Posts

Showing posts from February, 2016

Kehidupan

Kehidupan sememangnya tak terduga. Rahsia-Nya untuk setiap umat-Nya pasti takkan pernah kita fahami atau jangkakan. Cuti CNY kami yang pada mulanya tiada perancangan untuk balik ke kampung akhirnya balik ke kampung Pasir Mas demi menziarahi Kak Long yang sedang sakit. Tak terbayang sedih hati melihat kakak yang biasanya akan berkampung di rumah mak setiap kali kami balik, kini berada di katil hospital dalam keadaan tidak bermaya. Bukan hanya pemandu yang berisiko kemalangan di jalan raya, sebagai pejalan kaki pun tak terkecuali. Balik dari solat subuh, masa nak melintas jalan tetiba dilanggar oleh murid tingkatan 3 yang berlumba motor dalam perjalanan ke sekolah, siapa yang sangka? Kesannya, kaki kanan patah kedua-dua tulang, patah rahang, patah tulang hidung dan juga patah dia bahagian atas mata sehingga menyebabkan ada tanda jahitan seolah-olah bulan sabit di atas kedua-dua mata dan kening. Sesungguhnya siapalah kita manusia yang kerdil ini.

Rekaan Coach Handbag Terbaru

Image
Jenama Coach bukanlah suatu jenama yang asing dikalangan penggemar fesyen lebih-lebih lagi mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan fesyen semasa. Bagi yang masih kurang familiar dengan jenama antarabangsa ini, Coach sebenarnya berasal dari Amerika dan merupakan salah satu jenama yang mengeluarkan pelbagai koleksi barangan kulit berkualiti seperti beg tangan, kasut, aksesori dan banyak lagi. Dan sejak mula diperkenalkan sehinggalah hari ini, jenama Coach sering mendapat perhatian ramai fashion enthusiast terutama sekali koleksi beg tangan Coach yang sentiasa menjadi sebutan. Rekaan koleksi beg tangan Coach yang amat eksklusif ini menjadi kegilaan ramai wanita di seluruh dunia. Bukan sahaja menawarkan rekaan beg tangan yang cukup menarik, Coach handbags juga diperbuat daripada material-material yang amat berkualiti tinggi dan kerana faktor ini lah Coach telah menetapkan standard yang amat tinggi. Tidak hairanlah jika koleksi beg tangan Coach sememangnya ditawarkan d

Kerja rumah

Image
Kalau suatu masa dulu, saya memang tak faham kenapa ibu bapa buatkan kerja sekolah anaknya? Memang keluar satu tanda tanya besar setiap kali menanda buku kalau hasil kerja tu nampak lain dan bila disiasat budak tu mengaku mudah je, " mommy saya buatkan ni cikgu". Takpun yang sopan sikit jawapannya, " saya tulis sendiri ni, tapi jawapannya mama saya yang bacakan". Korang pernah ke? Pernah ke buatkan kerja sekolah anak? Agaknya di tahap anak tadika ni, rasa kesiankan anak sebab dapat kerja sekolah banyak, mama malas nak tolong mama psiko si adik buat kerja abangnya bersama-sama. Nampak macam sesi main-main gitu. Tapi kalau diteruskan ni, ada ke kemungkinan dah masuk ke sekolah menengah nati masih nak amalkan tabiat yang sama? Ada masa nak ambil peduli ye? Ah.. dalam satu keadaan pernah juga saya fikir, keadaan macam ni jauh lebih baik daripada murid yang langsung tak ada inisiatif yang buat kerja rumah. Rela kosong je buku tu daripada ada apa-apa jawapan. Agaknya ma