Posts

Showing posts from April, 2015

Hikmah dua tangan

Image
Hari Isnin lalu ialah hari terakhir latihan boling untuk tahun 2015. Jadi cikgu-cikgu boling ni merancanglah untuk buat aktiviti yang lebih menarik. Maka buatlah pertandingan boling antara murid, dengan jemputan para ibu bapa dan guru-guru juga. 
Meriah kan? Kalau korang ingat lagi, pasal Daniel yang nyanyikan lagu Malaikat tu, orangnya ialah yang di depan, yang tak pakai kaca mata. Memang muka budak_____, kan?  Haha.. tapi boleh harap Daniel ni. Sekarang ni, memang dia akan siapkan terus kerja yang saya bagi. Dah tak guna alasan lalu lagi.
Eh, dah terlupa pulak. Nak cerita pasal tangan kan. Al kisahnya, cikgu yang sorang ni pun syoklah bermain boling juga. Dua kali main. Kena pulak dua kali strike, ada murid tepi kanan kiri bagi tepukan gemuruh, seronoknya.... 
Tapi, bila balik malam tu, saya mula rasa lenguh tangan. Ha, mintaklah simpati suami tolong urutkan. Si dia ni main-main je urut. Si isterinya ni pulak malas nak gaduh. Yelah. Biar jelah malam tu. Jadi bila bangun pada pagi h…

Resepi kononnya untuk diet

Image
Meh sekali sekala nak buat entry masakan air tangan sendiri. Asyik-asyik PK je tunjuk bakat, mama AN pun kalau rajin, nak juga buat entry masakan. Haha.. saja mengusik PK ya.. pastilah PK lagi hebat bab masak ni. Saya ni memang tak pandai masak dan kalau masak benda-benda tertentu je yang tahu nak masaknya pun.
Ikan singgang Kelate je..Tapi sedap ni. Makan dengan pucuk paku rebus. Ada lagi ulam timun cicah budu dengan cili padi banyak, menambah nasinya gitu. Suami pulak hari ni rajin nak buat nasi ayam, katanya dah lama tak masak nasi ayam resepi Tapah, silakanlah suamiku. Tetiba tak rasa diet pulak sebab makan nasi ayam dengan kuah ikan singgang, lauknya ikan singgang dan ayam. Ulam pun banyak sebab kombinasi menu sendiri dan menu suami. Boleh makan sekali sayur-sayur nasi ayam tu. Akhirnya makan banyaklah..ai..kononnya tu...
Resepinya;Ikan ( paling sedap kalau guna ikan aya putih)HaliaBawang putihLengkuasAsam kepingLada hitamGaramNisa'e (atau ganti dengan gula)Cili dimasukkan tak …

Masa kita nanti siapa yang tahu apa keadaannya?

Image
Teringat perbualan saya dengan kawan tentang keadaan kekurangan guru yang sangat mencemaskan sejak kebelakangan ni. Macam-macamlah sebabnya. Ada yang cuti tanpa gaji sebab sakit. Ada yang cuti bersalin. Eh, jom tengok gambar bayi comel dulu.. sejuk hati tengok bayi yang comel ni kan?Ini bayi paling muda setakat ni, seorang rakan baru bersalin hari Jumaat hari tu. Mommynya kata belum tetapkan nama lagi sebab ikut kepercayaan orang cina kena jumpa tukang tilik untuk pastikan nama bayi tu elok. Ini amoi, leng , aii? Comel lotelah katanya, maminya asal cina kelate, keceknya pun dah macam orang Melayu Kelate..
Ini pulak bayi rakan tinjau kawasan saya. Mamanya ni kaki jalan, jimat duit saya sejak mamanya mengandung sebab dah kurang jalan-jalan sebelum masuk waktu sekolah.  Bayi lelaki ni namanya Muhammad Adam Zikri. Budak baik ni, setakat dua minggu usia ni, mamanya kata banyak tidur je, tak penat pun jaga.. amboi kau Nisa, sukalah anak banyak tidur je, macam mana nak kurus gitu?? Haha
Selain…

Ini baru sikit, tinggi harapannya

Image
Hati yang berbunga-bunga melihat pokok cili yang sedang membesar di laman sendiri. Pokoknya cuma satu. Baru ada 7 biji cilinya, tapi seronok hati tuan rumahnya ni macam ada sekebun cili..
*perumpamaan untuk kegembiraan ibu dengan kejayaan anak-anak. Kejayaan kecil, pun dah cukup menggembirakan hati ibu.


cuba kira, dapat tak tujuh biji cili....

