Aktiviti kelas hujung semester




 Assalamualaikum semua.
Memandangkan Ujian Akhir Sesi Akademik ( UASA) telah tamat, kebanyakan masa saya masuk ke kelas memang saya buat aktiviti pembentangan. Jadi, entry kali ni saya nak kongsikan dapatan semasa aktiviti pembentangan yang pernah murid-murid saya buat. 

Sebenarnya pelbagai aktiviti boleh dilakukan oleh guru-guru yang kreatif. Setakat ni saya rasa aktiviti menjana pendapat murid dan melatih keberanian bercakap di khalayak ramai ni sangat menarik dan memberikan peluang untuk saya lebih mengenali anak murid. Bila saya mengutarakan isu-isu seperti di rajah di atas tu, pelbagai hasil dapatan yang saya dapat. Walau soalan semudah tempat yang paling ingin dilawati, pelbagai respon saya dapat. Murid nakal memberikan jawapan yang ada kalanya lucu, ada kalanya merepek seperti rumah Acap, iaitu nama kawan dia yang paling disukai, sehinggakan satu kelas gelak besar. Namun kegembiraan yang diberikan tu membuatkan ada rasa terbit dalam hati saya ni, “mudahnya anak-anak ni terhibur”. Ada juga yang menjawab dengan ilmiah seperti nak berkunjung ke Mekah Madinah kerana nak beribadat kepada Yang Maha Esa, nak melihat Aorora, nak ke tempat yang siangnya terlampau panjang, nak mengunjugi lautan terpanjang di dunia dan ada juga yang menjawab nak mengunjungi kawasan hutan Brazil yang unik katanya.

Untuk nama panggilan juga saya mendapat pelbagai nama diorang ni sebut. Yang nakal macam biasa, ayat yang mereka keluarkan pastilah ayat yang nak orang lain gelakkan mereka. Ada yang sebutkan Sajat, walau nama asal langsung tak berkenaan Sajat. Ada yang sebut nama English yang menarik, ada yang sebut nama kawan baik. Paling saya terkesan dengan soalan yang ini ialah bila salah satu kelas bertanya kembali kepada saya, “ Kalau cikgu , apa nama panggilan yang paling cikgu suka?” . Lepas saya beritahu nama panggilan tersebut, seluruh kela memberikan salam dan ucapan terima kasih kepada saya dengan nama tersebut. Malah sampai sekarang, murid kelas tersebut terus menyebutkan nama panggilan tersebut bila terserempak dengan saya di kawasan sekolah sekali pun. Alhamdulillah, anak-anak yang sangat prihatin. Tahu diorang nak amalkan apa yang dipelajari walaupun bukan ilmu akademik semata.


Pernah juga saya memilih tajuk di atas sebagai isu yang perlu murid bentangkan. Sebelum mula pembentangan saya biasanya berikan masa dalam 5-10 minit untuk murid berfikir apa yang ingin mereka bentangkan. Bagi kelas yang bagus, selalunya memang jadi benda ni. Diorang teruja yang bercakap kat depan. Kadang-kadang sebelum masa kelas, kalau saya berjalan di depan kelas mereka, ada yang bertanya tajuk apa yang nak kena bentang semasa kelas nanti. Nampak minat mereka kat situ, kan? Ok, meh saya kongsikan antara ayat yang disebutkan oleh murid-murid bila membincangkan tajuk kalau aku kaya ni. Untuk diri sendiri ramai yang memilih nak beli rumah besar, kereta mahal, makanan sedap dan lain-lain. Kebanyakkanya memang menyebutkan benda yang bagus la, kecuali seorang murid, saya ingat lagi namanya Syafiq yang  mengatakan walaupun dia kaya, untuk dirinya sendiri dia akan beli barang yang perlu sahaja tanpa membazir dan cuba jimat sebaik mungkin. Dia juga menyatakan jika untuk keluarga dan masyarakat, dia akan sumbang sebanyaknya kekayaan yang dia ada. Kagum saya masa tu , kerana ayat yang matang macam tu dikeluarkan oleh murid 14 tahun. Syabas, sejuk perut ibu mengandungkan anak soleh macam Syafiq ni. Kemudian, murid yang lain ramai juga baik hati. Kalau mereka kaya, ramai nak bagi elaun bulanan yang banyak kepada ibu bapa dan adik beradik. Ada yang nak bawa keluarga pergi melancong, pergi umrah dan haji. Baiknya kan? Ada juga masanya saya tanya balik, “berapa elaun bulanan yang awak nak bagi ke adik beradik awak tu?”.. Ada yang jawab 5ribu, ada yang jawab 10ribu. Ha, memang yang jawab ni nampaknya tahu kaya tu macam mana kan? Tapi dalam bab ni, saya pernah ditanya oleh murid . Jadi, semasa giliran saya nak jawab soalan sumbangan kepada keluarga kalau saya kaya ni, saya pun jawab “ kalau cikgu kaya, cikgu takkan bagi elaun bulanan yang banyak kepada adik beradik” . Teruk satu kelas tu buat respon yang terkejut masa dengar tu. Lepas diorang kembali senyap, saya sambung lagi bercakap.. “ di usia macam saya ni, macam-macam jenis orang dah cikgu pernah jumpa. Apa yang pasti kita memang tak boleh semudah-mudahnya beri kemudahan kepada orang, kerana manusia takkan menghargai apa yang mereka dapat dengan mudah. Kerana wang ringgit, ahli keluarga boleh bergaduh sampai tak bertegur sapa. Jadi, maybe cikgu akan bantu jika mereka perlukan bantuan, cuma cikgu akan bagi bantuan yang boleh membantu mereka dalam jangka masa panjang”. Lepas tu baru murid macam faham sebab dan bertepuk tangan. 

Namun, aktiviti macam ni, ada juga yang saya tamatkan sebab tak berjaya. Ada kelas tertentu yang muridnya pasif, memang payah nak jalankan aktiviti macam ni. Tapi asam garam kerja, apa pun kita hadapilah dengan senyuman.. moga yang baik-baik tu dapat murid-murid ni ambil sebagai pengajaran dan tambah pengetahuan. 


Comments

  1. Pengorbanan seorang tenaga pengajar kan mcm eksperimen akan dibuat utk mengajar dan menambahkan skill pelajar.. ada yg menjadi ada yg tidak.. tak apa semua nya ada nila pahala di sisi kiraan di akhirat esok .. :D

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?