Posts

Showing posts from October, 2015

Rezeki masa kini.

Image
Pandang orang berumah banglo, rumah semi-d, sedangkan kita teres je.. sushhh.. pergi jauh-jauh hasutan syaitan ni. InsyaAllah rezki untuk kita pasti yang terbaik bagi kita. Rezki masa ke Melaka hujung minggu lepas, dapat cenderamata dari Australia. Ada juga rezki walaupun dah lama tak jumpa, orangnya ke Aus dah hampir setahun. Ditambah lagi rezki menziarahi orang balik dari Mekah, buah tangan dari Mekah dapat lagi. Rezki, rezki, alhamdulillah. 

Kesihatan pun salah satu rezki, nikmat yang Allah bagi kepada kita. Siang semalam cikgu Nazif kirimkan gambar ni. Masa tu elok je dia aktif buat aktiviti di sekolah. Alhamdulillah makin lancar bacaan dalam solat yang Nazif dapat ingat. Baru bacaan yang pendek je ni. Tapi dengan pelatnya tu, kita mampu fahamla dia baca ayat masa rukuk, sujud dan dua surah pendek..Malam pula dah dua malam Nazif demam panas. Merengekla dia bila panas badan.  Hari ni nampaknya kena pontengkan dia, walaupu  dah kebah demam tapi dia tak nak bangun dan nampak mengantuk…

Drama Naim

Jenuh mama dan papa mencari laptop mama malam ni. Biasanya kalau bab cari barang, Papa N memang hebat. Tapi malam ni tak juga berjaya cari laptop hitam tu. Padahal bendanya bukan kecil, mulalah naik hairan kami ni. Ke mana pulak perginya. Ingatkan tersalah masuk ke bilik stor, pergi juga jenguk bilik tu. Tak ada tanda-tanda pun ada kat situ. Dah hampir berputus asa, saya pun panggillah Naim. Dia ni jenis pandai cari barang macam papanya juga. Masa menerima arahan tu, dia turun bawa dan minta papanya carikan. Adoi, terus rasa alahai, ini macam tak adalah harapan nak buat kerja di laptop tu malam ni. Kalau setakat nak berblog boleh guna hp je, tapi ni nak buat kerja sekolah. Maka, saya mula lipat baju, dengan patah hatinya. Tapi tak berapa lama, Naim naik dengan muka senyum dan hulurkan laptop tu. Bila ditanya, dia bagitahu yang dia sorokkan laptop tu di bawah tempat kami letak modem dan router unifi.. memang tak syak langsung tempat tu. Ayat menyentuh hati yang Naim keluarkan tadi iala…

Risau Demam kepialu

Image
Ai semua.
Tak tahula apa lagi nak cakap kalau pasal kena cuti jerebu lagi ni. Dah mula ada di berita tentang kesusahan yang ibu bapa hadapi kerana anak dicutikan sekolah. Moga cepatla berakhir keadaan ini ya. Ok, masuk cerita tentang tajuk ya. Gini, korang tahu kot pasal demam kepialu ni. Kerap dapat mesej dalam minggu ni. Pasal demam yang bahaya ni, lama-lama baca agak seram juga bila terfikirkan kesannya sehingga boleh membawa maut. Kebetulan pula saya yang biasanya jenis payah membuang air besar, dah sebulan lebih jadi sebaliknya. Mau tak risau ye, antara tanda-tanda demam kepialu atau nama lainnya typhoid ni ialah cirit birit yang berterusan.
Maka awal pagi tadi saya bincanglah dengan anak buah sulung saya. Kena nasihat dengan budak tu saya pun pergilah ke klinik. Soalan pertama yang doktor tanya adalah " ada demam tak?". Bila saya bagitahu tak demam, kata doktor bukan demam kepialu. Legalah dengarnya. Namun ikut kata doktor tadi agak membimbangkan juga kalau seumur hid…

Double triple, eh banyak ler

Image
Kisah semua sumbat sekali la.. nak jimatkan masa mak cik..Mak Cik tengah sibuk menanda kertas soalan BM ni. Mujur juga hari Jumaat haritu tak diselubungi jerebu, sempat lepas dua kertas termasuk BM. Rakan-rakan lain dah mula gelisah sebab kalau berpanjangan cuti ni entah macam mana nak buat peperiksaan nanti kerana 2.11.2015 dah mula SPM. Cikgu kena pergi bertugas mengawas SPM dah satu hal, murid-murid pun biasanya memang kena dicutikan sebab tak nak mengganggu peperiksaan.

