menjawab panggilan barulah mother terfikir sesuatu, ha sahla salah sebut nama makanan, bukan salah budak amik order tadi. Aduhai nak makan benda lain tapi boleh pulak tersebut nama yang lain pulak, salah sendiri lah kan? Tapi tak ke salah jugak bapak yang ke restoran dan buat pesanan tu? Dia pesan sambil tengok menu kan? Dah tanya tadi, dia jawab “ya tengok menu lah tapi mana tahu apa mama nak?” . Memang sakit hati mendengarnya. Selamanya bini dia memang order bibimbab je kalau ke restoren tu, takkan dia tak pernah nampak bini makan apa? Naik hairan pulak. Dah tu dia salahkan mother semata-mata.  Katanya pesan tak betul. Ok fine. Nasib badanlah.

Malas nak serabut benda taklah besar mana pun, jadi kita chill je. Anggap tak ada rezeki harini . Nama makanan korea mungkin agak susah nak ingat bagi yang kurang biasa kan? Maklumkan makan sekali sekala. Kalau makanan yang dah sejak lahir lagi makan tu lainlah kan? Mesti cepat je dapat cam makanan tu, kan ? Bau pun dah tahu apa kan? Kalau saya pejam mata dan makan sambil pejam pun, nasi kerabu memang cam tak payah fikir lama.

Ok mari kita tengok gambar google tadi( pic credit to owner, thanks)

Yang ini namanya bibimbab. Yang nak beli tu sepatutnya.

Yang ni pulak bulgogi namanya. Yang salah terbeli tu, padanlah dia tanya nak nasi ke tak.

Ini kimbab yang anak kirim tadi tu. pun tak dapat tadi sebab bapak kata nama lebih kurang dia keliru.



Ok, kalau dah baca korang sila la komen apa pendapat korang ya. Anyway, hari ni ialah hari ulang tahun perkahwinan bapak dan mother tu yang ke 11. Teman bergaduh seumur hidup ni. Takpelah kan? Kita ini lain-lain perangai dan kemahirannya kan? Allah memang buat macam tu. Asalkan ada persefahaman dan tolak ansur bolehla. Tak semestinya kita kena bahagia dengan cara yang sama dengan orang lain.

Comments

  1. Salam anniversarri ke 11 buat bapak dan mother

    ReplyDelete
  2. Happy 11th anniversary to both of you.. Mother & hubby.
    Moga bahagia hingga ke Syurga.

    ReplyDelete

Post a comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts