Posts

Showing posts from August, 2013

Tetamu mengejut: Ku tak ada sushi

Image
Terkejut juga tadi bila sampai ke rumah lepas habis sekolah, saya dikhabarkan bahawa biras saya nak singgah dengan tetamunya dari Jepun.. Tak terkejut ko... Tetiba je kan? Mujur juga MIL yang sampai tengah hari tadi dah masak siap-siap. Tidakla saya kena sinsing lengan untuk tunjukkan bakat memasak yang ada. Mujur-mujur, lega tuh..                                  Ha, ni dia tetamu dari Jepun. Pelajar universiti yang datang melawat selama tiga minggu ke Malaysia dengan biayaan Tourism Malaysia, best kan dia! Riki namanya.. Korang tengok gambar tu pun dah boleh teka yang mana satu Riki-san tu kan? Yang tengah sekali tulah biras saya, memang aktif lagi dengan Persatuan Bekas Pelajar Dari Jepun, itu yang dia dapat Riki sebagai anak angkatnya ni.. Saya tak sembang pun, saja senyum dan angguk angguk je dengan Riki tu semalam. Dia nampaknya berkali kali nak main dengan Nazif. Si Nazif ni pula setakat senyum je dengan dia.. Semalam, lauk yang dihidang cukup Malaysia. Ada ayam

Belasah bukan cara mengajar anak

Saya ni makin malas nak menulis nampaknya..Adoi, kena penyakit M ni payah kan? Memang semata-mata malas, saya tak ada main game pun. Lepas postkan enty sebelum ni, saya berjinak-jinak lagi main game tu, tapi, bila dapat banyak komen yang nampaknya blogger ni terror main, kagum tul saya korang sampai level ratus! Tetiba lak rasa insaf diri. Tak nak saya teruskan main, takut akan jadi leka pulak.. Sekarang tahap tak leka pun asyik buat kerja tergesa-gesa, kalau dah lega entah apa jadi kerja-kerja saya.... Bercakap pasal tajuk ni, saya nak ceritakan kisah semalam. Kes pelajar saya . Tak sengaja nak menyibuk dalam kes murid saya yang kononnya cedera sebab jatuh. Saya bawa budak tu ke kaunselor sebab tak puas hati dengan jawapan dia. Lepas ditanya dalam bahasa dia baru dia mengaku kena pukul dengan ayah dia. Tak tahulah nak kelaskan kes dera ke tidak ni. Kalau korang tengok di tangan dia, kiri dan kanan, nampak macam kena cakar atau pun juga boleh kata kena rotan bertalu-talu. Bukan sa

Sambutan raya taska Naim

Image
Balik semalam, Papa N bagitahu cikgu Naim bagi tahu hari ni akan ada sambutan raya. Jadi, anak-anak diminta bawa baju raya. Naim pun nampak seronok je,  macam teruja pun ada. Banyak kali dia cakap dengan saya, "Mama, Naim nak bawa baju hari raya"  , " mama, jom kita pergi raya", "mama, mana baju hari raya Naim?" Ai, Naim ni.. Tengah dalam fasa tak berhenti bercakap. Pok pek pok pek je kerjanya semenjak beberapa minggu ni. Jadi, saya pun jawablah berkali-kali sampai dia puas hati dan tak tanya lagi.  Jadi, pagi pagi lagi tadi saya pun gosokkan baju melayu Naim yang ni. Naim suka sangat baju kuning ni. Harapnya Naim akan seronoklah dengan sambutan raya hari di sekolah hari ni. Sementara kecil ni, diorang seronoklah nampaknya kalau ada majlis macam ni. Kalau dah masuk sekolah menengah, tahu je ada majlis macam ni, semua pakat tak nak datang, bosan katanya..                                  Hensem anak mama dengan baju melayu kuning arini nampaknya..... Baru p

Terpengaruhlah pulak

Image
Gara-gara melihat Naim download pelbagai game di ipad, mamanya pulak yang terpengaruh main salah satu game yang ada. Asyik pula jadinya... Dua hari main sikit-sikit pun dah sampai level 13, rasa syoknya...                                     Tak boleh jadi ni. Semoga penyakit ni cepat berlalu wei! Tak jadi kerja kalau macam ni....

