Posts

Showing posts from February, 2014

Ayam masak taucu

Image
Makan malam kami semalam, saya buat ayam berkuah taucu. Resepi yang biasanya saya gunakan ikan nyok-nyok, semalam saya gunakan ayam sebab tak ada ikan dalam peti sejuk kami tapi terasa nak makan kuah taucu. Resepi keluarga mentua ni, berani menantu masak cara derhaka..hihi.. biasalah tu kan?
Disebabkan dah rasa malas nak masak dicampur rasa jemu makan ayam bakar berempah sebanyak 3 kali dalam minggu ni. Jadi, saya terfikir resepi lain yang mudah dan sihat nak disediakan masa maghrib tu. Memang mudah pun, saya campak bawang putih, cili padi dan taucu yang ditumbuk ke dalam pemanggang ajaib. Masukkan ayam yang dipotong kecil. Kemudian, masukkan air masak sehingga tenggelam ayam tu. Akhir sekali masukkan serai yang diketuk. Dah nampak ayam nak masak, masukkan hirisan bawang besar dan air asam jawa. Siap.
Nampaknya dalam minggu ni, 4 kali kami makan lauk utama yang tak bergoreng, sihat kan? Yalah sangat. Padahal sayurnya ada juga buat bergoreng, iaitu satu kali saya buat kailan ikan mas…

Penghargaan buat Geng Mama NaimNazif

Image
Buat Geng Mama NaimNazif yang tercatat nama di atas, terima kasih kerana selalu mengunjungi blog saya yang tak seberapa ni. 
Sila hantarkan alamat korang ke email saya aisynasihaa@gmail.com ... Ada sikit penghargaan buat korang, sempena bulan Mac, bulan kelahiran Ahmad Naim saya, sekali gus sebab saya banyak ceritakan kisah Naim Nazif di sini, saya rasa korang juga harus dapat sesuatu daripada saya. 
Tapi, bendanya taklah saya nak poskan sekarang, kata bulan 3 ya. Hari jadi Ahmad sulung ni 22hb.... Tapi alamatnya bagilah dulu ok? Bukan apa, saya buat entry hari ni sebab saya rasa gembira kerana insya Allah hasrat saya nak buat kenduri kesyukuran sempena Naim dah sihat dan juga sekali sambut hari kelahiran Naim dah nampak ada jalan berjaya. Ketua untuk bacaan yasssin dah ada, makanan utama dah pilih,  jadi saya kurang risaulah. Kali pertama nak buat majlis besar sikit ni. Kisahnya masa Naim di wad hari tu, saya ada berniat nak buat kenduri kesyukuran kalau Naim sembuh sakitnya. Alhamd…

Nazif pulak deh

Image
Malam masih muda, baru pukul 10 tapi rumah kami dah sunyi. Nazif tidur seawal pukul 9.30 malam tadi. Naim pulak diam je, khusyuk tengok video Mc Queen di tab.Awal tadi rumah ni cukup kecoh, Naim buka gril depan tanpa kami tengok. Entah apa yang Naim nak tengok di luar. Adiknya mengikut je. Saya tengah sapu tumpahan nasi, tak perasan Nazif pun ikut ke depan pintu. Bila terdengar Nazif meraung mulalah saya berlari tengok diorang. Rupanya jari Nazif tersepit masa Naim nak tutup gril pintu. Allah Hu Akhbar, mengucap panjang saya masa tu. Walaupun tak ada niat nak marahkan Naim tapi terluah juga kata, " Kenapa main kat luar ni? Kan dah buat Adik sakit?". Naim dia je, tahu dia salah agaknya. Diam dia lepas tu.Mujur tak ada apa-apa. Agaknya sakit sikit bercampur terkejut sebenarnya Nazif tu. Lepas tu Nazif berhenti menangis dan kembali main. Tidur pun awal pula, terus mamanya kena buat kerja. Haha..malas dah kalau malam ni nak menanda buku, selalu gunakan alasan anak-anak minta per…

