Posts

Showing posts from May, 2015

Pelangi

Image
Seolah anak kecil mendapat gula-gula, ceria rasanya bila melihat pelangi semasa dalam perjalanan balik. Kejadian jarang-jarang berlaku ni. Nampaknya pelangi di pukul 7.10 malam ni, nak panggil pelangi petang ke pelangi senja?

Hari Terbuka Tadika Naim 2015

Image
Rasa cepat masa berlalu bila melalui saat-saat macam ni. Maksud saya bila berhadapan dengan pengalaman membesarkan anak yang sentiasa ada cabaran dan kegembiraannya.
Sebut pasal majlis guru berjumpa ibu bapa atau apa sahaja nama panggilannya ni, lain sikit pengalaman bila saya hadir sebagai ibu bapa walaupun dah saban tahun saya  mengalaminya sebagai seorang guru.
Sebaik sahaja masuk ke kelas Naim, seronok sangat Naim menunjukkan semua hasil kerjanya kepada mama dan papa. Siap tolong ejakan namanya lagi, nak suruh mama prihatin yang bahagian atas tu yang dia punya hasil tangan.
Ceria kerja anak-anak lima tahun ni. Kagumla dengan kegigihan dan kesabaran cikgunya ni.. Bukan senang nak buat budak lima tahun ikut arahan dan buat sekemas ini, kan? Kebanyakan kerja yang ditampal ni semuanya ada 14, jadi nampaknya kesemua rakan sekelas Naim memang berjaya siapkan kerja dengan bimbingan guru.
Papa yang seronok tinjau sana sini tengok persekitaran kelas Naim ni. 
Masa jumpa cikgu pun sama. …

Burger sedap di gerai biasa

Image
Akhirnya dapat juga kami merasa burger yang disebut-sebut oleh rakan sekolah. Memang sedap betul burgernya. Patty burger ini dibuat dengan resepi pemiliknya sendiri, rotinya dikukus dahulu masa patty dibakar, ada timun jeruk ala-ala kat McD dan sosnya sesedap rasa. Lupa pula bagitahu pattynya sedikit terasa lada hitam.
Burger yang dimaksudkan ialah Burger Putra, di Putra Height. Lokasinya di tepi 99 Speedmart Putra Height. Bab lokasinya ni sedikit tak best... haha, bukan apa, nak menunggu burger ni agak lama sebab pelanggannya ramai masa kami ke sana, jadi budak-budak berdua ni masuk ke Speedmart ni beberapa kali. 
Senarai harganya. Kali ni kami mencuba burger daging dan burger ayam. Gambar burger tak sempat pula nak ambil kerana anak-anak tak sabar nak makan. Dapat je burger tu, terus Naim buka dan makan kat situ je. Alang-alang dah gitu, jadi semua pun buka dan makan kat situ juga. Mujur kat kawasan menunggu ada banyak kerusi dan ada satu tempat duduk yang sesuai. Buat muka tak malu …

Meraikan yang nak pergi dan menemankan orang mengidam

Image
Sekali lagi meraikan sahabat yang bakal meninggalkan kami. Disokong pula oleh rakan yang sedang sarat, nak makan puas-puas sebelum fasa mengecil diri, katanya. Kes yang dirancang. Kami memilih hari Jumaat lalu untuk meraikan puan timbalan pengarah yang akan meninggalkan kami. 
Kecoh sangatlah suasananya bila mak-mak orang berkumpul dan makan beramai-ramai macam ni. Macam-macam karenahnya. Tak ada dah yang ayu-ayu. Makan dan gelak je masa ni. Menghargai masa gembira yang ada katanya. 
Bergambar selepas habis menjamu selera.  Semoga selepas ini boleh berjumpa lagi dan juga semoga kehidupan kat tempat baharu lebih menggembirakan ya..  untuk kami pula, hidup kena diteruskan. Patah tumbuh, hilang pasti berganti. 

