Nyanyi, anak dan IKEA

Buat kali pertama rasanya Papa N bersemangat pasang barang yang dibeli di IKEA. Sebelum ni, pernah barang yang dibeli dipasang selepas hampir dua bulan. Kali ni, dipasang pada hari yang sama. Kami ke IKEA tengah hari tadi, balik je pukul 6 petang tadi, terus dipasangnya sebahagian barang yang dibeli. Walaupun barang yang dipasang oleh Papa N petang ni cumalah meja dan 4 buah kerusi kecil yang memang dibeli untuk menggalakkan Naim belajar, namun agak ada kelainan yang wajar dipuji tu. Jarang suami saya buat tanpa disuruh ni, memang wajib dipuji ni. Bab macam nilah, benda lain ada juga dia memang azali rajin. Ayat nak selamat ya, kot-kot suamiku terbaca entry ni taklah dia terasa ya..

Pandai Naim ambil hati mama, lepas papanya siap pasang, terus dia duduk di kerusi dan meja baru ni sambil membaca buku. Tapi, kereta mainan tak lepas dari tangan tu. Oklah juga, tadi bolehla beberapa minit Naim baca buku di meja sebelum dia mula main.

Rasa berbaloi juga penat saya menyanyi semasa dalam perjalanan ke IKEA tadi. Jalan sesak masa kami nak ke sana tadi. Dahla cuaca panas, bila lama dalam kereta, anak-anak mula buat hal. Saya pun mula fikir cara nak mententeramkan diorang ni. Saya buat-buat sembang dengan Naim. Tiba-tiba saya bagitahu yang sebulan lagi hari jadi Naim, dia pun suruh saya nyanyikan lagu hari jadi. Mulanya saya nyanyi lagu Allah selamatkan kamu dengan penuh semangat sambil sebutkan nama Naim. Naim masa tu seronoklah. Dia terus minta saya nyanyi lagi dan lagi dan lagi sambil menyebutkan selamat mama, papa, adik, kawannya Rifki, kakak Hani, Atuk, Opah, teacher, ibu, ayah, uncle dan rasanya yang akhir sekali Alia dan Amirul, sepupunya. Sampai serak suara mamanya ni. Mau tak serak, nyanyi hampir untuk semua orang tu. Kalah masuk kelas kena jerit-jerit mengawal budak nakal.


Wajah dua Ahmad yang seronok hari ni. Dah letih temankan mama tengok barang dapat upah ais krim. Naim yang paling bagus. Naim jalan sendiri sepanjang di sana. Kalau tak, sebelum ni, papalah yang kena dukung dia atau tolak dia dengan stroller. Barang yang dia minta nak beli pun bukan barang yang bukan-bukan. Paling kagum bila Naim minta nak beli set alatan mewarna dengan alasannya 'Naim nak buat homework ni'. Dengar tu, terus mamanya nak belikan 3.. haha. Taklah, kami amik satu je..

Alhamdulillah misi ke IKEA dah berjaya. Meja dan kerusi untuk Naim dah beli. Beli kerusi sampai empat, tu macam dah berlebih pulak.. tak kisahla... Seronok pula sampai benda yang tak dirancang pun dibeli juga. Cuma kena tengoklah barang yang lagi satu tu bila Papa N nak pasangnya. Kali ni cecah dua bulan tak?

Comments

  1. kalau papa JJ tak sempat duduk terus buka kotak pasang siap, saya pun sama. Smangat la Naim belajar pasni, nnt Nazif teman yer, ada kerusi 4 tu, JJ pun boleh tumpang sekaki hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. kalau saya pun semangat macam famili Nas. Tapi bila suami i tu selalu tunggu utk pasang, malas i nak memandai, nati takut tak jadi. Haha..semangat je lebih.