Masa memang cemburu

Image
Cepatnya masa berlalu. Pagi tadi masak sarapan Naim, suapkan dia makan sambil layan dia sembang dah pukul 7.45 pagi. Berkalut papanya hantar Naim ke sekolah. Nazif pula bangun. Nak menghimpit mamanya, tak le mama boleh buat kerja. Alasan bagus, padahal memang setiap hari pun angkut je buku tapi satu pun tak tanda kalau di rumah.
Sambil rindukan kawan-kawan, saya jenguk baca entry korang kejap. Takpelah korang tak rindu saya pun. Sekali sekala jenguklah ya. Bukan selalu nak rajin menulis ni, dengan jadual sibuk ni, macam semalam, pagi tu ada idea nak menulis tapi dek tangan kanan ni lenguh semacam sebab Isnin tu main boling, memang tak daya. Tulisan di whiteboard pun berkali-kali murid tanya apa perkataan yang saya tulis. Nasib koranglah ya, cikgu main boling lepas empat tahun, macam mana tak sakit badan.
Pagi tadi, Naim macam pelik je botol air dia semalam jadi makin banyak air, dia siap tanya saya kenapa jadi macam tu. Nak gelak juga bila dengar tu. Macam mana saya nak ajar dia te…

Naim, kamu ni comellah

Image
Ahmad Naim ni hari ni buat satu perkara yang membuatkan saya dan Papa N gelak besar. Masa saya balik dari sekolah tu, macam biasa Naim sambut saya sambil cakap "Naim pun sayang mama", sambil buka grill rumah. Perkataan pun tu walaupun dah hari-hari dengar, tapi tetap menggembirakan saya. Saya balas kata-kata Naim dengan bagitahu saya pun saya Naim juga. Comel, kan? Anak cakap sayang mamanya banyak kali sepanjang hari.
Masa maghrib tadi, Naim minta saya buatkan air kesukaannya. Saya pun buatlah cepat-cepat sementara menunggu Papa N solat. Lepas tu Naim minta saya masukkan air tersebut ke dalam botol. Saya ikutlah. Tiba-tiba Naim kata nak ais, saya pun masukkan tiga ketul ais ke dalam botol tersebut. Ingatkan dia nak minum airnya, tapi tahu tak apa Naim ni buat? Dia bawa botol berisi air yang ada ais tu ke depan, masukkan ke dalam beg sekolahnya sambil cakap, " Mama, Naim nak bawa air ke sekolah Naim". Itu yang mamanya gelak besar. Dia ingat air tu akan sejuk sampai…

Mee lovers

Image
Naim ni memang peminat mee. Sarapan pagi ni banyak betul dia makan mee goreng yang saya buat. Ingatkan dia akan makan sebahagian, tapi habis satu pinggan kecil tu dimakannya. Lepas tu dia minta lagi dua suap mee yang berada dalam pinggan saya. Dah lebih dua minggu tak buat mee goreng agaknya, tu yang beriya dimakan mee ni.
Agaknya Naim ni macam kawan saya, Kak Ma, memang minat sangat makan mee. Pernah masa semasa jamuan di sekolah, kami dijamukan dengan nasi lemak dan cikgu yang vegetarian disediakan untuk diorang setalam mee goreng. Kak Ma ni ambil mee goreng, lalu kena tegur dengan cikgu yang tengah vegetarian, takut tak cukup. Kawan saya ni terus jawab, "maafla, saya ni mee lovers, kalau ada mee je saya memang kena makan". Haha.. kelakar juga tapi banyak mee goreng tu sebenarnya, memang lebih kalau setakat 7 orang makan.
Tapi, jangan buat hari-hari. Tahu juga budak ni jemu. Tak makan nanti.
Pinggan ni untuk mama dan papanya. Timun tu separuh Naim yang makan.

