Not so baby anymore

Alhamdulillah hari ni 7.8 genap usia Nazif empat tahun. Pada tahun 2012, si kecil ni lahir secara pembedahan pada pukul 7.28 pagi setelah mamanya cuba bersalin secara normal selama dua hari menahan sakit on dan off. Dah rezki macam tu, syukur sahajala apa yang ada. Asalkan mama dan anakanda sihat sahaja.

Walaupun dua anakanda ni sama lasak dan aktif, alhamdulillah saya lega sangat sebab diorang ni takla lasak sangat. Kategori anak lelaki sihat dan cergas sahaja. Suka bergurau senda, berebut pun ada masa. Malah kalau masa baiknya, memang sweet sangat. Moga keadaan ni berterusan hingga korang besar nanti ya. 


Si kecil ni kalau bab makan memang selalu buat mamanya gembira. Makan nampak sedap je walau mama masak mudah. Kata orang, orang yang tak memilih ni jenis murah rezki kan, moga makbullah kata-kata tu. 😘😍😍

Kejadian Isnin, 25 Julai yang lalu, Nazif demam dan muntah sehari sebelum tu sehingga diminta ke hospital untuk pemeriksaan darah. Maka berkampungla di wad kecemasan, zon kuning selama 13jam. Mujur hasil pemeriksaan menunjukkan tak ada apa-apa yang bahaya. Moga dirimu sentiasa diberikan kesihatan yang baik, anak mama ya!!😉😘😘😘😘


Si manja mama.. 
Moga perjalanan hidupmu dimudahkan. 
Semoga berjaya dalam kehidupan dan pelajaran.
Jadilah anak yang soleh,
adik beradik yang membantu dan mesra,
Umat Islam yang taat
serta dimurahkan rezki selalu.

Comments

  1. Happy birthday to Nazif...
    Dah 4 tahun dia...
    Moga membesar dengan sihat sokmo :)

    ReplyDelete
  2. happy birthday Nazif! Semoga menjadi anak yang soleh 👏👏👍👍😘😘

    ReplyDelete
  3. Happy 4th birthday Nazif. 2 hari ye Mamanya menahan sakit?. I yg sekadar sejam sakit pun dah cukup terseksa. 😢.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua hari sakit on off Sam.. masuk wad masa awl pagi hari nuzul quran, menjelang tghari xsakit.. lepas tu sakit manja je sampai la malam 7hb tu lepas isyak sampai ke subuh baru btl sakit tak henti. Al kisahnya. Rezki masing2 kan?

      Delete
  4. Happy birthday nazif, semoga menjadi ank yg soleh, murah rezeki, cemerlang dunia akhirat. 🎂🎁 sekejap je da 4 tahun..
    Betul tu, da rezeki dia nk keluar ikut tingkap.. syukur la..ada hikmahnya kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan.. takdir hidup mana kita boleh ramal.. asalkan semua selamat dh satu kelegaan besar tu..

      Delete
  5. Selamat hari lahir nazif...moga jadi anak yang berjaya dunia dan akhirat.

    Bersalin ni pun rezekikan, dah Allah beri rezeki untuk dibedah terimalah kan..Ikut mana pun takpelah asalkan kedua2nya sihat dan selamat, tengok nazif tu membesar dengan comel dan bijak

    ReplyDelete
  6. Hsppy birthday sekali lagi nazif..comel je nazif ni.betul tu dah not eo baby anymore..tak lama lg nk dpt adik kan..jadi abg yg baik ok.hehe

    ReplyDelete
  7. selamat hari lahir nazif..alhamdulillah...moga terus membesar menjadi anak yg sihat dan berguna...amin...

    tgk pic kat hospital tu ngeri lieya...terbayang2 mase kat spital ari tu....serik laa sgt2....

    ReplyDelete
  8. Hepy Bezday Nazif..... moga makbul doa mama.
    Diam tak diam dah 4 tahun rupanya. Dah boleh sangat tu kalau nak menambah. Ohhh ceaser jugak rupanya. Naim?

    Nazif dah semakin runcing muka dia dah, dah muka abang abang hihi.... ke ikut bentuk potongan rambut.....ke sebab semakin tinggi...entahlah....

    ReplyDelete
  9. Happy birthday, Nazif. Dah 4 tahun dah dia... Semoga sentiasa dalam lindunganNya dan jadilah anak yang baik.

    Ya ke AN kalau anak tak memilih makan, murah rezeki?

    Habislah saya... dua-dua anak memilih makan :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. entah mitos ke btl.. masa saya membesar, sy diajar xmemilih makanan sbg tanda bersyukur dan akan murah rezki bila dh besar nanti..

      Delete
  10. 4tahun dah..moga jd ank yg menyejukkan hati ibu ayah.

    Siannye An,ank sakit pasti kita panik kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal.. dugaan membesarkan anak tak lepas dr sakit.. ada saja susah hati xkira sikit ke kuat sakitnya tu

      Delete
  11. amin..
    happy belated birth nazif...
    smoga segala doa ibu dimakbulkan...

    dh 4 thn dia..dh nk jd abg dh ... cepat j msa berlalu

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?