      Bolehla join the club.. JJ dan adiknya...ada 4 kerusi ni

      Delete
  2. barang yg lagi satu tu apa?hehe..seronokla naim dpt meja baru

    baru je ajak hubby i ke ikea ms sale 28.2-5.3 nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ai cik wan.. skrg dah sale lah.. tu yg ramai orang tadi.. tu yg kami terbeli barang yang satu lagi tu, sebab ada sale...

      nak tahu apa barang, datang la ke rumah.... hihi

      Delete
    2. ooh..salah date la..ingt 28.2..huhu..nnt la bila nak g..nk cari kerusi utk baby zaim plok

      Delete
  3. Cantik kerusi dia. Kalau dah beli kerusi sampai 4 tu maksudnya kena tambah 2 anak lagi ler Cikgu Aisy ye.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish2... takpe kot. Naim 1, Nazif 1, mama 1 dan papa 1, kan dah cukuptu..

      Delete
  4. wahh bagusnya naim..dah makin besar mesti makin bjk naim ni..jadi ank solehah ye :-)

    ReplyDelete
  5. rajinnya Naim...alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rajin gaya budak lelaki... kena pujuk, kalau tak banyak main je. Syukurlah juga kalau dipujuk Naim nak mendengar kata..kita pun faham dia, tak nak paksa sangat di usia 4 tahun ni.

      Delete
  6. Cantiknya kerusi tu.. Mahal tak harganya? Kalau murah nak ke ikea juga kitaorg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala..tak jumpa carilah resitnya. Tapi kalau tak silap kerusi tu RM 30++.

      Delete
  7. Warna dah byk skrg, amni n adib warna biru n pink , skrg sy ngan En baba tgh pikir2 Nk beli brg ikea untuk rumah caj penghantaran ke Ipoh rm500 mak ai mahal btl blh dapat satu brg lg

    ReplyDelete
  8. smga Naim bersemangat belajar di meja baru.. saya kan kalau cik abe lambt pasaNg saya la gigih pasang jenis tak sabar.hahaa

    akak, kes tu sama mcm sy kat penang dulu.sy syak sy kna pukau malam tu. yg paling hangin bla pi buat report,boleh pegawai penyiasat tu suruh kami pi menengok dg bomoh.adohaii. rasa nk lempang je masa tu.. last last ttup gitew je.. tekilan sgt masa tu. ada masa sy citer. hihi..

    xlist nak buangkan terus dri kotak memori ni.xnk ingt.trauma la.

    ReplyDelete
  9. semangat la naim nak belajar dgn meja baru tu.
    suka sgt g ikea..rambang mata la..sebab rasanya, semua nak

    ReplyDelete
  10. dpt meja baru tu.. lepas ni kena rajin baca buku la. makin bijak anak2 akak ni :)

    ReplyDelete
  11. baju cars naim tu sama mcm abg adam la..hehehe,akak dah kawin ni tak penah jejak kaki ke ikea pun,en.azmi tu bukan nak pegi,masuk k.l lg dia malas jem katanya..

    ReplyDelete
  12. makin semangat naim nak belajar dengan kerusi meja IKEA..beli smp 4 kerusi tu maknanya ada dua lagi tempat kosong..papa dengan mama kena jawab.bila tu?haha...

    lagu harijadi smp semua nama kena sebut ye..dasyat awk buli mama ye naim..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahla.. mmg terpaksa nyanyikan sebab jalan sesak masa keluar tol sg besi tu. Nak bgi budak2 ni diam..

      Delete
  13. Hehehe.. sama ajelah kekdah Daddy yang di sini. Kalau tak sound, mmg tak akan dibuat dengan kadar yang segera :) Oppsss... termengumpat suami pulak. Itulah AN (orang pulak yang disalahkan yek...)

    Kalau dah sampai IKEA ni memang selalu aje terlebih budget. Tak tahulah mana silapnya :) Sure Naim excited nak belajar dan mewarna lepas ni. Mamanya pun tak ralat ler menyanyi bagai nak rak bila semua pun happy lepas keluar IKEA, kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. oEh saya pula yg salah ye.. haha.

      eh.. ni nyanyi masa nak pergi ikea. Masa balik diam je sebab dah penat tawaf


      Delete
  14. Barang apa yg satu lagi tu? teringin gak nak tau hehe...dah katanya bizi body...haha....
    Sama le macam kita kalau balik berjalan dapat tudung ke shawl baru ke...sampai rumah sure nak menerai depan cermin hehe...
    Lama OKje tak melawat kawasan kat Ikea tu....suka tengok deko kat Ikea tu cantik cantik!

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?