Puding Tetamu Tak Jadi

Image
Pelik nama tajuk ni. Kelakar pun juga,kan? Ni kisahnya berikutan rancangan apa nak dihidangkan untuk keluarga akak-akak saya dari Keramat yang nak datang beraya. Dah fikir-fikir aritu, saya bercadang nak buat puding triffle. Tak pernah saya cuba buat pun sebelum ni. Saja terlintas di fikiran saya nak buat. Dalam hati saya waktu tu, nak sediakan makanan yang tak pernah saya makan di rumah akak saya. Kak Ja saya ni memang pandai masak. Walaupun dia dah pesan, " tak payahla masak susah susah dik, sian ko ada anak kecik tu" , saya rasa tak patutla hidangkan sirap dan ayam goreng je kan? Dahla kedatangan kali terakhir diorang pun setahun yang lalu, masa umur Nazif 4-5 hari. Tetapi, tak pulak jadinya. Tetiba diorang ada hal, tak jadi datang minggu ni pulak. Bahan bahan nak buat puding triffle ni dah ada, jadi saya teruskan ajalah buat puding ni. Semalam, hampir pukul 12, saya masuk dapur dan sediakan puding ni. Dah rasmikan pun tadi. Nazif nampaknya seronok makan. Kali pe

Menyambut kedatangan

Lega dah siap kemaskan ruang bawah. Ruang bawah je tau.. Haha, itupun siap dengan bertungkus-lumus saya membanting tulang pagi ni ye..memandangkan MIL semalam bagi notis nak singgah solat kat sini sementara meneruskan perjalanan ke Muar, kenalah buat sesuatu ye.. Nanti terkejut pula MIL tengok rumah anaknya tak terurus.. Yang penting bahagian bawah dah nampak ok. Kat atas kita usahakan hujung minggu ni pulak. Haha. Dilema ibu bekerja kan? Ibu yang tak rajin macam sayalah. Selalunya kemas rumah pada hujung minggu sahaja, kalau hari bekerja sapu-sapu sikit-sikit je biasanya. Asyik letih lemah je kalau dah balik rumah lepas kerja. Jadi, masa malam yang ada gunakan untuk bersama sama dengan anak-anak. Dah lebih dua bulan kami dapat rutin macam tu sebab tak ada tetamu yang datang. Memang seronok dan tak stres bila balik rumah. Rumah selerak lain kira, yang buat tak stressnya maksud saya ialah bila kami rasa bebas nak buat apa di rumah. Hari ni, saya siap sapu, vakum dan mop lagi. Main

Tahniah Mama Aryan...

Image
Tahniah buat rakan blogger, MamaAryan.... Dah selamat bersalin baby girl, bersalin normal. Bayi seberat 3.28 kg ni comel betul, tak sempat saya nak postkan gambar kat sini, nak berkejar ke sekolah ni.. Apa apa pun tahniah buat MamaAryan.... semoga berpantang dengan gembira....Ai, syoknya kan? Bau bayi wangilah.....

Tangan yang memberi

Image
Hari ni nak bawa bekal paket duit raya. Kena selongkar sampul yang Naim dan Nazif dapat, boleh digunakan semula.                                    Bukanlah cikgu ni nak bagi duit raya kepada semua murid..Tak mampu tu. Kalau satu kelas dalam 37 pelajar, saya pula mengajar 6 kelas yang berbeza, jadi bayangkan berapa duit raya sediakan untuk bilangan murid yang ada. Ai, banyak tu.. Selalunya saya akan pilih murid tertentu yang akan dapat duit raya. Kalau musim macam ni, murid-murid memang asyik minta duit raya je kalau cikgu masuk kelas. Selalunya permintaan diorang ni sekadar melawak je, kita boleh faham. Tapi, sajalah nak bagi, bukan bagi dalam jumlah yang banyak pun setiap satunya. Lagipun budak-budak, inilah yang menggembirakan diorang, kan?  Macam semalam, saya bagi satu sampul kepada seorang murid yang siapkan cepat kerja yang saya bagi. Murid yang dapat tu senyum lebar sehingga habis kelas. Mungkin bangga agaknya sebab cikgu pilih dia, padahal dalam sampul tu bukan ada banyak pun,

