Posts

Ramaikan Follower Tambahkan Pembaca

Image
Semenjak lepas raya ni aku semakin tertarik dan kerap nak menulis di blog ni...Tapi melihat follower tak bertambah banyak, hati ni berdondang lah jugak..jadi, dikesempatan ada blog orang otai buat segmen gini, join aje lah..Kalau ada rezki, arap sangat dapat tambahkan pembaca dan follower....jangan segan nak pilih saya ye, thanks... Nama Blog: AISY NASIHA Nama Blogger: Aisy Nasiha Tahun Mula Berblog: 13hb Julai 2011 Jumlah follower sekarang :  baru ada 15 yang lain, kalau nak join klik sini ye

Belanjawan 2012...thanks PM

Terima kasih PM kerana budget 2012 yang dikatakan memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat... antara perkara yang menarik perhatian Mama Naim sebagai warganegara dan pendidik.... Bonus setengah bulan gaji    bagus Kenaikan gaji tahunan meningkat ikut gred cantik sangat Tempoh naik “time based” dipendekkan kepada 8 tahun Sesuai sungguh Yuran persekolahan dimansuhkan sepenuhnya Membantu sekali Peluang guru sambung belajar menarik tul Umur persaraan dinaikkan kepada 60 tahun Aww....tak nakkk.... huhu...yang 1 je buat menangis bila dengar...macam mana lah nak kerja sampai umur 60 tahun? separuh daripada tu pun dah terasa tak sanggup nak berhadapan dengan murid-murid nakal. ....korang macam mana pendapat?

Ramalan yang salah

Image
                            Sumber: Majalah CHIP Jom kita tengok ramalan orang terkenal yang tersalah ni ye... 1. "Microsoft will never make a 32-bit system" kata-kata oleh Bill Gates pada 1989.      - yang Never tu berakhir pada tahun 1993 bila Windows NT 32-bit muncul 2. "Facebook- that's just a catalogue on the web" kata-kata Rupert Murdoch (bekas pemilik MySpace pada tahun 2008      - hakikatnya kini Facebook adalah fenomena dunia....sape yang tak tahu pasal facebook....nenek atuk pun ada akaun tau!! 3. "The iPod will be gone by Christmast" kata kata oleh Alan Sugar (Founder of Amstrad, 2005)       - dia tak cakap tarikh Krismas tahun bila 4. "Television will not be accepted" kata-kata Darryl Zanuck( produser filem 20th Century Fox) pada tahun 1946     - ...

Stay In Hide

Image
Memang menguji kesabaran betul jaga Naim arini...Gelagat dia macam-macam, sampaikan mama dia ni rasa jaga Naim 4 jam pagi tadi macam jaga satu hari.. bukan saja dia banyak main..menyepahkan barang merata-rata.. Mama nak tengok tv, berkali-kali dia tutupkan..dia tarik tangan mama ke mana-mana saja yang dia nak pergi.. dalam rumah pun nak pakai kasut...berkali-kali nak keluar tengok kucing jiran.. diberikan makanan banyak yang ditabur daripada yang masuk perut.. air masak dalam bekas tupperware oren tu berkali-kali ditumpahkannya.... bila mama buat muka geram, tahu je dia menyorok...masuk dalam almari dan dia mengintai dari dalam.....ingat comel sangat lah buat macam tu!!!!       

Lelaki kahwin lewat anak kurang bijak

Usia bapa jejas keupayaan intelek kanak-kanak: Kajian WASHINGTON: Kromosom kanak-kanak daripada lelaki berkahwin lewat didapati tidak normal hingga lemah dari segi intelektual, dipercayai disebabkan usia bapa yang lanjut. Kromosom tidak normal adalah disebabkan oleh beberapa variasi nombor salinan atau ‘CNV’, merujuk kepada struktur beberapa keadaan menyebabkan kehilangan atau kesilapan susunan DNA dalam sel. Perkara itu boleh diwarisi atau berlaku secara tiba-tiba dan menjadi punca biasa penyakit. Pasukan penyelidik melakukan analisis secara sistematik dan menemui banyak CNV dalam hampir 3500 orang yang hilang upaya intelektual antara 2006 dan 2010. Mereka mendapati, CNV yang berlaku secara tiba-tiba dan tidak diwarisi membabitkan 227 orang yang bermakna keadaan itu wujud dua kali ganda daripada biasa sama seperti bagi mereka yang mempunyai autisme dan tiga kali ganda di kalangan mereka yang menghidap penyakit asma. Analisis seterusnya untuk menentukan CNV asal di kalangan data ...

belajar tinggi tapi tak ada adab...sadis tul...

Image
Belajar ilmu di sekolah dan universiti sememangnya tak sama dengan belajar adab.. setinggi mana pun ilmu seseorang tu kalau tak ada adab, tak ada maknanya.. Nape tetiba cakap macam ni? ...ni sebabnya tak lain pasal malam tadi bawa Naim ke klinik untuk diperiksa kesan bengkak aritu. Kami pergi ke klinik yang sama tapi doktor yang merawat kali ni doktor lain. Doktor malam tadi garang dan boleh dikatakan tak ada adab. Bagi aku kalau nak berlagak macam tu, elok je dia tak payah kerja.. kita sbagai pesakit datang dengan rasa sakit dan susah hati...bukan datang nak dimarah oleh dia..tak ada maknanya pun dia merawat dengan marah-marah. Takkan seusia dia tu tak leh tahu lagi keadaan keluarga pesakit, entah ape lagi nak dikata. dah bertahun-tahun merawat orang, takkan menjadikan dia tak berfikiran tenang..kalau penat, elok balik rehat je kat rumah. Mungkin Naim sekadar pesakit yang entah ke berapa, langsung tak ada simpati di hati dia melihat keadaan Naim. persoalan aku tentang kea...

Bedtime stories

Alhamdulillah, dapat jugak arini tambah lagi satu post kat blog ni..ceh, macam ramai benar yang baca penulisan luahan hati yang tulus ni....hehe, xpe, selagi niat betul aku akan teruskan..kena yakin diri..bukan tujuan nak kejar glamor sebab blog ni tak glamor mana pun, dah 2 bln lebih menulis dapat follower baru 14 orang...yang baca blog ni bukan ramai pun, yang paling banyak orang baca pun bagi post tentang Raya dah nak berakhir, seramai 50 orang.. apelah sangat kalau nak bandingkan dengan blog orang lain..tapi, tak ape lah.... Menulis di blog ni cuma sekadar nak meluahkan apa yang dirasa seharian, nak berkongsi pengalaman suka duka dan juga berkongsi info...lagi pun, kadang-kadang masa yang sesuai tak ada kalau nak berkongsi ape yang dirasa dengan kawan-kawan mahupun suami..dengan kesibukan bekerja dan urusan seharian yang lain, masa berkualiti dengan kawan kadang-kadang terbatas...tapi dengan netbook ni, bagiku tak ada kekangan masa..sebabnya netbook ni tak ada masa letih, tak ada...