Semoga baik-baik semuanya

Assalamualaikum semua..
Pasti ramai yang sibuk menguruskan persekolahan anak-anak pada hari ini. Semoga semuanya selamat dan berjalan lancar.

Pagi-pagi tadi air mata saya dah meleleh. Bukan apa, melelehnya air mata ini kerana terharu dengan panggilan daripda mak saya. Subhanallah, memang ibu terbaik. Saya yang dah tua macam ni, di hari pertama persekolahan tahun baru macam ni, mak saya masih lagi menelefon mengucapkan selamat bagi urusan saya dan berulang kali berpesan kepada saya supaya tidak melupakan doa-doa sebelum memulakan hari dan sebarang pekerjaan yang dilakukan. InsyaAllah akan sentiasa amalkan.. terima kasih mak.

Semoga semuanya baik-baik untuk korang semua juga ya. Jangan lupa membaca doa sebelum memulakan pekerjaan korang. Paling tidak, mulakan dengan bismillah...

Comments

  1. Alhamdulillah beruntung AN masih ada mak yang sentiasa mendoa kan anak2

    ReplyDelete
  2. beruntungnya bg yg masih ada mak...selamat kembali ke sekolah AN!!hehe...

    ReplyDelete
  3. blogwalking.alhamdulillah semuanya baik

    ReplyDelete
  4. wahhh. semangat akak pergi kerja hari ni sebab emak telefon kann. nani bangun tadi ibu dah gerak gi sekolah. kemainn awal hari ni ibu gi :D

    ReplyDelete
  5. Itulah beruntungnya kalau masih punya mak kan Aisy. Nak pergi mengajar tu bukan nak pergi sekolah sebagai pelajar. Mak tetap merasa anak perlu dinasihati selagi ada hayat. Itulah sebab kena doakan mak selalu..

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah..bestnya masih ada mak..masih lagi diberikan kata-kata semangat..

    in shaa Allah tahun ni semuanya baik-baik sahaja..;)

    ReplyDelete
  7. Selamat memulakan sekolah juga.... kirim salam kat mak juga yer

    ReplyDelete
  8. setiap ibu mesti nak kan urusan anak nya berjalan lancar setiap hari..itu tanda kasih sayang seorang ibu..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah..syukur..

    ReplyDelete
  10. Macam tu lah mak ni kan? Kita sentiasa di hati mereka walau dah besar dan berkeluarga...

    ReplyDelete
  11. itulah emak..kasih syg tak pernah berbelah bagi walau kita dh besar panjang,ada keluarga sendiri..sehingga hujung nyawa dan ke syurga kasih sygnya..

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah...mesti seronok memulakan hari bila dpt panggilan dr mak kan,moga mak aisy terus diberi kesihatan yg baik

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah
    selamat bertugas akak :)

    ReplyDelete
  14. Selamat memulakan persekolahan. Semoga hari2 seterusnya juga baik2 aja..
    Ira baru mula kerja hari ni.. :) hehehe..

    ReplyDelete
  15. Bertuahnya AN masih punyai mak..

    Apa2 selamat kembali bertugas..

    ReplyDelete
  16. Selamat kembali bertugas, AN. Semoga tahun ni dapat murid-murid yang lebih baik dan rajin lagi. Nak juga baca kisah cikgu first day at school melayan kerenah murid-murid dan mak bapak. Tapi sekolah menengah tak 'thrill' sangat kot pun first day ni. Kalau nak capture momen indah memang kena pi tengok kat sekolah rendah. Seronok tengok gelagat makpak dan anak-anak (termasuk I jugalah suatu masa dahulu....)

    ReplyDelete
  17. Wah...terharunya.. untunglah kak AN..hi hi. mak mertua sya pun mcm ni dgn anak² dia

    ReplyDelete
  18. Alahai sweetnya makcik ni tau..... Bayangkan makcik, anak makcik terharu sampai menitiskan air mata, tak ke suwit tu namanya....

    Selagi mana hidup, selagi terdaya selagi tulah ingatan dan nasihat terus menerus dititipkan buat mereka yg bernama anak huhu

    ReplyDelete
  19. Sat....sat......view blog version......
    Fuyooooooo.... mint green tu header hihi

    ReplyDelete
  20. mmg sebak kak klo dpt ucapan ingtan dr org y kita syg..lg2 ibu y melahirkan kita.. walaupon dh besar & ada anak pon.. masih ucapkan...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?