Ok, cerita pertama. Lawa tak hasil tangan Naim ni. Rasa berbaloi mama usahakan cari butang untuk kelas seni dia. Sekarang ni ada di atas meja kerja saya, ingatnya nanti nak buat frame baru tahan lama.


Comel tak dua budak kecil ni? Anak kawan saya ni. Dah dibotakkan kedua-duanya nampak macam kembar pulak, padahal lain tahun tu.. semalam diajak pergi ke rumah diorang ni, geram tengok badan adik tu.


Ni dia si comel saya.. adoi, suka betul makan benda tu, kalau ke kedai ayam kampung, suka betul dia makan masak lemak …

Bajrangi Bhaijaan

Image
Salam keberkatan di hari Jumaat ni. Ai, senangnya dalam hati, sesi 2015 dah nak habis. Anak-anak dah nak mula peperiksaan hari ni.. maka pagi ni masa cikgu nak berhoray-horay.. Ai, lupa pulak nak tanya, korang sibuk ke semua? 

Alang-alang ni masa bergembira sebelum menerima bungkusan kertas soalan pepeiksaan, semalam saya minta suami muat turun cerita Hindustan. Dah lama betul tak tengok filem hindustan ni sebenarnya. Kesnya, semalam masa saya dan rakan-rakan buat kerja-kerja pengurusan di bilik kerja guru, kami buat kerja sambil mengimbau kenangan lalu. Kebetulan masa buat kerja tu, salah seorang rakan pasang radio. Channel lupalah namanya, tapi langsung tak ada iklan sepanjang dua jam lebih masa kami kat situ. Ketika terpasang lagu lama hindustan, maka kemainla masing-masing cakap seronok dengar. Itulah dengan tiba-tiba salah seorang rakan bagitahu antara cerita terbaru yang sedap, katanya BAJRANGI BHAIJAN ni. apa lagi, balik je semalam, mintaklah suami muat turun. Kisahnya pasal b…

WW: MESRA Adik beradik

Image
Bermain, mesra, gaduh dan sebagainya. Apa yang pasti sentiasalah bermaafan antara korang.. #hari cuti pasti banyak kali adegan-adegan yang disebutkan di atas berlaku.. maka, kerapla korang peluk-peluk minta maaf ya..

Anak-anak cermin ibu bapanya

Assalamualaikum semua.
Salam awal Muharam buat semua.
Moga kita semua akan lebih diberkati untuk tahun baru 1437 H ni.


Terasa nak menulis entry ni di atas alasan untuk peringatan kepada diri saya sendiri juga.
Kisah yang sampai ke mata dan minda saya pada pagi tadi (melalui whatapps). Seorang ibu yang dinasihatkan berjumpa dengan pakar kanak-kanak kerana anaknya yang pada mulanya dianggap ada simtom autism. Masa berjumpa dengan doktor pakar kanak-kanak tadi, doktor mengesahkan anak ini tiada masalah autism, sebaliknya mungkin ada masalah psikologi. Seterusnya tarikh diberi untuk ibu ini membawa anak ke bahagian psikologi pula bagi mengesan apa masalah sebenar bagi anaknya tu.

Sedih mendengarnya. Kesian pada masa yang sama. Kesian kepada ibu dan juga anak yang masih kecil itu. Moga sama-sama menghayati pesanan doktor kepada ibu tadi:
a) anak kecil seharusnya dapat sepenuh perhatian daripada ibu bapa
b) elakkan terlalu marah atau selalu memarahi anak kecil tanpa sebab yang sesuai keran…

Pertimbangan perlu wajar

Image
Kisah semasa pasangan laki bini sedang menonton rancangan Go Shop.
Isteri: Pa, bestnya air frier ni. Boleh kita makan cara sihat, tak yah guna minyak masa menggoreng.
Suami : Yeke ( tengok iklan sambil balas mesej)
Isteri : Ya pa.. cuba tengok tu dia goreng  macam-macam. Bestnya. Harga pun takla sampai 1k.
Suami mula tengok secara serius. Lepas beberapa minit, suami bersuara lagi.
Suami : Eleh, bukan semua boleh goreng dengan benda ni. Ada benda lain tetap gak kena gak guna minyak.
Isteri : Leh...kalau dah tak nak tu ada saja alasan dia..
Nah, jamu mata dengan kerepok keping Klate yang tak boleh digoreng dengan air frier. 
#entry tersirat; Apa-apa yang kita nak buat, sila buat pertimbangan yang sebaik-baiknya supaya tiada kekesalan di kemudian hari. Selain itu, semoga kita tak menyusahkan orang lain. Ada masanya lebih baik kita yang disusahkan oleh orang lain kerana jika demikian, pastinya kita tiada kekesalan sebaliknya cuma sakit hati. Saya lagi rela sakit hati, dan menganggap…