Bila dah mula sekolah

Assalamualaikum semua. Dah tidur ke? Saya sebenarnya dah baring, kononnya nak tidur dah. Tapi, perut saya ni nampaknya kemain manja, amboi-amboi, tak nak membiasakan diri dengan rutin lama ye? Seronok dijamu dengan makanan tak berhenti-henti sampai mata tutup ye? Malam ni, setakat makan nasi dan lepas tu jamu mata dengan citer Korea, nampaknya perut rasa tak kemah. Itu yang asyik menyanyi-nyanyi je walaupun dah sepatutnya masa tidur. Ai perut.. Kena tahan, kalau tak nak jadi gemuk ye. Sekali sekala makan tak berhenti masa balik kampung tak pe tapi seterusnya bila dah balik ke rumah sendiri kena disiplin. Jadi, nak melalikan diri dan mendidik perut kita update blog dulu ye. Hari pertama ke taska setelah lama bercuti, Nazif tak nak minum susu formula yang diberikan. Terkejut juga saya mendengar laporan daripada Papa N tadi. Dalam hati saya berkata, ai anakku ni mogok ke? Tahan dia tak nak minum susu yang disuakan dari pukul 11 pagi hingga pukul 6 petang? Tapi, jangan buat apa-apa a

Cendol Bakar @ Dengkil

Image
Rancangan mengejut petang tadi akhirnya membawa kami jalan-jalan cari makan di Cendol Bakar @ Dengkil. Tak jauh rupanya tempat cendol ini dari BSP. Tak sampai setengah jam kami dah sampai di Jalan Dengkil- KLIA ni. Sebelum ni Papa N pernah makan cendol bakar di Kuala Selangor tapi saya tak ikut sama sebab merasakan tempatnya agak jauh. Masa kami datang tadi, memang ramai pelanggannya. Tapi servisnya sangat cepat, tak sempat duduk dah sampai cendolnya ! Bayar dulu masa order ye..Kami sampai pukul 5, elok sangatlah tu, kan? Gerai jualan cendol ni nampak biasa-biasa je, tapi bila makan cendolnya memang sedap . Satu untuk saya Satu untuk papa N.   Sama je sebenarnya pilihan kami tadi Cendol Pulut Durian, RM 3.50 semangkuk. Sedap, manis dan lemak rasanya, memang licin kami makan. Kuantiti duriannya pun ok dan rasa sedap, sesuai sangat dengan saya yang tak gemar sangat dengan durian. Nazif pun tumpang sekaki tadi. Tak padan kecil, seronok dia bila diberi hirup ais yang mencai

Bila ada pak cik muda

Image
Bila ramai-ramai berkumpul memang seronok, kan? Lagi lagi bagi budak- budak di usia Naim ni. Main je yang dia tahu, dengan sesiapa pun dia main. Nak ajak tidur malam pun kemain susah jadinya. Macam dia main dengan Uncle Arfannya yang berbaju biru dalam gambar kat atas tu. Walaupun bertaraf pakciknya namun, dia seronok je main tepuk hentam orang tu macam dia buat kepada sepupunya yang lain.  Naim ada dua orang pak cik yang usianya hampir sebaya Naim, iaitu anak kepada adik bongsu Opah Naim. Yang kelakarnya Naim panggil pak ciknya ni abang, manakala dua orang kakak kepada uncle- uncle Naim ni panggil saya Aunty  pulak, macam ada keliru pula kat situ, ahh  tak kisahlah labu..... nanti dia habis sekolah menengah dia faham lah agaknya, kan?