Tanda anak perlukan perhatian

Image
Tengah hari tadi, kami tengok rancangan Melodi. Sampai kepada cerita Erra Fazira tu, saya mulalah bagi perhatian, buat kerja perlahan sebab nak bagi perhatian kepada apa yang dijawab. Opps, jangan ingat saya nak menangis ya. Saya ni bukan jenis mudah jatuh air mata kalau bukan sebab yang memang sedih. Sedih bila terjadi perceraian ni. Dalam keluarga saya, ada yang pernah bercerai, jadi saya pernah tengok apa kesannya kepada anak-anak. Kesian tau. Anak-anak yang tak berdosa mungkin jadi mangsa keadaan. Namun, bukan kita boleh tentukan apa yang sepatutnya seseorang tu buat, kan? Semoga pasangan yang bercerai, tak kira siapa pun akan menemui kebahagiaan selepas ini. Bercakap pasal anak-anak ni, korang tengok ni.Jangan nak kata kreatif tau. Tu bukan kreatif, tapi memprotes namanya. Kerja Ahmad Naim yang soleh ni. Pagi tadi Naim bangun lewat. Saya pergi ke pasar pada pukul 10.15 Naim belum bangun lagi. Saya balik pada pukul 11.30 tu, tiga jejaka tak ada di rumah. Papa N bawa diorang ke kli…

Nyanyi, anak dan IKEA

Image
Buat kali pertama rasanya Papa N bersemangat pasang barang yang dibeli di IKEA. Sebelum ni, pernah barang yang dibeli dipasang selepas hampir dua bulan. Kali ni, dipasang pada hari yang sama. Kami ke IKEA tengah hari tadi, balik je pukul 6 petang tadi, terus dipasangnya sebahagian barang yang dibeli. Walaupun barang yang dipasang oleh Papa N petang ni cumalah meja dan 4 buah kerusi kecil yang memang dibeli untuk menggalakkan Naim belajar, namun agak ada kelainan yang wajar dipuji tu. Jarang suami saya buat tanpa disuruh ni, memang wajib dipuji ni. Bab macam nilah, benda lain ada juga dia memang azali rajin. Ayat nak selamat ya, kot-kot suamiku terbaca entry ni taklah dia terasa ya..
Pandai Naim ambil hati mama, lepas papanya siap pasang, terus dia duduk di kerusi dan meja baru ni sambil membaca buku. Tapi, kereta mainan tak lepas dari tangan tu. Oklah juga, tadi bolehla beberapa minit Naim baca buku di meja sebelum dia mula main.
Rasa berbaloi juga penat saya menyanyi semasa dalam pe…

Berlinangan air mata

Pagi ni anak-anak dihantar macam biasa. Padahal mamanya tak ada aktiviti yang kena ke sekolah lebih awal pun. Tapi bila di rumah ni, banyak kerja siap, alhamdulillah. Lega juga dapat kemaskan rumah, lipat baju dan jemur baju yang dibasuh. Esok bolehla jalan-jalan lepaskan perasaan je. Hii.
Padahal, bukan niat saya nak merajinkan diri kemas rumah pun sebenarnya tadi. Mulanya saya buka laptop untuk mencari maklumat dan lagu sesuai untuk sesi bicara berirama. Tapi, tiba-tiba sambil tu saya tertengok rakaman cerita Korea yang terbaru di channel 393. UGLY ALERT tajuknya. Menarik dan menyentuh hati kisah ni tau. Saya ni semua cerita korea saya nak rakam. Kalau tak best, lepas tu akan padamkan. Kebetulan dah jatuh hati dengan kisah ni, apa lagi, terus duduk depan tv je. Masa makan pun, masih menghayati kisah,  terasa tak tertelan nasi sebab sedih dengan kisahnya.. haha.. sampai gitu ya..
Cukup terharulah saya tadi, sampaikan ada baju yang tengah dilipat tu terkena air mata saya. Sedih tau,…

