Burger sedap di gerai biasa
Akhirnya dapat juga kami merasa burger yang disebut-sebut oleh rakan sekolah. Memang sedap betul burgernya. Patty burger ini dibuat dengan resepi pemiliknya sendiri, rotinya dikukus dahulu masa patty dibakar, ada timun jeruk ala-ala kat McD dan sosnya sesedap rasa. Lupa pula bagitahu pattynya sedikit terasa lada hitam. Burger yang dimaksudkan ialah Burger Putra, di Putra Height. Lokasinya di tepi 99 Speedmart Putra Height. Bab lokasinya ni sedikit tak best... haha, bukan apa, nak menunggu burger ni agak lama sebab pelanggannya ramai masa kami ke sana, jadi budak-budak berdua ni masuk ke Speedmart ni beberapa kali. Senarai harganya. Kali ni kami mencuba burger daging dan burger ayam. Gambar burger tak sempat pula nak ambil kerana anak-anak tak sabar nak makan. Dapat je burger tu, terus Naim buka dan makan kat situ je. Alang-alang dah gitu, jadi semua pun buka dan makan kat situ juga. Mujur kat kawasan menunggu ada banyak kerusi dan ada satu tempat duduk yang sesuai. ...