Bila dah sampai

Seronok rasanya apabila akhirnya dah sampai ke rumah sendiri. Merantau hampir dua minggu ni nampaknya damai sekali apabila dah jejak kami ke rumah sendiri. Kami sampai pun dah lewat tadi, hampir pukul 12. Anak-anak yang dah lena semasa di dalam kereta mulalah nak buat hal apabila sampai ke rumah. Adoi, risau kot-kot diorang ni tak nak tidur pula. Nampaknya tepat jangkaan saya, Naim je yang berjaya dipujuk supaya tidur semula, manakala Nazif pula sampai sekarang tak nak tidur, malah macam macam ragamnya ni. Mencabar betul, ingatkan dia lapar, maka saya sediakan makanan. Nazif makan kerepok yang saya goreng tu tapi sekarang ni menunjukkan tanda tanda nak main pula. Agaknya seronok dia sebab dapat balik ke rumah, itu yang dia tak nak tidur. Asyik senyum sengeh je masa main tu nampaknya.. Tadi masa nak masak kerepok tetiba bengang pulak. Dapur tak boleh guna. Tak naik api apabila ditekan butangnya. Ni baru tinggal dua minggu. Papa N kata esok jelah dia tengokkan. Kalau tidak nak kena

Berakhirnya cuti raya

Image
Panjang betul cuti raya kali ni. Dari BSP singgah ke Temoh, kemudian pergi ke Pasir Mas. Enam hari beraya di Pasir Mas, kami kembali ke Temoh. Akhirnya hari ni, barulah nak sampai semula ke BSP. Ngam ngam habis cuti dua minggu. Lamanya tinggalkan rumah sendiri.  Hari ni di Temoh, adakan majlis tahlil untuk arwah Opah. Dari awal pagi dah mula masak, kali ni masakan siap cepat, pukul 10 pagi semua dah sedia. Tahlil mula pukul 12 dan lepas tu jamu tetamu dengan lauk pauk yang dimasak. Menu kenduri tadi, jom kita tengok...                                     Rendang ayam kampung, ikan keli belado, ikan baung masak tempoyak dan udang dengan sambal petai... Paling laris nampaknya ikan keli, semua licin sampaikan anak beranak dalam rumah pun beberapa orang sahaja yang dapat rasa. Sambal udang petai pun sama. Lepas kenduri tu, kena masak lagi untuk dibawa balik ke rumah masing- masing. Permintaan daripada anak cucu yang datang.                                Penambah selera pula ada ulam ulama

Rendang ayam kampung

Image
Sesi bergotong-royong masak rendang ayam kampung dalam kuali besar untuk majlis tahlil arwah Opah esok. Sedang berbau wangi sekarang ni.. Orang lain bergotong-royong masak, saya bergotong-royong juga... ni kerjanya Naim dan Nazif.... apa lagi? Seorang asyik merengek, yang lagi sorang pula nak tidur kat atas paha mama....Abaikan baju tidur yang dipakai Naim tu, memang fesyen sekarang, budak suka pakai baju tidur kegemaran tak kira masa ye.. Budak itu Naimlah siapa lagi....

Anakku punya kerja

Image
Nampak tak frame gambar yang duduk tersusun elok tu..                                Bukan frame baru pun. Gambar lama, Papa N dan adik beradiknya pun masih kecil. Sebelum ni tak pernah Naim usik. Kalau ditunjukkan frame ni pun dia tak kenal mana satu papanya. Balik kampung kali ni, Naim jumpa pelekat hitam yang rasanya pelekat ni kalau guna nak gantungkan sesuatu pun booeh tahan kukuhnya. Dia tampalkan pula cantik di bahagian muka semua orang... kemain susah nak tanggalkan semua sampai ada lagi sikit yang memang degil, tak nak langsung tanggal.. Gelak semua yang ada melihat gambar ni waktu penuh dengan pelekat hitam tu...

