Posts

Showing posts with the label umrah musim sejuk

Pengalaman umrah pertamaku

Image
Assalamualaikum. Lama tak menulis di sini. Rasanya tak tahu di mana nak memulakan catatan ini. Tapi saya tulis juga dengan alasan, pengalaman sendiri takkan pernah sama dengan apa yang pernah dibaca dalam buku dan apa yang diceritakan oleh orang lain kepada kita. Alhamdulillah, cuti sekolah kali ni Allah panggil saya menjadi tetamu-Nya. Satu anugerah yang saya sangat syukuri dan memang tak terluah dengan kata-kata akan kegembiraannya. Apa taknya, kisah tentang kota suci Mekah ni saya dah mula tanyakan pada mak saya yang pergi melakukan haji pada usia saya 9 tahun. Pada masa tu, sebagai anak kecil yang ditinggalkan dengan adik yang berusia 7 tahun dan kakak 18 tahun , saya bertanya kepada mak selepas mak ayah balik dengan selamat. Soalan saya pada masa tu, "seronok ke pergi Mekah? Macam mana keadaan di Mekah tu? Apa kita buat di Mekah?". Ingatan saya terimbau kepada soalan-soalan yang saya ajukan masa kecil tu sebaik sahaja saya lihat keadaan di luar semasa bas ...