Posts

Showing posts from November, 2016

Naim's graduation day(6 tahun)

Image
Masa memang cepat berlalu bila kita sibuk mengejar kehendak dan keperluan kehidupan kan?Dah nak habis tadika pun nampaknya anak bujang saya, abang long ni. Tadi pagi, lama saya renung Naim dalam baju seragam sekolah tadikanya. Hajat hati nak ambil gambar dia, tapi dia tak nak. Dah pujuk pun  dia bertegas juga tak nak bergambar. Tak apalah tak ada kenangan Naim pakai baju seragam sekolah tadika buat kali terakhir, sebab gambar sebelum ni memang ada. Masih lagi kenangan yang manis kan?Sebenarnya masih ada dua hari lagi sesi persekolahan tapi esok dan lusa diorang tak perlu pakai baju seragam sekolah lagi. Ahad lalu dah selesai pun majlis graduasi atau Ihtifal sekolah tadika Naim. Meleleh air mata mamanya sepanjang masa di majlis ni. Papa N yang pada mulanya asyik mengusik pasal air mata saya yang jatuh berguguran tu, bila makin lama dah pandai buat tak tahu je. Geram betul saya, bukan dia tak tahu perangai bininya ni. Kalau pasal anak-anak memang murah air mata.
Sekolah tadika pun ada gr…

WW : Bila anak tetiba makan banyak

Image
Peti sejuk rumah korang pernah bertanda macam cerita Ali Baba Penyamun ni? Haha, rumah kami ye, baru-baru ni.. siapa punya kerja? 
Budak dalam gambar ni punya kerja. Biasanya dua Ahmads saya ni, yang besar tak berapa makan kalau tak disuap, tapi sejak kebelakangan ni, dia lalu makan. Macam membela pulak, hujung minggu hari tu, asyik punggah makanan dan mengunyah je kerja dia. Bimbang pulak dia sakit perut kalau makan banyak sebab dia biasa jenis payah makan.  Bila saya tegur pasal makan, dia merajuk dan pergi cari kertas dan buat macam tu di peti sejuk. Katanya, semua orang jangan buka dan cari makanan lagi.. huhu.. padahal dia yang banyak makan..
Kesan mamanya berpantang.. biskut sekarang jadi bahan makanan rasmi setiap hari. Padahal sebelum ni, orang dalam rumah ni, tak suka makan biskut.  
Terbalik pula bagi yang tengah ni, sejak ada adik, kurang pula selera makannya.  Dah makin nampak kurus dan memanjang, namun lega juga berat tak turun, masih lagi 12kg.

Petua menurunkan jaundice yang 'rare'

Image
Masa dalam pantang hari tu, merasalah saya kerisauan seorang ibu yang anaknya mengalami prolonged jaundice. Masa Naim dan Nazif, ada juga kuningnya tapi cuma beberapa hari. Dengan Nazmi ni sampai hari ke-38 pun masih lagi ada kuning tu. Mau tak semput mak tau!! Walaupun orang sekeliling asyik mengatakan kuning ni benda biasa bagi bayi sekarang, tapi hati mak mana yang tak risau kalau dah nak habis pantang masih lagi tinggi bacaannya kan? Orang yang cakap tu senanglah, kita yang mengalami ni yang menanggungnya.  Jom imbas kembali hasil ulang alik ke klinik dan hospital untuk periksa kuning budak Nazmi ni. Bacaan paling tinggi Nazmi hari tu ialah 308. Bukan ke tinggi tu? Dah kena bertemankan lampu dua malam. Hasil dari beradu bawah lampu tu, bacaan kuningnya turun jadi 188. Ingatkan akan makin baik, tapi lepas tiga hari kemudian bacaannya naik lagi kepada 256, iaitu pada hari ke-12 usianya. Doktor minta kami datang seterusnya pada hari ke 17. Masa lima hari tu, macam-macam dah buat untu…

Pandang ke belakang demi ketenangan

Image
Dah 50 hari saya bergelar ibu anaknya tiga ni, tapi rasanya saya masih belum ada rutin. Setiap hari cuma ikut je keadaan semasa dan kena redho je apa yang jadi. Ada masa baby elok tak meragam, lega la sangat. Tapi kalau ada masa yang dia berjaga malam atau pada siang dia kembong atau tak nak tidur maka aktiviti lain terganggula sikit. Dengan ada dua abang yang tak berapa besar lagi tu memang menambahkan stress kadang-kadang. Lagi-lagi Nazif ni. Dia memang bijak je kalau bab bercakap. Maka, keluarlah ayat-ayat bijaknya. "Mama tak main dengan abang cik pun, abang cik sedih ni!" . Mau tak sentap jiwa mak kau nak!! Abis, korang asyik usik adik supaya bangun tu, macam mana mama nak bagi lebih masa untuk korang😭😭😭😭. Mama yang menangis tau !!!Minggu lepas, seminggu kami kat kampung. Balik Pasir Mas untuk tunjukkan baby kepada atuk nenek dan saudara-mara. Wah, bahagiaaanya rasa hati!!! Bila ramai orang kat rumah mak di kampung, terasa perjalanan hidup jadi tersusun. Masa banyak …