Sedih di hari raya

Mood raya masih belum habis lagi, jadi boleh lagi tulis entry pasal raya kan? Balik raya kali ni nampaknya semua seronok dan gembira. Tentulah suka dapat makan sedap, jumpa sanak saudara yang jarang bersua dan yang paling penting dapat duduk bawah ketiak mak..haha..normal kan? Selain gembira tu, saya rasa sedih tau. Bersalah juga sama. Mungkin juga sebab sebelum balik ke Pasir Mas hari tu kami dikejutkan dengan kes kematian Opah Papa N. Bila balik ke Pasir Mas, dan lebih tepat lagi bila beraya di rumah nenek saya terasa sedih sangat. Nenek yang dah nyanyuk semakin nampak tak terurus kalau tiada anak cucu 24 jam di sisinya. Makanan yang diletakkan di telapak tangan pun tak tahu nak suapkan ke mulut. Tiada seorang pun anak cucu yang masih dikenali, namun mulutnya sentiasa senyum...sedih wei tengok macam tu. Takut pula kalau pulang lagi sekali dah tak dapat bersua muka macam ni. Dahla saya tinggal jauh..kalau jadi apa-apa bukan boleh terus sampai ke kampung. Anaknya, mak saya pun buk

Ayam penyet home made

Image
Tengah hari ni kami makan nasi dengan ayam penyet dimasak sendiri oleh chef dari Medan, Indonesia.. Dapatlah saya belajar sikit cara nak membuatnya. Ini yang nak dikongsikan ni. Bahan perapan ayam bawang putih bawang merah halia serai masako( kiub pati daging) kunyit hidup sambal  bawang besar bawang putih cili padi merah cili merah Tomato Ikan bilis belacan gula melaka/ gula kabung cuka Garam bahan perasa Cara memasak: 1. Mula-mula kisar semua bahan kisar sehingga lumat dan perapkan ayam. Sementara menunggu ayam sedang sebati dengan bahan perapannya, kita boleh sediakan sambal dahulu. 2. Gorengkan ikan bilis sehingga garing. 3. Gorengkan bawang, cili padi, cili merah dan tomato sehingga masak. 4. Tambahkan belacan bakar ke dalam kuali. Goreng lagi untuk beberapa minit kemudian tutupkan api. 5. Masukkan semua bahan yang digoreng tadi, termasuk ikan bilis dan juga minyak menggoreng tersebut ke dalam blender dan kisarkan semua bahan

Tak sabar nak balik ke rumah

Image
Masih lagi bersiaran dari rumah MIL saya. Papa N dah di Cyberjaya, kena kerja dah... Dia tinggalkan saya dan anak-anak kat Temoh ni petang semalam.. Sedih bunyinya, padahal kami ni tinggal sini sebab alang alang nak balik sebab esok petang nak datang semula ke sini untuk majlis tahlil arwah Moyang pada hari Sabtu nanti.. jadi, redha jelah.. Rindu suami? tak ada maknanya.. Saya tak sabar nak balik ke rumah sendiri sebab nak masak telur itik yang diberi oleh mak saya. Eh, mak kita bela sendiri 8 ekor itik tau.. Teruja Naim balik kali ni bila tengok neneknya ada bela itik. Asyik asyik ajak tengok itik je.. Nazif pun macam suka juga bila dibawa tengok itik yang ada. Terenjut enjut kakinya masa tu..                                      Lagi, risau juga saya lengkuas yang dibawa dari kampung tu selamat ke tidak. Papa N ni ingat tak pesanan saya suruh cucukkan lengkuas tu ke dalam pasu supaya tak kering benda tu..Nanti kalau nak masak sekali sekala yang menggunakan lengkuas, tak payahla nak b

Solat dengan anak kecil

Image
Dah lama saya terfikir nak buat entry ni, memandangkan di bulan puasa hari tu banyak kali saya tengok suami saya solat asar lewat petang. Semuanya kerana menunggu saya balik dari sekolah, yang ada masanya kalau jalan sesak, saya sampai ke rumah pada pukul 6.20 petang. Alasan Papa N adalah kerana khuatir anak-anak mengalami apa-apa jika dibiarkan sendirian semasa dia solat. Masalah ni juga berlaku pada saya. Tahu sahajalah, cikgu banyak cuti, suami pula tak macam saya. Bukannya pula saya ada pembantu rumah. Walaupun taska anak-anak dibayar penuh namun untuk menghantar anak ke taska sedangkan saya sedang bercuti, bukanlah pilihan saya. Tak sedap hati rasanya kalau macam tu. Anak-anak saya pula memang jenis yang aktif. Sama dengan mamanya ni. Mungkin bagi korang yang tak berada di situasi ni perkara ni taklah merisaukan korang. Namun saya percaya ada juga sebilangan ibu bapa yang mungkin ada masalah yang sama. Jadi, mungkin sedikit sebanyak entry ni akan membantu. Tengok sahajalah

