Sabtu untuk anak-anak

Kesibukan juga salah satu dugaan Allah pada kita. Bila sibuk, kita biasanya memang agak gagal menguruskan masa dengan baik. Malah mungkin mengakibatkan insan lain di sekeliling kita merasa kesannya.
Bawa dua Ahmad ke Taman Botani Shah Alam. Makan ais krim sebelum masuk.

Keterujaan Ahmad Nazif menaiki bas buat kali pertama. Sempat jerit auamm auamm auamm beberapa kali sepanjang perjalanan ke Rumah Empat Musim. Mujur budak kecil, orang sekeliling senyum gelak je melihatkan telatah comelnya. 

Walaupun sejuk tapi tiga beranak ni asyik bergurau je masa kat dalam rumah empat musim ni. 

Kalau anak seronok macam ni, mak ayah lagilah rasa tenang hati kan? Setiap kali ke replika rumah ni, Naim Nazif memberikan salam. Sampaikan ada remaja kat sebelah yang ada pada masa tu pun tegur kawannya, " Ha, tengok budak kecil pun tahu nak bagi salam, cutela diorang". 
Gembira mendengarnya masa tu...

Seterusnya kami menjenguk galeri pendidikan. Banyak juga benda yang boleh dilawati di Taman Botani ni, masuk 3 tempat pun dah rasa seronok sangat Naim Nazif ni. Lagi-lagi kalau ke tempat ada disediakan ruangan melukis mewarna macam ni, memang minat Naim ni. Alhamdulillah, moga berterusan kerajinan dan minat anak mama ni..

Selepas tu tumpang seronok lagi bila Papa bawa ke KLCC sebab nak beli buku di Kinokuniya. Diorang berdua ni apa lagi, sempatla naik benda ni 4 kali. Mujur memahami ayat " lain kali pulak ya, mama dah tak ada duit". 

Mutiara kata : susah ialah dugaan, tetapi jangan lupa senang atau lapang juga mungkin dugaan buat kita. Jadi, sentiasalah kita beringat dan berdoa kepada Allah moga dijauhkan perkara yang tidak baik. 

Comments

  1. Wahh.. Seronoknya dua beradik bermain di tmn botani yea.. Memang elok je bermain berdua. Memang seronok kalau tgk anak-anak happy mcm ni kan..

    ReplyDelete
  2. serionoknya jalan jalan dengan famili :D

    ReplyDelete
  3. anak2 diusia sebegitu...mcm tu la perangainya...seronok sgt kalau dibawa ketempat2 mcm tu..

    ReplyDelete
  4. seronoknya jalan2 ke taman botani..hai kena pergi juga ni nanti,pada hal dekat aje nak pergi..seronoklah melayan telatah anak2 berdua ni,tengok sneyuman diorang pun dah tahu mereka gembira.

    betul tu susah atau senang itu sebenarnya adalah dugaan buat kita,yg penting bagaimana cara kita untuk menghadapi situasi itu.

    moga apa saja yg datang dalam hidup kita dapat kita hadapi dengan iman dan sabar..inshaAllah

    ReplyDelete
  5. memang betul AN bila anak2 suka kita pun ikut senang hati kan.

    ReplyDelete
  6. kalu kat kelantan ni xde tempat nak pg..balik2 gi taman tg anis, g pantai..tp anak2 , asalkan boleh keluar rumah, dorang dah cukup suka hati dah ☺

    ReplyDelete
  7. Taman Botani ni dulu namanya Bukit Cerakahkan? Dah lama teringin nak pergi, ingatkan tinggal nama je. Pernah baca dulu tentang segala fasiliti yang dah 'indah khabar dari rupa'. Tangguh je kerjanya. Insya Allah, tahun ni mesti nak pergi at least sekali :)

    Untung Naim Nazif kali ni makan angin dari Shah Alam sampailah ke KLCC. Mainan tu RM4 sekali naikkan... Anak saya si Adik Cute kalau nampak ni memang tak gerakkan badan. Habis semua dia nak cuba tapi Mommynya kena guna kuasa veto sekali-sekala!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. okla dgn bayaran masuk rm3 tu.. nak kata hebat sangat tak la.. tapi bolehla dgn budak usia naim nazif ni. Dah seronok sangat diorang masa dapat ke sini..

      Saya hari tu kejar masa. Lagipun malas nk layan budak2 ni, kalau dibiar je mau tak nak balik nak naik benda ni je nanti..

      Delete
  8. Nampak bahagia dan ceria sekali.

    Kami belum pernah lagi ke sana

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah
    knor tk pernah sampai lgi...
    sibuk berkerja, sesekali ambil hati anak2 dgn bt Aktiviti outdoor ni best sgt.. kn.. knor dgn anak2 suka lepak kt rumh... pntlh jln2 ni... diorg dh besar mmg tk nk jln2...dh...
    lbih baik duk rmh katanya... dunia hujung jari...