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Saya menulis entry kali ni sebagai menyahut cabaran pegawai BKP, KPM Putrajaya. Puan ni cakap secara umum je, tapi dia tak tahu saya ni blogger kot, jadi secara tak sengaja telah dijadikan bahan untuk saya buat satu entry.
Kisah dalam Drama Hadiah ni bergenre sedih sebenarnya. Buku teks baharu (antalogi) ni digunapakai bermula tahun ni di beberapa negeri tertentu. Tapi pengalaman saya mengajar drama ni di empat kelas berbeza, suasana pembelajarannya juga berbeza. Di kelas pertama saya ajar, beberapa orang murid menitiskan air mata bila mendengar sinopsis drama ni. Di kelas kedua pula suasana cukup memberangsangkan sebab kelas yang ni murid-murid pandai jadi aktivitinya lebih hands on, diorang sendiri yang menilai dan membentangkan ciri-ciri drama ni berdasarkan perbincangan berkumpulan. Di kelas terakhir pula, dengan kaedah lakonan, drama sedih ni bertukar menjadi lakonan komedi yang hampir semua murid yang menjadi penonton ketawa besar sampaikan ada yang terkeluar air mata dan terg…

Kata-kata yang cukup bermakna

Image
" Berkat itu tidak ketara pada mata,
       tetapi dapat dirasa.
Ia tidak diukur pada kuantiti harta tapi        terletak pada kualiti jiwa.
Dengan barakah akan beroleh ketenangan dan kesenangan.
Menerusi berkat, sedikit mencukupi banyaknya bisa dibahagi dan diberi. "* Petikan dari perutusan Hari Guru 2015 oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,  Dato' Sri Dr. Khair bin Mohamad Yusof.
*** entry ini bukan meminta untuk dipuji atau dipuja golongan ini, namun sesungguhnya hanya golongan bawahan dalam bidang ini yang benar-benar memahami beban yang dipikul kini. 

Early celebration

Image
Meh, publishkan mana-mana entry yang ada dalam draf. Al kisahnya seminggu yang lalu, kami buat lawatan mengejut ke Cameron Highlands. Alasan pergi mengejut ni, Papa N nak gembirakan hati anak-anak yang cukup gemar makan strawberi. 
Ha.. sukalah korang, satu malam dua hari sana sini makan strawberi ya. Masam ke manis ke, semua habis je. 
Mama tumpang seronok bila anak-anak seronok. Sempat beli pelbagai jenis sayur sebelum balik. Bila dah sampai sini, saya tanya Papa N ,"Pa, untuk anniversary kita nanti nak pergi mana pulak?" . Kononnya bakal mendengar jawapan yang best. Tapi Papa N jawab , " Yang semalam tu kira sempena anniversary kitalah".
Huhuhuhu.... apa apa jelah ye.. Dah enam tahun, moga Allah berkati kami selamanya. 

Disangka kotoran

Image
Assalamualaikum semua..
Detik 16 Mei 2015 nampaknya berlaku satu kes yang melibatkan Comel saya yang menitiskan air mata jugala bila mengenangkannya..
Comel yang dimaksudkan ialah Si Adik kecil ni.. alahai, tengah kalut petang semalam, tak ada seorang pun termasuk saya yang perasan comel ni telah terkena sudip panas di bawah dagunya. Saiz panjang 3 cm tapi berbentuk bujur. Saya perasan masa nak solat magrib, masa tu nampak macam ada kotoran sebab nampak warna hitam di bawah dagunya. Saya pun sapulah 'kotoran' tu dengan kain basah. Apa lagi? Anakanda ni mulalah menangis sakit sebab kulitnya terkopek. Barulah terkejut jiddan masa tu. Alahai anakku.. salah mama tak tengok kamu. Mulalah fikir macam-macam. Mak mana yang tak sedih kalau anak sakit walaupun sikit ya. Saya pulak memang jenis sensitif kalau bab anak sakit ni.
Tak nak cerita panjanglah. Apa pun semalam majlis kesyukuran yang Atuk Naim buat di rumah kami berjalan lancar. Adik main elok je lepas disapukan ubat kuning d…

Resepi rendang daging minang

Bersiaran dua kali hari ni demi memenuhi permintaan kawan-kawan yang nak resepi. Haha, gaya macam ramai je yang minta ya? Eh, kalau lebih daripada satu tu kira banyaklah kan? Ok, jom kita tengok bahan-bahannya, ya puan-puan.
Bahan-bahan kisar:
4 ulas Bawang merah
3 ulas Bawang putih
Seinci Halia
1/2 inci Lengkuas
Kunyit
Sesenduk Cili kering
*beberapa biji Cili padi
Bahan lain:
Daging (semangkuk kecil)
Santan (satu mug kecil)
Kerisik (3 sudu besar)
Serai (2 )
Daun limau purut
Daun kunyit
Asam keping
Garam
Gula
1 cawan air
Cara memasak:
Masukkan semua bahan kecuali gula, garam dan kerisik.
Kacau sekali sekala.
Dah mendidih dan kering sikit kuahnya baru tambah kerisik, garam dan gula. # air masak tu tambah sikit-sikit sebab nak melembutkan daging. Rasanya kalau korang buat lebih santan atau sediakan santan cair, kuah takla cepat sangat keringnya.
Itu jelah, resepi yang tak seberapa daripada saya. Ketaq cheq tau, yang tanya resepi ni PK tau.. chef ni.. PK, dah try nanti pandai-pandaila …