Bila mama yang jaga

Image
Dah hampir dua minggu hero berdua ni berada dalam jagaan saya sepenuhnya. Makin manjalah diorang nampaknya. Minggu depan mesti meraung sakan kedua-duanya bila nak dihantar ke taska. Selalunya macam itulah yang terjadi... Sebelum ni, diorang ni kalau malam, tidurnya pada pukul 12-1 pagi. Bayangkan budak setahun dan tiga tahun yang aktif bermain, walaupun dah lewat. Tapi sejak berkepit dengan mamanya sendiri dalam dua minggu ni, nampaknya ada perubahan paten. Masuk pukul 10 malam je mata Nazif mula kuyu. Naim pun sama, banyak kali juga dia tidur awal, malah yang dianggap lewat pun taklah sehingga pada pukul 12 tengah malam.                                      Jadi, kalau hari biasa, nak salahkan siapa? Di taska pada siangnya diorang dah tidur banyak, jadi tak hairanlah kalau balik rumah diorang nak bermain sehingga lewat malam jadinya. Mamanya lah yang kena kawal perasaan dan banyak banyak bersabar nak layan karenah anak-anak ni... relax dulu sementara ada masa relax ni tak gitu.

Ni yang jadi malu.....

"Ini yang jadi malu, asyik makan tidur aje ni". Itulah kata-kata yang saya suarakan tadi masa bersarapan bersama-sama dengan keluarga mentua. MIL asyik suruh tambah. Saya pun apa lagi, walaupun mulanya agak malu, dah habis sepinggan nasi goreng, sambil senyum senyum, pelan- pelan bangun ambil sekeping roti canai pula. Masa nak ambil roti canai tulah saya lontarkan kata-kata ala-ala malu-malu kucing tu.. Haha... Bila lagi ye? Kalau di rumah sendiri, masa makan pun macam lari dari polis selalunya. Sambil gendong anak, sambil itulah suap makanan. Dengan orang tu entah bila nak berangkat balik, baik saya enjoy dulu, kan? MIL tanya bila nak balik, dia boleh buat tak tahu je.. Saya pun apa lagi, senyum je buat-buay mimik muka seolah olah nak bagitahu, "saya ikut bos". Mujurlah juga suami saya mintak separuh roti canai tu, tidaklah nampak bininya ni makan banyak sangat.

Bertapa

Image
Semalam kami sampai dari Pasir Mas dan kononnya nak singgah di Temoh ni dua malam sebelum bertolak balik semula ke BSP.  Luarannya nampak seronoklah dapat berehat kat rumah mentua, makan FIL yang masak, saya tunggu suap ke mulut je. Lagi, tak payah fikir kerja sekolah yang banyak ke susah ke. Bila lagi nak bermanja manja macam ni?  Tapi, bukan itu hal yang terjadinya. Jenis orang yang tak senang duduk diam ni, ai, naik tensen pula bila tak ada apa perkara yang dibuat. Nak menonton tv pun rasa jemu. Yang seronok menonton tv bagi saya sejak ada dua orang anak ini ialah apabila pasang cerita drama korea kegemaran dalam versi alih suara dan saya dengar ke percakapan sambil melakukan kerja rumah. Sesekali jenguk tengok  riak wajah para pelakon korea tu terasa seronok sangat. Ini yang orang katakan, manusia ni tak pernah puas, kan? Lapang sangat pun rasa tak syok. Suami saya lak buat tak faham je. Dia perasan masih anak manja agaknya. Dah diberi hint pun buat tak tahu je. Ai, kalau dapat kel

