Posts

Showing posts from September, 2016

Diam diam berisi

Image
Assalamualaikum.. Dah masuk hari raya haji ketiga ni, korang dah masuk kerja ke ramai yang masih bercuti ye? Apapun moga semuanya dalam kegembiraan dan keceriaan ye. Keluarga kecil kami tak balik beraya di mana-mana kampung kali ni. MIL dah kembali ke Tapah sebulan lebih yang lalu tapi kami tak balik ke sana. Ke kampung Kelantan apa lagi, sebab jauh tak balik juga. Di saat menunggu hari ni, tak berani nak ambil risiko berjalan jauh-jauh. Haha, diam-diam berisi yang dimaksudkan ni ialah dalam masa beberapa hari lagi, insyaAllah saya bakal jadi mama anak tiga. Hush, kemain lama baru ada idea nak menulis pasal ni. Patutla mood berblog kurang tahun ni ye? Begitula al-kisahnya. Lama tak ada mood menulis sebab mood mengandung rasanya. Kami plan nak tambah ahli tahun lepas asalnya. Tapi, bila ada rancangan nak buat umrah, kami tangguhkan dahulu kerana bimbang alahan masa mengandung mungkin menyukarkan amalan kat sana. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa kami, balik dari mengerjakan umrah se