Rendang daging minang

Image
Rajin saya memasak pagi ni. Siap gali lengkuas depan rumah lagi untuk buat rendang daging minang ni. Kes rasa terliur tengok kawan makan rendang pada minggu lepas. Bukan tengok pun sebenarnya, masa saya masuk hari tu seorang kawan baru siap makan, saja bertanya apa yang dimakan. Bila dengar perkataan rendang tu, rasa teringin pulak nak masak. Tambahan lagi ada daging kat rumah dan tak tahu nak masak apa dengan daging tu. Jadi pagi ni saya merajinkan diri masakla rendang. Tak rajin sangatlah sebab buat rendang paling mudah je, rendang minang ni tak payah tumis apa. Masukkan je bahan macam tu dan kacau sekali sekala sementara tunggu daging empuk. Bahan pun tak payah. Saya gunakan banyak bahan yang ada di kebun kecik saya je. Daun kunyit, daun limau nipis, serai, cili padi dan lengkuas saya ambil dari depan. Alahai.. mengalahkan orang mengandung pulak. Haha, sekali sekala rajin ni, layankan jelah. Ini dia rendang daging minang saya. Dah sedap sangat di tekak saya. Sambil tunggu tadi saya…

Hari Lapar Sedunia

Petang tadi saya sampai je macam biasa disambut oleh dua anak bujang yang tengah main basikal dengan anak jiran kat luar. Macam biasa dua Ahmad ni akan peluk mamanya. Masuk ke dalam rumah tu, tak semena-mena Ahmad kecil terus minta makanan. Dia buka saji dan terus cakap, " Mama, mana makanan? Adik lapar". Macam mama lak yang ada kat rumah, dia yang baru balik kan? Tak menyempat langsung. Saya masa tu cuba nak mengusik dia nak ajak bermain, tapi tak dilayannya. Terus si adik ni berguling-guling, dimintanya nasi. Alahai anak, lapar sangat ke? Saya cuba tawarkan epal, gula-gula dan biskut tapi semua ditolaknya. Nak nasi juga katanya. Maka, cepat-cepatla sediakan makanan untuk si adiknya. Tak sempat siap lagi, Naim pula datang mengadu lapar. Diselongkar kabinet dapur, dijumpanya satu paket mi maggi. Terus dia minta mi tu pulak. Alahai. Mulalah rasa kesian dengan anak. Empat hari berkepit dengan mama papa ni makan mudah agaknya. Dah balik dari tadika taska entah pukul berapa maka…

Mengajar anak berbelanja

Usia berapa ya yang paling sesuai nak ajar anak kita gunakan duit untuk berbelanja sendiri? Saya mula memikirkan macam mana Naim nak belanja kat kantin sekolah bila masuk sekolah rendah nanti? Kawan saya gelakkan saya pulak, katanya bila sampai masa budak-budak ni tahu je apa nak buat. Sindrom mak yang anak sulung baru nak masuk sekolah, katanya. Al kisahnya hari Rabu yang lalu, giliran saya menghantar Naim ke kelas mengaji. Masa balik tu, Naim ni mulalah nak minta upah. Dimintanya ais krim, alasan dia nak makan bersama-sama dengan adik. Mama pun mulalah tak sampai hati, terfikir kesian adik kena tinggal kat rumah. Masa mama hantar dia asyik kena tinggal je tapi kalau giliran papa yang hantar abang, papa akan bawa kedua-dua sekali. Saya pulak malas nak menyinggah sebab tengah comot. Mandi pun belum. Pakai pun baju yang sama sejak pagi, tudung pun sangkut je tak ada pin apa-apa, mudah instant shawl pun kalau nak nampak kemas kena pin sikit. Tapi dah Naim ni merengek nak beli ais krim j…