Menerima duit raya

Image
                 Tahun ni Naim dah mula pandai menerima duit raya. Dapat je sampul, dia tunjuk muka seronok dan senyum panjang. Pada hari pertama, Naim masih pakai baju melayu, jadi bila dia dapat je sampul duit raya tu, Naim terus renyukkan sampul untuk masukkan ke dalam poket baju melayunya.  Tidaklah banyak sangat duit raya yang Naim dapat. Kami tak banyak jalan pun sebenarnya. Cuma sempat berjumpa sedara mara yang datang bertandang ke rumah ayah saya dan juga rumah nenek sqya. Tapi antara kejadian yang menjadi gelak ketawa ramai orang ialah semasa sedara mara dari KL datang, sekaligus Naim dapat tiga sampul duit raya. Naim terus cakap, " banyaknya duit raya Naim". Sedara yang memberi tu terus tanya dia, " Awak nak buat apa duit raya ni?" ... Pantas pula Naim menjawab, " Nak beli ais krim! "...

Kisah raya

Kisah 1 A dan B merupakan pasangan kekasih yang dah bercinta sejak awal tahun 2010. Raya kali ini sangat bermakna buat kedua-dua orang anak muda ni memandangkan A akhirnya menghantar rombongan meminang B secara rasmi pada hari raya yang kedua. Malam raya tu kedua duanya tidur tak lena, sebab terlalu gembira akan bakal jadi pasangan rasmi tak lama lagi. Kisah 2 C dan D merupakan pasangan yang telah hampir 14 tahun berkenalan. Pasangan yang mula berkenalan semasa di sekolah menengah ni, dah pun 7 tahun bernikah. Kagum betul melihat pasangan ni, walaupun seorang berasal dari selatan dan seorang lagi berasal dari Pantai Timur, setiap kali sambutan hari raya, tak pernah diorang bertekak tentang masalah beraya di mana. Malah, selalunya ,si suami akan beraya di selatan, iaitu rumah mertua dan mula balik ke kampung sendiri pada hari ketiga. Tak pernah nak membuat muka atau merajuk. Kisah 3 E dan F pula pasangan yang baru ada anak. Masih baru juga usia perkahwinan diorang. Beberapa

Perginya seorang hamba Allah

Rasanya inilah kali pertama saya merasa pengalaman penuh bila ada ahli keluarga meninggal dunia.. Kali terakhir ada ahli keluarga saya yang meninggal dunia ialah pada 9 tahun lepas, apabila moyang saya meninggal dunia. Tapi pada waktu tersebut saya masih lagi belajar di universiti di utara jadi, saya cuma sempat sampai ke rumah apabila arwah telah selamat dikebumikan. Setiap yang berjiwa  akan merasa mati....(syrah Ali'Imran:185) Kali ni, sempat saya melihat dari sebelum mayat dimandikan, dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan sehinggalah di bawa ke tanah perkuburan di Selekoh, Teluk Intan, iaitu kampung kelahiran arwah Opah dan juga tempat yang sama arwah atuk(suami Opah) dikebumikan. Cuma saya tidak ikut ke tanah perkuburan kerana menimbangkan Nazif yang masih kecil, risau tidak selesa dengan cuaca panas. Rasulullah bersabda: "Empat amalan yang dikerjakan semasa hidup dan bisa mengalir pahalanya walaupun setelah meninggal dunia: Seseorang yang meninggal kan ket

Syawal tanpamu

Benarlah kata kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan segalanya. Perancangan asal kami nak bergerak balik ke Pasir Mas pagi esok terpaksa ditunda akibat mendapat berita kematian Opah (nenek Papa N) pukul 6.30 petang tadi. Kini kami dalam perjalanan balik ke Temoh untuk urusan pengebumian arwah yang dijangka dibuat awal pagi esok. Sebak menerima berita sedih ini petang tadi. Walaupun semasa kami balik cuti Nuzul Quran hari tu arwah dah memang nampak tak bermaya, namun pemergiannya di saat umat Islam nak menyambut Syawal ni rasanya terlalu mengejut. Arwah bagai kepala keluarga. Selalunya bila raya, anak cucu yang berjumlah lebih 50 orang akan berkumpul di tempat yang arwah berada. Semoga Allah merahmati roh arwah..Tempatkanlah Opah kami bersama-sama orang yang beriman...amin

