Family gathering

Menulis lagi selepas kena 'sound' dengan Kak Ja. Katanya saya semalam sama naik je dengan anak-anak buah. Bergelak ketawa walaupun tahu di dalam rumah ada MIL dan FIL. Haha.. gelak besar, rasanya sejak pindah ke rumah kami ni pada tahun 2011, semalam merupakan kali pertama rumah dipenuhi oleh ramai ahli keluarga sebelah saya. Jadi, itu yang ter'over' gelak tu. Ai, hilang status menantu paling sopan yang disandang sejak 6 tahun dalam masa satu malam. Haha, janganla korang percaya bulat-bulat ayat saya tu ya. Bukanla menantu yang ni sopan sangat ya. 

Bila dah ramai, masak bihun pun sampai kena dua kali. Kata akak saya, ni kira sikit. Ada kawan dia keluarga lagi ramai, sekali masak pasti 4 paket bihun. Waa, pasti meriah sangat tu. 

Makan ais krim berebut-rebut pun sedap sangat jadinya. Kakak-kakak sepupu NaimNazif ni memang suka melayan budak berdua ni. Dah tahu Nazif tak nak berkongsi, lagi diusiknya nak makan ais krim Nazif ni. 

Minta ais krim untuk kali kedua kenalah tunjuk gigi ya. Sekali dengan janji nak gosok gigi selepas makan. 

Antara mainan kakak-kakak sepupu dengan Naim Nazif ni. Ai, lepas tu main kejar-kejar sampai basah baju dengan peluh. 

Comments

  1. seronoklh ye naim mak2 saudra dtg rmh.. meriah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepupu dia yg layan dia lebih.. dah macam dayang2 jaga tuan putera.. makan bersuap, jalan berpimpin dan mandi pun diorang yang selesaikan budak berdua ni.. mama goyang kaki je

      Delete
  2. Amboi cerianyaa!.
    Best kan Aisy, bila dpt berkumpul reramai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best.. rasa macam balik kampung pulak bila ramai2 macam ni..

      Delete
  3. Ala..kecewa nya saya..gambar semua tak keluar..

    ReplyDelete
  4. Nmpk happy sgt muka naim nazif.ramai yg melayan,ramai yg menyakat,ramai juga geng buat main, mesti meriah satu rumah. Takbley bayang muka AN gelak besar.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. tak payahla bayangkan muka saya macam mana. Pasti buruk benor jadinya.. haha

      Delete
  5. tu yg best kat Malaysia nih.. cuti orang kita yg dapat dah tu dapat gathering mcam raya... syokkan...

    ReplyDelete
  6. AN.....dari hari tu gambar entri tak boleh nak tengok guna hp, guna lappy tak try....Mcm entri okje pun sama, masa buat entri keluar pulak gambarnya tp bila publish tak boleh tengok, walau guna lappy pun ni agaknya problem yg kak Zakie hadap ni dlm entri dia hari tu.

    Tak bestlah tak dpt tgk gambar suasana meriah dalam rumah tu. Mil pun ada sekali ker? Hihi..... Tak pelah tak yah nak sorok sorok perangai suka mengilai tu hihin... biar nampak natural gitu hihi....

    Kalau goreng beehoon sampai dua trip, dpt bayangkan mcm mana penuh dan kecoh rumah awak tu AN

    ReplyDelete
  7. best berkumpul anak beranak ramai2..makan apa pun sedapp, main apa pun seronokk, kan? :)

    ReplyDelete
  8. Seronok sgtlah naim nazif bila ada yg melayan...
    Alamak pecah rahsia AN... Mana boleh control bila dah jumpa ramai2.. Kalau sy gelak kuat2, pasti cik abe terus cubit manja sbg peringatan... Jadi otomatik jadi baik bila si suami di sisi... Hehehe

    ReplyDelete
  9. hahaha...ape yg dilekat pada muka tu

    ReplyDelete
  10. Nampak pipi nazif makin bambam ...

    Bestnya di mkn aiskrim:)

    ReplyDelete
  11. mmg meriah sesekali bkumpul camni

    ReplyDelete
  12. sesekali berkumpul ramai2 memang meriah dibuatnya, seronoklah naim nazif dapat layanan istimewa dari sepupu2 ye

    ReplyDelete
  13. lama rasanya tak berkumpul ramai2 dgn sepupu.. banyak tu nak goreng bihun.. hehe

    ReplyDelete
  14. Bila dah berkumpul beramai-ramai, memanglah meriah. Apatah lagi dengan kaum keluarga belah kita. Kalau HD ni selalu aje komplen rasa tersisih masa mula-mula kahwin dulu. Sebab itulah HD jarang nak balik kampung. Tapi la ni, kalau balik kampung saya ramai-ramai, HD pun sama duduk semeja dok bergosip sakan. Kalau tidak pun asal saya masuk bilik nak tidur, ditanyanya apa the latest gossip dalam keluarga *_*

    ReplyDelete
  15. kan bila reramai berkumpul mc tu la jadinya.
    saya ni jrg nk gelak besar. hahaha.
    jenis pemalu katanya.kuikuikui

    tp kalau dgn.kengkawan sekepala boleh je

    ReplyDelete
  16. biasa kalau dah reramai camni, lauk biasa pun jadi luar biasa
    sebab nikmat makan ramai-ramai tu kan
    saya pun time reramai ni true color nampak...hehe
    bukan cikgu AN aje

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?