Bila dah masuk sekolah

Image
Baru dua bulan belajar di tadika, sikit sebanyak boleh nampak perubahan Naim. Dari segi pertuturannya, makin banyak istilah yang dia pandai gunakan. Sekarang dah biasa Naim gunakan, excuse me  untuk meminta sesuatu. Mula-mula dulu, banyak kali juga saya gelak bila dengar dia cakap gitu dengan Nazif. Sejak Nazif pun dah macam faham terma tu, dah jadi biasalah. Dari segi makan, pun lebih sikit dari sebelum ni. Terbaru ni, Naim bawa sikat ke sekolah tau. Hah, dah pandai melawa nampaknya anak saya ni.
Sebelum ni, dia macam mama je, rambut jarang nak sikat. Haha, pemalas, bila berambut pendek ni, saya sokmo lupa nak sikat. Naim pula, sebelum ni kalau kita nak sikat rambutnya, dia lari. Amboi, sekarang wajib sikat dan bawa sikat dalam beg dia. Katanya lepas mandi kena sikat rambut. Saya tanyalah, "Naim mandi di sekolah, teacher pakaikan baju macam mama ke?" Jawapan Naim, " Taklah, Naim pakai sendiri. Naim pandai. Teacher tengok je," entah betul ke tidak. Namun, melihat…

Pengakuan saya

Image
Mulanya saya menulis entry semalam sebagai luahan seorang mama yang rasa bersalah dengan anak-anak. Langsung tak terfikir komen yang akan diterima bakal merubah penilaian saya. Ingatkan saya cuma meluahkan apa yang dirasa sahaja. Terasa saya tak sebaik ibu yang lain. Sekadar  luahan biasa seorang ibu bekerja yang penat. Namun bila menerima komen daripadaibu aqifsaya terus simpan semula entry tu sebagai draft. Ternampak macam saya ni tak bersyukur kat situ, pada pendapat sayalah. Lantas saya sepanjang hari ni berfikir macam-macam, sehinggalah terhasilnya entry yang sekarang anda baca ni.

Untuk makluman ibu aqif, profesyen perguruan ni suatu kerjaya yang sangat mencabar, sangat menuntut pengorbanan dan keikhlasan. Janganlah dengar pendapat orang yang dah lama bersara, kononnya kerja cikgu ada banyak masa untuk keluarga. Pandangan yang cikgu ni kerja yang paling sinonim dengan kaum wanita dah tak boleh dipakai.
Bila dah masuk ke dunia ni, para guru kena berikan komitmen penuh. Bagi yan…

Cuti jaga anak

Image
Minggu ni giliran saya bertugas. Maknanya minggu ni saja jadi guru bertugas. Haha. Jangan pening dengan kenyataan tu, bukan maksudnya hari biasa saya tak bertugas. Maksud guru bertugas mingguan ni ialah guru yang mengendalikan perhimpunan, tunggu dam sambut kehadiran murid di pagar, kendalikan masalah kecemasan, periksa kebersihan, mencatat pengumuman dan tutup pintu bilik guru pada waktu petang.
Semalam giliran saya jaga pagar. Dalam cuaca panas ni, pukul 12.30 saya terpacak di pagar depan sekolah. Ada teman, seorang guru disiplin dan dua orang pengawas. Menyambut kedatangan anak-anak murid ni, mulalah saya terharu tengok, ada yang mak atau ayah angkat beg sampai ke pintu. Ada yang dari jauh semasa nak turun kereta tu, cium mak ayah, ada yang mak pantau anak sampai 10 minit baru berdar dari kawasan sekolah, macam-macamlah reaksinya.
Tapi, yang paling best bila dalam situasi macam ni, muka murid-murid ni semua nampak comel. Lain riak wajah tu dengan riak wajah semasa di dalam kelas. …

