Posts

Showing posts from November, 2015

Mari belajar sabar

Image
Bercakap pasal travel jauh dengan anak-anak kecil ni memang paling penting kena sabar. S.A.B.A.R, semua kena sabar. Lagi-lagi ini musim cuti sekolah. Kebetulan dapat undangan kenduri, haruslah pergi ye. Dah macam acara tahunan pulak, tiga tahun berturut-turut akhir tahun kami ke Penang. Bercakap pasal sabar ni, musim cuti ni memang kena sabar lebih daripada biasa. Kat mana-mana pun ramai je manusianya. Silap percaturan, keluar masa peak hours, ha, tanggungla sendiri akibatnya. Macam gambar kat atas tu, perlu kesabaran nak tangkap gambar anakanda berdua ni bersama, sepanjang ke Bukit Bendera, itulah satu-satunya gambar berdua yang paling cantik saya dapat tangkap.  Si kecil ni asyik nak berdukung aje. Tapi bab bergambar dia sporting. Dia pulak yang minta mama amikkan gambar dia. Abangnya pulak dah mood tak elok masa ni sebab masa nak menunggu naik kereta kabel tu lama sangat. Jadi masa dah sampai ke atas tu, tak ada si abang nak posing atau senyum elok dah.  Adik memang spor

Annual Sports Day tadika Naim

Image
Hari yang dinanti dah tiba. Dah sebulan Naim duk bercerita tentang hari sukan ni. Lagi seronok dia bila cikgu bagi baju sukan hijau, siap berkali-kali pesan yang mama, papa dan adik kena pakai baju hijau juga nanti. Papa pun belikan dia kasut baru ada warna hijau juga sebagai tanda sokongan moral.  Dimulakan dengan persembahan murid. Nampak lancar je budak-budak 4 ke 6 tahun ni membuat persembahan, tetiba rasa kagum dengan para guru yang melatih diorang ni. Mujur sangat dibuat dalam dewan tertutup macam ni, masa acara ni, kat luar hujan tengah lebat.  Acara berbeza ikut usia murid. Namun yang pasti dalam setiap acara pun ada saja gelagat lucu yang anak-anak tadika ni buat. Memang geli hati betul menyaksikan sukan diorang ni.  Acara yang Naim masuk ialah 'Magic Straw'. Pasukan Naim dapat nombor tiga, jadilah kan.. haha..ada dapat medal ni dah suka sangat dia.  Bergambar dengan rakan-rakan sekelas sebelum balik. Selamat bercuti kawan-kawan. Jumpa Naim lagi

Teman 2015 yang penuh suka duka

Image
Pejam celik dah tak lama lagi nak habis tahun 2015 ni. Tahun yang penuh suka duka dan ikhlas aya rasakan panjangnya tahun 2015 ni. Pengalaman pahit, manis, suka, duka dan pelbagai lagilah rasanya banyak mematangkan diri dan juga pada masa yang sama mengajar diri untuk lebih beringat dan bersungguh-sungguh. Apa, awal lagi nak buat entry macam ni sebab baru pertengahan bulan November? Haha, mungkin juga alasan saya tulis ni sebab sesi persekolahan 2015 hanya tinggal seminggu lebih saja lagi.  Selain itu, bagi saya apa sahaja pun tak elok kita bertangguh. Mana tahu bila masanya kita bakal dijemput oleh Allah? Kalau tak tulis sekarang di saat terasa nak menulis bila lihat koleksi gambar yang ada ni, mungkin di masa yang lain dah tak ada kesempatannya pula.  Gambar semasa majlis graduasi sekolah. pagi buta lagi ni, rasanya dalam pukul 7.30 pagi, berselfie dengan Kak Wan dan Kak Mimi yang ceria sokmo ni. selain ceria, saya juga kagum dengan kerajinan yang ditunjukkan oleh kedua-dua