Went to hyppo and crocodiles's farm

Image
Hari yang menggembirakan bagi kedua-dua Ahmad nampaknya. Kebetulan saya dapat tahu yang kalau ke Paya Indah Wetlands, Dengkil kita akan dapat melihat buaya dan badak air secara dekat tanpa kena bayaran masuk. Papa N memang sukalah gitu, kan?
Berkejar kami pergi sebab dapat tahu pada pukul 11 pagi pada hari Sabtu dan Ahad, buaya-buaya ni akan diberikan makanan. Jadi, masa kami sampai tu, memang sempatla tengok pekerja di taman buaya tu sedang meleparkan ayam-ayam ke arah air dan buaya-buaya yang ada segera menyambar ayam itu.
Besar-besar buaya kat sini.
Masa tu cuacanya agak panas dan orang pula ramai. Memang ramai tahu yang pada masa tu buaya akan naik beramai-ramai sebab nak makan. Rupanya buaya-buaya ni cuma diberi makan dua hari seminggu je. Katanya ada lebih 30 ekor, tapi agaknya dah kenyang diberi makan pagi semalam kot, yang kami sempat kira tadi cuma 18 ekor. Tapi kecewa bila balik! Entah macam mana, gambar-gambar buaya yang diambil tak ada. Pelik betul. Ni jelah yang ada. 

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1

Image
Unik tajuk cerpen ni, kan? Layankan jelah entry berunsur pendidikan ni ya. Mana tau ada murid-murid tingkatan 1 yang tengah mengulangkaji untuk peperiksaan akhir tahun tu terjumpa entry ni, maka boleh dibuat rujukan. Lagipun bermula minggu depan dah mula minggu peperiksaan akhir tahun untuk murid-murid tingkatan satu dan dua.
Macam biasa, saya sediakan contoh soalan KBAT dengan beberapa pilihan jawapan. Tolong ingat untuk berikan dua jawapan lengkap dan ayatnya perlu gramatis untuk jawab soalan KBAT ni ya. Empat markah ni banyak tau! Kalau jawab suka hati nanti payahla nak dapat empat markah ni. Memang takkan dapat pun.
Soalan KBAT dan jawapan:
1.  Pada pendapat anda, kenapakah kita perlu berbincang sekiranya ada masalah keluarga?
Jawapan:
# supaya semua masalah dapat diselesaikan dengan baik
#dapat mengelakkan masalah antara ahli keluarga daripada berterusan
# supaya salah faham tidak akan berterusan
2.  Sekiranya anda berada di situasi Lim Meng, ramalkan usaha-usaha anda untuk mem…

Pentingnya masa tidur yang konsisten buat anak kecil

Image
Satu ketika dulu saya risau sangat pasal perangai suka mengamuk dan menangis Nazif ni. Sekarang ni elok pulak dia, dah tak ada buat hal macam masa cuti hari tu. Ingatkan salah c.u.t.i, tapi lepas dianalisis betul-betul, kami dapat jawapannya. 
Sebelum tu tengok dulu gambar aktiviti Nazif di playschoolnya. 
Solat berjamaah. Baik cikgunya, dalam seminggu lebih kurang 2 atau 3 kali masukkan gambar dan video aktiviti anak-anak ke dalam whatapps group. Itu yang kami laki bini rasa semakin yakin dengan tempat ni, bila cikgunya tanya nak sambung belajar kat sini tak tahun depan, kami dah setuju dan dah tempah baju seragam untuk tahun depan.  Gambar terbaharu, aktiviti sempena hari sukan negara pada hari Jumaat lalu. Nazif paling kecil kat situ. Haha, padahal budak lain ada juga yang berusia tiga tahun, tapi dia kecil sangat kalau nak banding dengan kawan yang lagi seorang yang juga tiga tahun tu. Mulanya saya nak tanya, aktiviti mewarna sempena hari sukan ni sesuai ke? Tapi tak jadi tanya s…