Semalam itu

Seronok seharian semalam tau. Takla rasa Monday Blues walaupun cuti cuma sehari. Ditambah lagi, pagi pagi saya dah kena keluar awal, sebab saya ada aktiviti kokurikulum, pun masih tak menjadi penyebab untuk rasa Monday Blues. Haha, walaupun boling tu. Syukur bila semua berjalan lancar. Apa lagi nak harapkan ya, asalkan semua yang dirancang berjalan lancar, itu pastinya satu kegembiraan.
Saya kini salah seorang jurulatih untuk bicara berirama tau. Haha. Bila buat benda yang kita minat, memang rasa seronoklah ya. Rasa masa berlalu cepat je.
Balik rumah pun, mood gembira juga. Alhamdulillah, anak-anak baik dan sihat. Naim seminggu ni di fasa suka makan nasi, lagilah buat saya senang hati. Minta tambah makan nasi semalam. Walaupun mamanya masak satu lauk je, berkali Naim puji sedap nasi. Makanlah nak ya. Jarang nak tengok Naim makan nasi macam tu. Biasanya dua tiga suap je dia boleh makan.  Walaupun semalam Naim tak pergi ke sekolah, disebabkan papa bawa dia ke DEMC untuk jumpa dengan …

Dataran Putrajaya

Image
Assalamualaikum semua..
Hari cuti buat apa korang? Mesti seronok, kan? Ada yang pergi berkelah, ada yang pergi membeli-belah, eh macam-macamlah. Naim dan Nazif je seharian duduk di rumah semalam. Mamanya ada sekolah ganti, sesi petang pulak tu. Jadi, diorang ni 'mengemas rumah' jelah.
Mengemaslah sangat. Saya sampai kat rumah pukul 7.05 pm semalam. Memang awal betul sampainya, maklumlah jalan tak sesak. Tak payah merempit pun sampai cepat. Aunty depan rumah, macam biasa, senyum je, sambil tanya, "Hari ini pun kerja?" Saya senyum je sambil jawab "Ya, hai aunty". Sebelum masuk ke rumah, dah dengar suara Papa N cakap, " jangan terkejut tengok rumah ya".
Kalau gitu pesanannya, memang 'kemas' la.. saya syak dengan papanya sekali mengemas tu. Haha.. dengan alasan asalkan anak-anak tak menangis. Ai, orang lelaki ni! Ingat apa?
Tak nak stress, sambil tunggu Papa N solat dan beli makanan, saya kemaskan ruang tamu. Dah selesai, kami cepat-cepat kel…

Ubat batuk yang mujarab

Image
Sekeliling korang ramai tak yang batuk sepanjang minggu lepas dan minggu ni? Musim batuk melanda agaknya. Sana sini kedengaran orang batuk. Saya pun kena juga batuk ni masa cuti tahun baharu cina hari tu. Berlarutan dan makin parah masa menjaga Naim di wad. Selepas Naim keluar dari wad dua hari baru baik batuk saya.Seksa sangat nak batuk dan menahan batuk masa tu.
Batuk berkahak, tekak terasa sakit perit, sekali batuk akan berlarutan beberapa minit. Kalau tidur malam, berkali-kali terjaga sebab batuk kuat sangat. Memang tak selesa sangat masa tu. Masuk apa-apa makanan pun akan terbatuk dengan teruk, sampaikan saya rela tak nak makan, pada satu masa tu. Sampaikan perut pula masuk angin masa menjaga Naim hari tu. Habis, kalau makan berkali-kali batuk melanda sampaikan air mata mengalir macam  kena marah teruk. Papa N pun berkali-kali juga marah saya pada masa tu. Abis, dah dilanda batuk teruk nak buat macam mana, kan? Bukan kita minta batuk ni.
Pokok yang saya tunjukkan kat atas tu korang…

Sekali sekala: petang

Image
Sekali sekala merasa waktu petang berada di rumah sambil mendengar kisah dalam cerita Korea. Bukan tengok tv betul-betul pun. Entah apa saya buat sampai makaroni bakar yang dibuat rentung jadinya...
Kononnya penat lepas balik dari sekolah tengah hari tadi. Memang hari ni tak mengajar pun, sekolah buat larian. Bukan juga saya berlari pun. Cuma susun medal je kerja saya. Itu pun taklah banyak, 40 keping je. Masa balik tadi , rasa penat sangat. Tapi terasa nak makan. Itu yang masak makaroni sambil berbaring sampaikan hangus jadinya. 
Mujur bahagian yang hangus tu kat tepi sahaja. Boleh lagi saya makan yang lain. Makan juga, sayang nak buang gitu je. Rasanya pun ok lagi kalau bukan sebab hangus tepi. Tapi nampaknya, cita-cita nak hulur sikit makaroni ni kepada jiran depan rumah, terpaksalah dibatalkan. Malu weh nak bagi benda hangus ni kepada orang. Saja nak mengharukan aunty depan rumah yang selalu sambut kepulangan saya. Saya sampai je ke rumah setiap petang, aunty ni memang akan tegur…

