Malam CNY

Selamat tahun baru cina buat yang menyambutnya. Kita yang bercuti ni tumpang seronoklah. Ramai dah balik ke kampung atau pergi bercuti agaknya ni..

Kami pun akan balik ke kampung Tapah. Papa N tak dapat cuti panjang jadi kami balik dekat sahajalah. Jadi, petang semalam sebaik balik  je Naim dari sekolah, terus papanya tengok kot-kot Naim dapat kerja rumah. Nak balik ke kampung dia, dialah yang lebih teruja. Biasakan?

Jadi, semalam beriya-iya Papa N pujuk Naim supaya menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh cikgunya. Saya duduk depan tv cuma tengok-tengok je gelagat dia beranak ni. Naim liat nak siapkan, sebaliknya nak main je dia. Papanya pujuk lagi, tapi Naim main-main, langsung tak nak pegang pensel warna pun. Alahai, kerjanya pun mewarna objek je, tapi dapat 4 muka surat. Bila Papa N  mula buat suara garang, Naim pun mulalah buat sambil tunjukkan kesedihan.

Hasil kerja Naim semalam. Ini je pun yang dia buat, tapi nak suruh dia pegang pensel warna tu pelbagai cara kena guna. Lagi 3 kita cuba pagi ni pula ya..

Mama yang prihatin, pujuk Naim dengan bagi makan makanan kesukaan dia. Ada baki tak banyak, tapi bila Naim dah siap satu muka surat tu, kami anak beranak makan sikit seorang sambil puji bagus Naim siap mewarna. Dia kembali ceria nampaknya.

Pagi ni kedua-dua Ahmad ni bangun lewat nampaknya. Dah pukul 8 tapi tiada yang nak bangun lagi. Seronok sangat semalam diorang berdua ni memerhatikan anak-anak cina kat rumah depan bermain bunga api dan mercun. Dipujuk tidur pun tak nak, sampaikan dah lama budak-budak tu berhenti main pun diorang masih lagi tunggu di tepi tingkap.

Comments

  1. rajin betul mama kamu ni:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takda rajin pun..semata2 nak pujuk naim ni je..

      Delete
  2. Amni pun bgn lambat , smlm saya dah terlena dia dok main2 lagi, selamat bercuti ye , saya menanti 2 hero pulang ke sg besar ;)

    ReplyDelete
  3. frusttt...semua tempat yg plan nak pi..full booked..beraya kat rumah ja la hehe

    ReplyDelete
  4. Ooo Aisy nak balik rumah mertua ye?. Berhati2 di jalan raya. Take care.

    ReplyDelete
  5. Bukan Naim jer yg suka..akak pun terliur tengok ...

    ReplyDelete
  6. budak2 macam tu la akak.. kalau tgk bunga api mesti excited nk tgk lg. teringat zaman kecik2 dlu

    ReplyDelete
  7. untung naim dpt papa siap pujuk2,klu aiman abah jeling je terus siapkan kerja rumah..takut betul dengan abah.haha..

    untung juga naim ada mama yg prihatin..:)

    ReplyDelete
  8. Hehe...tu fenomena biasa AN...sendiri punya kampung sure lah sendiri yg terlebih excited...
    Cantik jugak Naim mengaler tu tak comot!

    ReplyDelete
  9. dalam malas2 dia tu, sempat lagi buat dua torna kat gambar kerusi tu hihihi.

    ReplyDelete
  10. Hehehe...ada kejealousan di situ bila Papanya terover excited nak balik kampungnya :)

    Saya pun sambut raya di KL saja. Nak keluar dari KL tak daya mengenangkan takut jem teruk. Kita ukur jalan mana yang patut ler. Dengar juga bunyi mercun tapi sayup aje. Kotnya area saya ni takda orang excited nak main mercun tak? Nasib baik Adik tak tersedar. Kalau tak, mahu teruk Mommynya jadi mangsa main kemas-kemas rumah :)

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah pandai mama memujuk
    sama la dgn cik abe saya suka ke main sbb cny baru ni blk kg deme kat kuala kangsar.. hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?