Peminat bunga ros pasti suka ke Rose Park, Gokseong
Peminat bunga ros, korang tentu suka ni. Saya yang taklah peminat bunga ros pun sangat teruja setelah mengunjungi festival bunga ros di Rose Park, Geokseong. Banyak amat bunga ros dapat dilihat di taman tadi tu.. Tak berapa pasti keluasan tempat ni tapi sejenuh mata memandang tu ada macam-macam bunga ros. Ikut signboardnya rasanya ada 1004 jenis bunga ros yang ada kat taman ni. Warna, jenis dan bau dah cukup menggembirakan kami. Nampaknya tanah selatan Korea ni memang cukup subur untuk penanaman bunga pelbagai jenis. Sepanjang jalan ke taman ni penuh dengan bunga bunga lain yang memang cantik warnanya..Tak hairanlah ramai sangat pengunjungnya tadi. Published with Blogger-droid v2.0.10