Melawat orang sakit

Image
Kebelakangan ni ramai kenalan saya yang sakit. Semalam pun di sekolah dan di whatapps banyak kali juga dibincangkan tentang melawat orang sakit. Teringat saya masa melahirkan Naim dulu. 23 hari di hospital tau. Orang lain kalau bersalin secara pembedahan pun, akan dapat balik selepas 3 atau 4 hari sahaja, paling lama pun. Ni 23 hari! Tak pernah lagi orang lain yang dijaga di hospital selama tu atas sebab bersalin rasanya.Saya pernah bagitahu sebabnya, tapi saya tuliskanlah sekali lagi. Tak payah korang cari entry lama ya. Sebab kami duduk lama di hospital masa tu, kerana tempat pembedahan tu kena jangkitan, jadi tak tertutup langsung atau jadi terbuka beberapa lapisan luar di perut saya masa tu. Mengerikan dan sakit sangat. Korang takkan dapat bayangkan. Setiap hari kena cuci tempat luka dan bahagian daging yang tak elok akan dipotong. Tahan sahajalah masa tu. Hanyir baunya tak payahla cakap. Kena tukar balutan beberapa kali sehari untuk elakkan bau dan tak selesa. Selepas baik sikit …

Pulut ikan kering

Image
Sarapan pagi saya hari ni. Pulut ikan kering dengan kelapa parut. Sedapnya bila makan beramai-ramai dengan kawan. Dah lama saya  tak makan pulut yang macam ni. 
Ambil sudu sebab mulanya nak makan dengan sudu. Lepas tu kena perli dengan kawan, katanya makan ala kampung dengan sudu taklah terasa feel kampungnya. Jadi, saya pun makanlah dengan sudu. Betul juga. Tak pula fikir tadi. 
Alhamdulillah... sedap. Hari Rabu yang memenatkan ni bermula dengan makanan sedap, ini dah dikira ok.. syukur. 

Barang yang lalu jangan dikenang

Image
Assalamualaikum semua...
Dah mula kerja? Awal-awal pagi ni nampaknya ramai yang masih sibuk. Saya pun, ikutkan ada banyak kerja tapi sengaja melengahkan dulu. Haha...boleh pulak ya..
Alhamdulillah. Syukur sangat sebenarnya saya bila anak dah kembali sihat. Ini yang nak kongsikan sikit cerita pasal seminggu lepas. Malam yang Naim kena masuk wad tu, kami sebenarnya pergi ke dua buah hospital. Hospital yang pertama penuh, tak boleh masuk, jadi kami carilah hospital yang lain pulak. Sampai ke hospital kedua ni dah pun pukul 11 malam. Di kawasan kecemasan tu, faham-faham sahajalah, bukan sekejap. Dah puas menunggu dengan pelbagai kejadian, hampir 1.30 pagi barulah kami dapat masuk ke bilik wad.
Tapi sabar je kami tunggu malam tu. Apa taknya, masa tengah bengang menunggu, ni lebih kurang awal lagi, ada satu kejadian yang menyayat hati berlaku. Ada 3 orang di kawasan menunggu tu, kelihatan gelisah tapi sempat lagi senyum dan mengusik Nazif yang ligat bermain. Tiba-tiba diorang ni dipanggi…

