Early birthday celebration

 Assalamualaikum semua.

Penulisan kali ni bersempena sambutan hari jadi si bongsu kesayangan kami. Dah 4 tahun 2020 ni, patut dah banyak sangat perkembangan si dia ni. Dah faham sangat apa yang berlaku. Kejap je rasanya anak-anak membesar. Haha, ya kan? dah boleh suruh banyak perkara dah sekarang si budak comel ni. Walaupun masa usia diorang setahun dua tu rasa letih penat dan lain-lain, sampai rasa jadi mak lampir kadang-kadang tapi bila masa dah berlalu ni  semuanya okje. Dah tak rasa apa dah. Alhamdulillah atas nikmat yang Allah dah berikan ini. Alhamdulillah juga tahun 2020 ini walaupun dunia diancam penyakit bahaya, famili kami bebas dari hospital. Alhamdulillah. hikmah daripada kurang keluar jika tak perlu, pakai pelitup muka dan pembasmi kuman ni. Jika diimbas balik pengalaman membesarkan anak-anak setakat ni, hampir setiap tahun ada je kes yang kena warded. Kes sawanlah, demam tinggilah, ezema lah, lung infectionlah dan lain-lain. Terutamanya si birthday boy ni, 3 kali dah warded sebab kes lain-lain. Alhamdulillah tahun ni Allah jaga famili kami dari sakit-sakit yang bahaya dan merisaukan. syukur.....


Asalnya saya macam terfikir nak sambut birthday kat taman. Tapi masa tu, saya fikir je, taklah pulak buat rancangan betul-betul. Nak dijadikan cerita, anak buah saya yang dari Ampang bagi mesej bagitahu nak datang ke rumah weekend lepas. Jadi, terus bagitahu dia pasal nak ke Taman Saujana Hijau Putrajaya untuk makan-makan ala-ala sambut birthday kat taman. Apa lagi, terus setuju si anak buah ni. Dibawa juga sekali sepupu-sepupu lain bermalam di rumah kami menjadikan lagi meriahlah rancangan yang tak berapa nak rancang ni. 


Selalunya memang macam ni, benda tak rancang elok je menjadi, kalau beriya-iya rancang nanti takkan jadi pun. Alhamdulillah cuaca pagi tersebut redup dan elok nyaman untuk aktiviti luar macam ni. Suka sangatlah diorang ni berlari-lari sekitar taman ni. Gambar kat sana pun semua nampak ceria dan lawa. 

Tema putih dan denim, comel kan semuanya. Alhamdulillah juga ramai juga yang boleh datang. Walaupun last minute fikir akhirnya elok juga jadinya. Sempat saya pergi PDI pada malam sebelum tu dan beli baju-baju putih untuk anak-anak yang belum ada baju putih ni. Beli pun baju yang harga RM19 je sebab nak test macam mana diorang ni kalau pakai baju putih. Kalau kotor tak apalah, sekali pakai. Maklumlah selama ni diorang memang tak pernah dibelikan baju putih sebab takut kotor . Rupanya elok je diorang pakai, tak pulak kotor terkena aiskrim atau makanan lain. 



Tiga anak buah yang sangat rajin semasa hari kejadian dan malam sebelum. Persediaan makanan banyak yang dibuat oleh tiga anak dara ni. Untung kan? lain kali boleh ajak lagi diorang ni. Tak berat tulang membantu. 


Antara menu haritu, olio aglio, kimbab, sandwich telur dan kentang, dumpling, nugget ayam , mango dan tembikai serta ais krim malaysia 5 perisa. Semuanya homemade tau... hebatkan...Sama-sama masak pada malam dan pagi hari kejadian.. Anak buah kita boleh suruh. Hihi, bezakan ....opsss tak leh tulis panjang pasal ni... eh tak suruh sangat pun, diorang sendiri siapkan tanpa arahan banyak... 

Masa jemput kakak saya datang sekali, dia sempat tanya " Eh birthday si kecik je sambut? anak yang lain tak de pun?' .... haha my sister ni tau aje...   Bukan nak sambut sangat pun, memang famili kecik kami ni biasanya sambut kecil kecilan je kaalu ada hari jadi. kalau sesuai kami makan kat restoran . Kalau tak ada juga yang sambut kat rumah je apa adanya. Kali ni terasa nak buat kat taman, maka jadilah kejadian lari - lari kat taman ni.. Meraikan sambil menghargai orang tersayang sementara masih diberi peluang, kan? 

Semoga anak mama yang ni sentiasa sihat serta diberikan keberkatan dalam apa yang dilakukan. Setakat ni dah terserlah perangai suka melawaknya si kecik ni. Memang penghibur kami ni. Kalau kat rumah, ada je yang dia buat yang menjadikan semua orang gelak besar. Cuma dia pemalu atau takut orang yang tak biasa, jadi kalau ada orang lain, dia agak senyap.. happy birthday my dear darling baby ya.... 

Comments

  1. Happy birthday in advance to yr kid.
    Bagus juga idea Aisy ni.. ada tema.
    Jap lg birthday anak I.. entah nak ke tak klu I paksa pakai baju ikut tema.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Kak Sam.
      bgus juga bertema ni, gambar jd cantik nampak sekata..
      haha, can try la mana tahu they all ok je pakai bertema ni kan...

      Delete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?