Sawan sambal ikan bilis

Rasanya hero-hero saya ni dah kena sawan sambal ikan bilis. Haha, apa taknya dah lebih seminggu asyik minta saya masakkan sambal ikan bilis je untuk makan malam. Tiap-tiap hari ! Mulanya saya buat sambal ikan bilis sebab merasakan itulah menu paling mudah di saat minggu sibuk dua minggu serta minggu lepas. Masa tu, Naim cakap, " sedapnya ikan bilis". Papa N pula cakap "esok masak macam ni lagi ya".Mulanya saya takla rasa pelik pun, lagi rasa suka sebab mudah masak sambal ikan bilis ni. Cili kisar dan bawang dah memang ada dalam peti sejuk. Proses masak tak lama. Regukan dengan telur dadar, tomyam, sup atau mana-mana menu mudah yang lain memang rasa sekejap je kat dapur. Boleh berehat pula lepas tu. Malam ni nampaknya stok ikan bilis makin sikit. Kalau tengokkan tadi, rasanya cukup untuk sekali atau dua kali masak je lagi tu. Apa pulak nak jadi makanan kegemaran diorang lepas ni ya? Rasanya bukan sebab saya masak sedap sangat pun sebenarnya, tapi yang buat sambal ik…

Terjah kawasan jerebu demi laksa dan rojak sedap

Image
Tengok indeks jerebu tadi, terfikir wah dasyatnya kawasan kami ni dah 308 masa tu. Tetiba pula lepas tengok indeks tu, saya tersebut pasal laksa sedap di depan Plaza Alam Sentral(PAS). Papa N yang masa tu sedang memandu balik ke rumah kami terus tukar arah ke kawasan PAS tu. Sambil memandu tu, Papa N cakap, " patutnya kena elak ke kawasan Shah Alam ni, tapi demi laksa sedap, kita pergi kejap je ye!". Kami apa lagi, sukalah hati ya. Pucuk dicita ulam mendatang!.
Selalunya kami ni, kalau ke kedai ni kami makan laksa, popiah basah dan popiah goreng. Kali ni tambah satu menu lain yang kami cuba. Memang sedap hingga kuahnya licin habis. Rojak sedap ni tau!! Empat beranak yang makan semua cakap rojak ni memang lazat. Dah kenyang makan laksa sebelum tu, mampu lagi habiskan rojak ni. Empat beranak kongsi sepinggan, cukupla sebab sebelum tu dah makan laksa. 
Ini budak tecik rambut makin panjang, masa bawa potong rambut abang, dia tak bagi potong rambut dia. Kan dah nampak tak kemas …

Feeling di kayangan

Image
Hari ni jerebu kembali terasa teruk nampaknya? Sekitar Selangor ni macam ada peluang nak sambung cuti sekolah hujung minggu je. Haha, apa-apa pun ramalan Mak Belalang, harapnya jerebu ni cepat berkurang. Banyak benda terganggu kalau asyik cuti saja macam ni. Tapi sementara terpaksa berhadapan dengan jerebu yang ada ni, kenalah juga kita tenangkan hati. Bak kata seorang rakan saya dalam whatapp group kami, masa jerebu macam ni, pasang aircond sejuk, bila rasa nyaman tu bayangkan berada di kayangan. Haha, tinggi imaginasi tu kan?Jerebu ke tidak hidup kita tetap kena teruskan macam biasa juga. Jadi, menyinggah ke rumah Kak Ja dan bermalam di rumah Opah malam ni. Kalau ke rumah Kak Ja, lega banyak sebab anak-anaknya akan menjaga budak berdua ni sepenuhnya.
Potong kuku contohnya, cuba kalau mama yang buat, jenuh mengejar belum tentu dapat potong habis 10 kuku jari kaki dan tangan. Kalau kakak sepupunya buat tak sampai 3 minit selesai! Siap senyum lebar lagi masa proses potong kuku tu. Abis,…

Berjimat ketika membeli belah : FOS tempatnya !!

Image
Hai korang... Minyak naik harga lagi?Kalau diperhatikan kelaziman rakyat Malaysia ni, tak kirala minyak naik harga ke, nilai matawang kita turun ke, aktiviti membeli belah tetap jadi pilihan kan? Haha, boleh meroyan kalau tetiba nak tukar tabiat kan? Lagi-lagi kaum wanita ni, kalau rasa tertekan tu lagilah rasa seronok dan hilang stress bila dapat keluar membeli belah. Kalau tak beli pun, dapat jamu mata sahaja pun jadilah. Lagi-lagi zaman online shopping ni, tak payah beli kat kedai atau mall dah. Bila kita rasa stress, buka je mana-mana laman web yang berkaitan, maka klik sana, klik sini sikit, lepas tu dah boleh beli apa sahaja yang kita nak. Haha.. lepas tu dah boleh tersenyum lebar kembali. Lupa dah stress tadi tu. 
Tapi, kita kenalah bijak kalau ada hobi yang macam tu. Bila minyak naik harga atau matawang kita susut nilai, pasti harga barangan akan naik dan gaji kita ni sebaliknya tak menokok sama. Tu yang katanya kena bijak korang. Kenalah bijak buat pilihan tempat dan barang ya…