    ReplyDelete
  10. hahah..siap cakap mama dah tak de duit,mujur anak2 paham..memamg tempat2 macam ni kesukaan anak2 la..

    ReplyDelete
  11. Itulah.. hujung minggu kalau boleh nak spend masa dgn anak2 jer...
    Seronok kan tgk muka mereka yg happy?

    Sabtu dan Ahad lepas pun kami bawa anak2 jalan2 selepas beberapa minggu berkurung sbb sejuk... Kata Irfan malam Ahad tu, "I can't believe esok dah sekolah. What a short weekend. But I love this short weekend". Ha gitu, bukan main berlapik lagi anak teruna saya tu bila berkata-kata. Nak cakap dia happy bila dapat keluar jalan-jalan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. pandai tul Irfan ni.. tau buat ayat psiko umimya.. itulah kan.. fikirkan macam ni dah jadi rasa kena juga bawa anak jalan2 pada hujung minggu.

      Delete
  12. Salam... nice place... bagus untuk bawak bebudak nih... kalau lah ada kat KK macm ni kan best

    ReplyDelete
  13. Ini antara tempat saya teringin nak pegi tau AN. Sbbnya dulu pernah kursus kat INTAN bukit kiara jumpa kawan sekursus yang kerja disini.dia punya dok promote taman botani
    Kl shah Alam pun byk tempat best Japan bawak anak..tp tulah kan macam sy ni bila ada kelapangan masa kurang pulak budget.bila rezeki lebih,takda masa pulak.hiks

    Budak comel macam nazif memang jadi tumpuan kan

    ReplyDelete
  14. Bertuah depa dpt mama papa cam AN n asben..

    ReplyDelete
  15. Memang sungguh betul blog cikgu ni tau hihih..... Dengan gaya bahasa, dengan ilmu yang diselitkan, pergh...... malu weyh mak .....mmg jauh sungguh kalau nak dibandingkan dengan blog sendiri.

    Dulu taman ni nama lain tau AN....Apa ke namanya lupa dah, Bukit Cerakah kot kalau tak silap. Luaskan tempatnya... Pernah jugak pergi masa anak anak kecik satu masa dulu. Sekarang ni anak anak dah besau. Adoiiii cepatnya masa berlalu...

    Setujulah dengan kata kata awak tu AN. Senang ke susah dua dua pun dugaan Allah. Moga kita tak lupa Dia diwaktu kita senang kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi.. okje ni kan? Babab kan.. suka usik saya ya.. mana ada berinfo pun, saya tulis suka2 belasah je ni.. blog Okje jauh lagi best.. tau.....tak tipu..

      aa..dulu panggil bukit cerakah kan? Itu yg Papa N asyik duk ulang.. eleh..sama jelah kan..

      Delete
  16. best kan bila dapat luangkan masa dengan family.lagi la bila tengok wajah ceria anak-anak.

    ReplyDelete
  17. Kalo boleh weekend mmg nak bawak anak2 gi jalan2 tempat2 yg boleh gembirakan mereka kan aisy…yelaaa weekdays dah sibuk sekolah, kerja…cuti weekend laa mase yg ade utk mereka….

    Dah lame lieya tak gi sini..lastu dulu mase zaman belajar kat uitm …. Semate2 gi jogging tuh gi situ heehehehe…ade lagi rumah 4 musim tu kan…situ la dulu tempat kalo nak tgk snow heheheeheh

    ReplyDelete
  18. Rumah 4 musim ada lagi, ingatkan dah tak ada...

    ReplyDelete
  19. Seronoknya ke taman botani. kami tak pernah sampai lagi. asyik2 jalan pusing2 kl. lain kali boleh la pergi.

    cantik replika tu.

    budak kecik, memang comel la buat bunyi2 tu. memang org akan pandang. saya suka kalau anak2 buat macam tu. ye la... biar aktif. tapi kalau kita yang buat... org pandang juga. tapi, x comel la. kikiki.

    ReplyDelete
  20. Tak pernah lagi sampai sini.. mana tak nya, jarang bercuti.. kalau ada cuti, duduk rumah,balik kampung.. itu aje la...

    ReplyDelete
  21. betul tu kak..
    walau sesibuk mana pon, kt kna bijak mguruskannya..
    esp part untuk anak2..

    nampaknya dua beradik ni seronok makan angin kat taman botani tu..
    oklah, kat sana byk jgk tmpat nk pergi.. kat kmn ni, smpai x tau dh nk bwa kemana.. takkan setiap minggu nk ke kuantan..pokaii la.. kat kuantan pon dh tau nk kemana sbnarnya...

    ReplyDelete
  22. Ceria je muka.dpt main dgn adik.. hehe

    Jemput join mini GA nina

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?