Ahmad Naim dah sihat

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana anak kami buah hati kesayangan kami dah baik daripada demamnya dan malam ni kami dapat tidur di rumah. Lain rasanya lepas 4 malam tak balik ke rumah. Haha..berselerak pastinya.Berjaya dengan mudah saya tidurkan Naim tadi. Tepuk sikit dan layan dia citer tentang kereta yang disukai, tak lama dah berdengkur pun dia. Padahal, itu bunyi kahak masih ada.. takpe, asalkan Naim dah tak demam lagi, kita usahakna pula supaya masalah selsema Naim mudah selesai.Kalau berkesempatan, nanti saya kongsikan kisah Naim di wad. Saja nak tulis pendek kali ni untuk korang tahu Ahmad Naim dah sihat macam biasa. Tak bayak idea dan saya masih lagi penat, kami balik pun dah nak waktu asar tadi..pejam mata je dengan keadaa  rumah yang berselerak tu..Terima kasih kepada semua yabg mendoakan kesihatan Ahmad Naim kali ni. Benda yang tak dijangka betul..
Alhamdulillah syukur sekali lagi...

Harga kekayaan dengan segelas air

Suatu hari, Khalifah Harun Al-Rasyid duduk bermenung dengan hati yang penuh kegelisahan. Hari itu, beliau telah mengundang ulama terkenal, Abu As-Sammak untuk meringankan bebaan yang bersarang di fikirannya."Nasihatilah aku," pinta khalifah ketika ulama itu duduk bersamanya. Pada masa yang sama, seorang pelayan membawa segelas air untuk khalifah. Sebelum minum, Abu As-Sammak berkata, " Tunggu sebentar, wahai khalifah."Seketika Abu As-Sammak menyambung kata-katanya, " Seandainya dalam keadaan sangat dahaga, sedangkan segelas air itu tidak kau perolehi, berapakah harga yang sanggup kau bayar, wahai khalifah?""Setengah daripada kekayaanku," jawab khalifah ringkas.
Lalu Abu As-Sammak mempersilakan khalifah minum. Selesai minum, Abu As-Sammak bertanya lagi, " Seandainya air tadi terpaksa untuk dikeluarka , tetapi engkau tidak mampu mengeluarkannya, berapakah yang engkau bayar agar ia keluar?""Setengah daripada kekayaanku," jawab …

Cobaan

Image
Sesungguhnya saya rela anak-anak aktif.Asalkan tak bahaya, tak menyakitkan, mainlah nak....

daripada anak-anak sakit. Sejak demam ni, Naim kurang aktif.. sayu hati tengoknya.Tambah pula bila dimasukkan ke wad.Monyok je sayang saya ni. Mengamuk dia bila dipaksa makan ubat, dipakaikan wayar untuk antibiotik. 
Semalam nampak dah ok.. sempat main panjat katil dengan adik. Tapi menjelang pagi demam tinggi lagi Naim. Hari ni pun masih lagi demam walaupun taklah tinggi suhunya...Alahai.... Cepat baik ya.  
Banyak kesusahan yang saya rasa nak kongsikan namun macam malas nak menaip.Masa ulang alik ke hospital, dengan Nazif ni, pengalaman memandu sambil menyusukan anak. Dia meraung di tempatnya, terpaksa saya angkat Nazif dari car seat dan pangku dia sambil menyusu sementara sebelah tangan lagi memandu.
Tak boleh nak anggap susah... ni tanggungjawab dan pengorbanan jadi ibu bapa.. semoga Allah merahmati dan memberkati kita semua..

Menu kegemaran yang dipandang sepi

Kesian anak mama yang tengah sakit ni. Hari ni air sikit je yang masuk ke perut. Bila adik dan papa makan buah jambu, Naim ambil sepotong tapi yang dikunyahnya cuma sedikit, selebihnya dibuang dengan alasan tak sedap. Tak sedap di mulut orang sakit. Berkali-kali Naim muntah hari ni. Tersangat risau hati mama ni.. Mana tak risau. Rumah yang biasanya disepahkan, dah dua hari ahli mahirnya tak bergerak pun. Ditawarkan pelbagai makanan yang biasanya jadi kegemaran Naim, semua digelengkan kepala. Biasanya tak pernah ditolak ais krim coklat (magnum), ayam goreng (kfc), pizza (dominos), ikan bilis kicap, sayur hijau, biskut oreo, satey, gula-gula dan banyaklah lagi yang biasanya memang Naim cukup gemar makan.Perasaan mak macam nilah agaknya kan. Patutla saya tengok mak saya dan mak mentua biasanya masak macam-macam bila anak balik. Anak dah ada anak pun mak pasti nak uruskan hal cucu pula. Cucu sakit pasti nenek pun susah hati, berkali-kali telefon tanya keadaan cucu yang demam. Mak saya tad…

