Sudahkah tukar penama KWSP suami kepada nama isteri?

"Ha, penama KWSP Papa N macam mana? Dah ditukar ke nama kamu atau anak-anak kamu ke?" , tanya kakak saya semalam.

Katanya, soalan bernas ini ialah lantaran keadaan saudara saya yang tengah sakit teruk sekarang ni. Sedih dan kesian memikirkan suami kepada saudara kami ni. Sakitnya agak tenat sekarang. Saudara kami pula ada empat orang anak dewasa yang perlu ditanggung. Kehidupan yang di bandar ni tahu-tahu sahajalah tentang kosnya. Lagipun, diorang ni dah biasa hidup senang. Kalau ditakdirkan apa-apa berlaku banyak juga perkara yang perlu difikirkan, lagi-lagi berkait dengan pengurusan kewangan.

Teringat pula saya kepada petikan buku Mudahnya Menjemput Rezeki. Petikan daripada buku ni, bab 12 menyebutkan "
Apabila kiri dinding dan kanan pula dinding, seolah-olah semua jalan keluar tertutup, apakah pilihan lain kecuali mengadu dan terus mengadu kepada Allah? Memohon dengan sungguh-sungguh agar roda kehidupan berputar kembali ke atas. Apalagi jika bukan dengan solat.

Dalam buku ini pastilah lebih menjurus kepada cara mendapatkan rezeki. Namun di dalam situasi saudara saya ini juga rasanya tepat sekali mengadukan masalah yang ada kepada Allah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Menguasai. Insya Allah, janji Allah itu pasti, sesiapa yang menjaga solatnya :
1. Akan diangkat kesempitan hidup di dunia daripadanya
2. Akan dihindar daripada azab kubur
3. Akan mendapat buku catatan amalnya melalui tangan kanan.
4. Akan melintas Titian Sirat sepantas kilat
5. Akan memasuki syurga tanpa hisap.

Masya Allah.. marilah kita sama-sama ambil pengajaran..pastinya tepat pepatah, "berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya".
Semoga suami saudara saya ni diberikan kesembuhan..

Comments

  1. tqvm aisy..rasanya mcm belum tukar nama lagi...
    semoga dipermudahkan semua kpd saudara aisy tu..

    ReplyDelete
  2. DAH, KWSP KAMI DAH TUKAR SEMUA
    HSBEN PD NAMA SAYA
    SAYA PD NAMA HSBEN
    PANDAI2 LAH YG HIDUP URUSKAN BILA SY DAH XDE NNT

    ReplyDelete
  3. mase keje private tu tak silap lieya ade laa dlm 2 kali tukar penama...mase sebelum kawin, dgn lepas kawin ade anak ....yg penting tuk anak2 tu..... bekalan mereka utk belajar esok2 bile kite dah tak panjang umur kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan..masa depan anak2 tu yang nak kena fikir. Panjang lagi perjalanan diorang..

      Delete
  4. yang fain punya dah letak pewaris lya & fasya.

    entri akak simple..tp amat besar n banyak isinya.. tq for sharing.
    setiap ujian dlm hidup ni adalah krn kasihNya dia pd kt.
    Insyallah, walau sesukar manapon ujian hidup kita, jika kt selalu ingat padaNya..perjalanan hidup akan dipermudahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.. bab ni rasanya Lya paling faham dan banyak pengalaman. Banyak yang Lya dah lalui sebelum ni..

      Delete
  5. kalau keje gomen macam acik ni dah tak de kwsp dah AN.
    adik acik ada tukarkan penama kwsp dia ke nama acik..acik rasa berat tanggungan acik nanti tu.semoga adik acik terus sihat dan panjang umur..

    ReplyDelete
  6. akak punya pun blom wat penama lg..xtau bila nak pegi kwsp ni.

    ReplyDelete
  7. Sebelum kahwin penama mak saya. Lepas kahwin mak kena share dengan suami. Lepas dapat anak sulung, suami kena share dengan anak. Lepas dapat dua anak, kenalah share bertiga. Apa yang penting, anak-anak punya bahagian mesti lebih... Hehehe....

    ReplyDelete
  8. Kakak alert bab ini Aisy. Sebab dlm hati tak mahu susahkan org yg ditinggal bila kakak mati kelak. Penama adalah jalan terbaik. Tapi KWSP walau tak ada penama macam allahyarham abang ipar kakak, selepas dia meninggal kakak akak bawa aje surat mati dan tuntut semuanya dpt - mudah jugalah tak ada banyak kerenah pulak. Tak tahulah sekarang.

    Betul... walau apa pun juga memang sebagai hambaNya walau ada yg tersayang pun tetap kepada Allah juga tempat mengadu. Mohon dipermudah andai ada ujia. Moga saudara Aisy redha, tabah dan ada kesembuhan.

    ReplyDelete
  9. sudah2.. rasanya lah.. nanti kita cek lagi yer.. tq atas ingatan..

    ReplyDelete
  10. Saya pun belum... Letak nama mak dan abang kandung sblm kawin lg... Ingat nak tukar sebelum fly hari tu, tp tak tertukar jugak... Tunggu balin thn depan lah, harapnya umur masih panjang...
    Semoga suami saudara AN tu cepat2 sihat

    ReplyDelete
  11. Dh msk skim berpencen..duit kwsp yg ada tggl hr tu dh bawak kua msk asb...

    ReplyDelete
  12. Done, masa balik MAalysia that day terus pi kwsp buh nama anak and my adik untuk senang urusan. Insya Allah.
    Moga ur saudara cepat sembuh.

    ReplyDelete
  13. in shaa Allah dah tukar.Tapi masa tu nama saya dan ain saja.yang dua lagi ni tak ada pula bahgian dorang..nk kena bagitau suami ni.thanks ingatkan.

    semoga saudara awak tabah menghadapi ujian ini dan diberikan kesembuhan.berat mata memandang berat lagi bahu memikul

    ReplyDelete
  14. Ada masanya OKje pun terfikir AN...... yelah dengan keadaan Okje ni pun dah tak kerja, mcm awak lain sebab awak bekerja... Tapi tulah, malas nak pikir sekarang ...
    Takutnya kalu diuji cenggitukan....moga dijauhkan hendaknya
    Kalau dah tukar pun KWSP tu kena tunggu 50 tahun jugak baru boleh keluarkan duit ye tak...

    ReplyDelete
  15. blum tukar lagi.still nama parent..hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?