Beberapa hari yang lalu, ada murid saya menyanyikan lagu ni. Mulanya saya nak marah, sebab Daniel ni menyanyikan lagu ni masa saya bertanyakan kerja rumahnya, seolah-olah nak main-mainkan pertanyaan saya. Macam-macam karenahnya anak-anak 13 tahun ni. Tapi bila balik, saya tertariklah pula dengan lirik lagu Hazama yang ni, penuh bermakna rasanya untuk dikaitkan dengan anak-anak. Dengan kesibukan kerja mama dan papa ni, anak-anaklah penghibur utama kami.
Lirik Lagu Malaikat - Hazama

Tuhanku Kamu tolonglah
Hantarkan kepadanya
Malaikat tuk jaganya
Bila ku tiada

Tunaikan semua
Permintaannya kerna
Ku cintanya
Sungguh-sungguh

Pagi petang berlumba
Terke…

District 21: my kid's excitement

Image
          Seronok sakan diorang... kejadian lepas si abang balik dari FITC. Jalan-jalan sekitar sini je sebab keluar pun dah lewat petang. Tujuan asal saya mengajak datang sini untuk bermain boling. Kononnya nak melepaskan tekanan kerja. Rasa nak baling je bola boling kuat-kuat sebagai protes ganti tak boleh lepas stress terang-terangan. Tapi bila datang sini, penuh sesak dengan orang, siap dapat lane dengan menunggu panggilan lagi, memang tak mencapai hasrat mamalah jawabnya. Minta dua lane tapi dapat satu lane je kena kongsi. Abang ni pula kalau main boling dia tak reti sabar, asyik dia je nak membalingnya.  Giliran dia pun dia baling, giliran mama pun dia baling, giliran papa pun ada masanya dia juga yang buat balingan. Nazif dan mamalah yang bosan jadi penyokongnya. 
Akhirnya adik mengajak mama keluar. Dah menangis-nangis jadi nak tak nak kenalah mama keluar ikut dia ni. Jalan ke kawasan District 21, Nazif minta nak naik kereta api. Kus semangat, panjang barisannya dik oi.. tapi …

Naim's First Field Trip

Image
Ai, nampaknya pagi Sabtu yang agak membosankan buat mama, papa dan adik. Abang pagi ni ada lawatan ke Farm In The City di Seri Kembangan dengan kawan-kawan dan cikgu sekolah tadikanya. Mulanya mama dan papa ni nak pergi ke mana-mana sambil tunggu abang balik tapi akhirnya terjelepok kat rumah je. Rasa tak sampai hati nak berjalan-jalan kalau kami tak bawa abang sekali. Lagipun kalau ke mana-mana bimbang bergegas sebab kena jemput abang balik selepas tu. Jadi selepas bersarapan kat luar, kami melepak sahajalah sepanjang pagi ke tengah hari di rumah.
Naim seronok betul nak ke FITC ni. Masa cikgunya mula-mula bagitahu pasal lawatan ni, tiap-tiap hari dia ingatkan papanya supaya bayar kepada cikgu. Bila dah semakin dekat tarikhnya tu, mama berkali-kali mengusik dia dengan berkata nak ikut dia ke FITC, tapi dia beriya cakap yang lawatan ni untuk murid sekolah dia je. Mama pulak disuruh pergi ke sekolah mama.
Adik pula seronok betul dia tak ke sekolah. Dia ingatkan abangnya saja yang ken…

Idea untuk mengisi kelas relief

Image
Cantik tak benda ni, korang? Pada pandangan saya kraf ni semua tak susah dan sesuai untuk mengisi masa murid-murid di masa kelas ganti. Teruja dapat tengok hasil tangan yang berwarna warni macam ni, kan?  Tapi macam mana nak dapat bentuk bunga macam tu ya? Ai, kena tanya seseorang ni.
Yang ni pun nampak tak susah nak buat, kan? Boleh guna botol air yang dah tak nak. Boleh buat bentuk binatang yang sesuai macam rama-rama, kucing atau burung..bahan lain ialah gam dan kertas warna, lawa ni kan?
Yang ni pun sama, boleh guna cawan yang dah guna. Minta murid warnakan, letak benang sebagai rambut maka siap! Lepas tu boleh buat hiasan di kelas pulak lepas dah siap ni.
Yang ni paling senang ni. Suruh je budak-budak buat bentuk tangan masing-masing, kemudian buat bentuk bunga atau apa-apa yang sesuai. Akhir sekali tampal ke bentuk tangan tadi seolah-olah bentuk pokok. Juga boleh dijadikan hiasan di kelas nanti. Buat warna-warni, mesti lawa nanti bila tengok dari jauh.
Yang ni pun saya tertarik juga…

I ke U yang bos ni?