Anak beranak muntah

Image
Assalamualaikum semua...Diharapkan semua sihat ya.. nampaknya dugaan cuti kali ni, anak-anak sakit. Mulanya Nazif si comel mama yang demam panas sejak Jumaat hingga petang Ahad. Dia elok je cuma bila masa badan panas tu dia mengada merengek lebih. Makan pun lalu, macam biasa. Main pun apa lagi, tetap seronok macam biasa. Sampaikan kena perli masa di kampung hari tu..Bila balik Ahad tu, abang pula sambung panas badan. Malam Isnin mula panas dan pagi Isnin dan ke hari ni tak lalu makan dan tak aktif pun. Memang merisaukan mama papa. Papa N balik awal tengah hari semalam terus bawa Naim ke klinik. Tapi masuk je ubat atau makanan, Naim muntah. Ai, kesian tengok..makin cengkung la jadinya walaupun baru dua hari demam. Baru je Opah memuji Naim nampak berisi sikit sejak bersekolah ni. Akhirnya, kami masukkan ubat supp. Abis kalau melalui mulut asyik keluarkan balik je, macam mana nak turun suhu. Dua kali  dah suhu turun dengan ubat tu. Baru tadi kami ke klinik kali kedua. Ubat dah tukar tapi…

Brunch awal

Ai semua...seronok cuti? Ada yang dah mula kerja hari ni kan? Selamat bertugas, jangan sedih atau jeles kepada orang yang masih bercuti. Haha.. saya lah tu, kan?Memandangkan anak-anak tak berapa sihat, Papa N pula dah pergi kerja, jadi pagi ni saya masak awal. Pukul 9.15 dah siap masak dan terus makan pun. Tak kuasa nak makan beberapa kali. Sementara dua Ahmad masih lagi tidur, saya masak nasi, kailan ikan masin, ikan bilis kicap dan sambal belacan. Kira makan sekali je. Kalau nak makan lagi kali kedua pun, itu je menunya. Anak-anak pun biasanya cukup suka makan kailan dan ikan bilis kicap ni. Jadi, memang rasa dah cukup bijak memasak kesemua tu. Dah makan siap, baru terfikir....alahai... baru semalam berniat  nak kurangkan makan nasi, hari ni dah makan nasi sejak pagi lagi.. haha.. cemana nak kurangkan berat kononnya. Nampaknya lain harilah boleh mula diet sihat. Bukan saya nak kurus pun sebenarnya, saya cuma mengharapkan kembali ke berat asal dan kempiskan perut..lemak di perut ni n…

Merasa capati di Capati Corner

Image
Dah lama saya teringin nak merasa capati di Restoran Capati Corner di Temoh ni, akhirnya dapat juga singgah semasa balik kali ni. Seperti yang ditulis dalam blog lain, memang rotinya lembut. Ada pilihan, sama ada capati gula atau capati telur. Kami ambil dua capati telur, makan tiga beranak. Naim bersungguh berkongsi makan dengan papanya. Selamat bahagian mama, dapat makan sorang diri. Haha.. bukan jahat atau kedekut. Orang tu, biasalah kalau balik ke rumah mak dia, memang makan berkali-kali tambah. Jadinya tak hairan nak makan di luar ni. Walaupun makan dengan Naim, Papa N memuji sedap rasa kari kambing dan kelembutan capati ni. 
Kuah kari kambingnya memang pekat dan sedap. Kalau korang nak singgah makan capati, bolehlah cari kedai Capati Corner ni di simpang jalan nak ke Lata Kinjang.