Sabtu yang bermanfaat

Image
Alhamdulillah Allah gerakkan hati kami untuk pergi ke sekolah Nazif untuk perjumpaan dengan gurunya. Mulanya macam malas, kami buat keputusan nak pergi pun dah agak hampir kepada masa yang diberikan. Sebenarnya, banyak yang dapat kami manfaatkan masa dalam perjumpaan tadi. Antaranya, sempat sertai kelas pengenalan Al Baghdadi. Mulanya kami gelak sebab rasa macam budak-budak pula kalau belajar macam ni. Cikgunya suruh ulang-ulang beberapa kali. Namun, seronok kelas ni. Dapatla sedikit pendedahan cara macam mana anak-anak diajar untuk membaca al Quran dengan keadah ni. Alhamdulillah lagi, saya rasa lega kami pindahkan Nazif ke sekolah ni. Moga anakanda kami ni mahir dan manfaatkan ilmu yang diajar. Mama papanya pun teruja lepas sertai kelas yang diberikan tadi.  Penerangan oleh Cikgu Ezan ni bagus. Baru tahu cara nak ketuk papan tu dengan betul.  Set yang kami guna ni, dihadiahkan kepada kami untuk dibawa balik. Alhamdulillah juga, rezki pagi ni. Dapat la guna untuk buat lati

My hero's birthday..

Image
Hari jadi suami @ my hero hari ni. Alhamdulillah kami dah sambut harijadi bersama-sama dah tujuh kali. Eh, ke kira 14 kali? Tak kisahla ya..Moga kegembiraan yang diberikan akan makin bertambah. Kalau bersama-sama, saling memahami dan berfikir bagi pihak lagi satu pasti semua masalah dapat diatasi dengan mudah. Ditanya nak hadiah tak, kata Papa N nak hadiah baby, mengada betul.. sebaliknya, saya bagi jeans baru dia amik aje..  Sambutan secara sederhana hujung minggu yang lalu. Kek keju strawberi yang comel dan sedap. Orang tua dah, tak payah kek besar-besar.  Makan di Miami Grill, Sunway Pyramid sebagai memenuhi selera Papa N yang memang tekak suka makanan barat. Layankan jelah, sebab hari jadi dia kan? Apa nama makanan dalam gambar ni dan juga chicken grill macam yang pernah ditunjukkan dalam jalan-jalan cari makan memang sedap. Berebut-rebut makan empat beranak dua menu tu he, makanan lain tak abis..  Moga sihat selalu dan diberkati selalu my dear hubby, Papa N..

Cara daftar kad Touch N Go

Image
Di musim bertugas mengawas peperiksaan ni baru nak ambil berat pasal isu tuntutan perjalanan dan tol. Tahun ni pula mewajibkan petugas tuntut secara berkelompok, maksudnya semua kena isi borang dan kalau kita tak nak duit tu, kena isi juga borang, iaitu borang menolak bayaran. Dah alang-alang gitu, apa lagi tuntut jelah ye.. ada juga duit tambahan, boleh buat makan-makan atau beli sesuatu sebagai tanda kerja yang dibuat pada tahun 2015. Biasanya saya memang ada buat tuntutan pun, tapi untuk kos tol ada masa saya tak tuntut, sebab asyik terlupa nak masuk ke lorong tunai. Otak ni dah set apa kena lalu sebab dah gitu rutin harian agaknya. Jadi tahun ni, bila dah disyorkan oleh seseorang akan cara untuk buat tuntutan bayaran tol, jadi legalah saya.  Apa yang perlu kita buat ialah daftarkan kada touch n go kita dahulu, supaya selepas tu walau kita guna lorong touch n go atau smartag, kita masih boleh buat tuntutan dengan hanya mencetak resit bayaran tol yang pernah kita lalu. Mula-mula mas

SPM 2015

Image
Kredit kepada Harian Metro online untuk gambar-gambar ni.  Musim SPM datang lagi ya. Pasti kalau ditanyakan pengalaman menduduki SPM, kebanyakan orang akan mengatakan itulah detik yang paling mendebarkan di usia tu, kan? Peperiksaan besar yang bakal menentu kehidupan kita.  Korang baca tak Harian Metro? Meleleh air mata saya membaca petikan kisah pasangan kembar siam yang telah dipisahkan satu ketika dulu, dah menduduki SPM mulai semalam. Tak tahu air mata sedih ni kerana terharu dengan kesungguhan mereka nak menjawab dalam keadaan kekurangan yang mereka ada, atau sedih kerana keadaan fizikal mereka atau sememangnya hati ini tak tahan melihat pengorbanan seorang bapa yang sanggup menguruskan anak-anaknya ni sebaik mungkin. Menurut sumber, ibu pasangan kembar ni dah meninggal dunia, jadi pengurusan diorang semuanya dibuat oleh ayah.  Tak tahulah kenapa orang yang cukup sifat pula ambil mudah pasal peperiksaan ni. 10 minit pertama je nampak mata, lepas tu dah mula tidur di dalam