Image
Malam semalam memang malam yang penuh sketsa dan drama. Naim itu macam, Nazif pulak ini macam. Tapi paling ketara pastilah Naim ni. Ada saja ideanya yang menggelikan hati mama. Mula-mula lepas isyak, Naim asyik 'menelaah game'. Saya mulalah naik angin, bila saya tegur suruh Naim ni pergi ambil kertas dan bekas pensil, arahan saya tu dipandang enteng. Katanya "hari ni kan cuti mama, mana boleh belajar". Amboi. Ada pulak hari cuti untuk belajar ya. Yang dia main game setiap hari tu tak ada pulak cutinya. Tak boleh jadi ni, mama kena jadi transformers.. haha.. ambil tindakan drastik, saya tutup tv yang pada masa tu dipasang cerita ultraman. Ai, kemain bermaharaja lela ya bang.. sambil tekan tab dia tengok ultraman ya. Multi tasking sangat ya? Naim mula terkejut bila keadaan jadi senyap tiba-tiba. Dia mulalah nak protes. Dia buat muka marah pada masa tu. Ai, ingat mamanya tak banyak tenaga di hari cuti ni? Tak kan menang dia punya. Kena berkeras ni. "Tulis dulu siki…

Warna warni sesi petang

Image
Kata orang, kita kena cari alasan untuk bahagia dan gembira. Inilah kegembiraan terbaru kami di sesi petang. Di saat panas terik, selepas berpeluh ketiak mengajar dan berteriak di kelas, bila masuk ke bilik guru buka dua buah peti sejuk ni, ai..nyaman terasa.
Isi peti sejuk kat pantry kami. Kena bayar, tapi menariknya kerana mudah dan dekat. Jadi, hilang penat bila menjamah makanan dan minuman sejuk yang ada. Paling laku pastilah ais krim Malaysia, yang berharga lima puluh sen satu dan juga buah-buahan. 

Pencuri jahat.. kesian Intan Payung

Image
Benda kalau dah nak jadi macam tu, memang sebabnya ada saja, kan? Uncle Intan Payung( adik Papa N) semalam kehilangan seluar berisi beg duit, telefon bimbit dan kunci kereta semasa sedang solat isyak di sebuah masjid di Seksyen 27 Shah Alam. Padahal bukannya dia tinggal di kawasan tu pun. Katanya sengaja singgah di masjid tersebut untuk mengikuti kuliah selepas solat magrib. Tak pelik ya kes ni.. saya pun pernah juga hilang beg berisi barang-barang semasa sedang solat di dalam masjid, kira-kira 13 tahun lalu. Zaman sekarang, orang jahat mana takut Allah atau takut polis kan? Kat rumah Allah pun boleh buat bisnes lagi. Bila adik ipar tu bagitahu AJK masjid yang ada, tentang kehilangan barang, diorang segera bawa adik ipar saya ni meronda kawasan luar masjid. Memang jumpa, seluar adik ipar yang berisi kunci kereta. Beg duit dah lesap, tinggal seluar jeans, telefon cap ayam dan kunci kereta je. Pandai tul, telefon pintar diangkut sekali. Telefon yang lagi satu dia tak nak ambil.. ai.. me…

Status bukan penentu segalanya

Cepatnya dah bulan April kan.. bulan ni dua kawan baik saya di sekolah bakal bersalin, ai, kuranglah kawan nak bersembang dan mengadu masalah nanti ya. Ok, meh terus ceritakan apa yang sepatutnya. Berkaitan status bukan penentu kelancaran hidup sepenuhnya. Hari Jumaat hari tu, saya ternampak jari seorang anak murid yang kelima-lima jarinya mengelupas teruk dan ada kesan berdarah. Adoi.. sedih saya, saya pernah mengalami keadaan macam tu masa saya remaja, jadi saya memang sangat bersimpati dengan keadaan murid ni walaupun saya pernah mengalami keadaan mengelupas jari tu tidaklah seteruk murid ni Hari ni murid yang sama telah berjumpa dengan saya atas sedikit urusan kelab. Saya pun berikan sedikit nasihat sambil saya hulurkan losen yang saya pakai yang mengurangkan keadaan  tangan yang menggelupas teruk tu. Selepas murid ni beredar saya pun segera bertemu dengan guru kelasnya. Saya pun bagitahu yang saya bersimpati dengan keadaan anak murid ni. Kawan saya ni segera bagitahu yang dia …