Spa tawar rawatan muka guna najis burung

Image
Macam macam cara orang nak cantik sekarang. SEORANG pelanggan sedang mendapatkan rawatan kecantikan muka menggunakan sejenis krim rawatan berasaskan najis burung bulbul kelmarin.- AP NEW YORK - Sebuah pusat rawatan kecantikan dan spa mewah di sini menawarkan khidmat rawatan kecantikan muka menggunakan najis burung pada harga AS$180 (RM586). Pemilik spa Shizuka New York itu, Shizuka Bernstein berkata, pusat kecantikannya menawarkan khidmat rawatan tradisional Jepun dengan menggunakan najis burung bulbul bersama dedak beras yang diimport khas. Setiap bulan seramai 100 wanita dan lelaki datang ke salon kecantikan kulit Shizuka New York itu untuk mendapatkan rawatan. Salon itu terletak berdekatan Fifth Avenue Manhattan. "Kesemua pelanggan datang ke situ untuk mendapatkan rawatan sebagai cara untuk memastikan kulit muka menjadi lembut dan licin," katanya yang telah menawarkan rawatan itu sejak lima tahun lalu. Tambahnya, sejenis enzim di dalam tahi burung itu juga dipercayai mampu

Rezeki akhir Ramadan

Image
                               Terima kasih atas hadiah FM comel ni, LM. Nazif cukup suka, dah beberapa kali dia main sebelum kami lekatkan di peti sejuk. Tak sangka pemilik blog lydiamiza.com ni sempat hantarkan hadiah ni, di samping sibuk membuat pelbagai jenis kuih dan biskut raya...Memang gigih orangnya...Apapun LM, terima kasih sekali lagi ye... semoga dimurahkan rezki LM seterusnya.  

Mencabar tul : Daku nak beraya jugak

Image
Semalam, dengan penuh daya dan kesungguhan saya dah berjaya tidurkan Nazif pada pukul 9.30. Awal betul,kan? Bagi korang yang anak dah biasa tidur awal, itu tak heranlah kan? Tapi bagi Nazif yang rutinnya tidur pukul 12 dan ke atas ni, tu dah kira satu pencapaian yang sangat membanggakan.. Tidak pula Nazif ni bangun kemudiannya, sebab mamanya pun dah lena sama-sama dengan dia. Haha, korang jangan ingat ni sebab saya nak jaga kualiti tidur supaya muka dan mata akan nampak berseri di hari raya... Tujuan saya tidur awal adalah kerana hari ni memang niat tak nak tidur selepas subuh. Banyak lagi kerja yang perlu diselesaikan menjelang sekolah bercuti ni. Hari-hari terakhir ni pun bertimbun lagi kerja menanti. Tapi, nampaknya rancangan saya ada sedikit gangguan. Tadi, seawal pukul 3.50 am Nazif dah bangun. Melihatkan matanya yang bulat tu, saya dah agak dah, ni mesti dah puas tidur. Budak kecil ni ajak mamanya main! Dah puas main cak cak, geletek dia, kejar dia jalan, dia tengok zikir d

Dah besar baru nak cuba

Image
Kedua- dua anak saya tidak dibiasakan tidur di dalam buai. Sama ada Naim ataupun Nazif sekarang ,   kedua-duanya akan lena tidur di bawah ketiak mamanya.. hihi, maksudnya tidur berkepit dengan mama di tilam sahaja. Kalau masa Naim kecil dulu, kami masih tinggal di Taman Tun Aminah, sedangkan Papa N berkerja di Shah Alam, maka kami selalu kena ulang alik, jadi Naim diajar tidur di tilam je supaya mudah sekiranya kena ulang-alik. Lagipun, semasa menyewa dengan rakan-rakan, rasanya Naim lagi selamat tidur di tilam dan di toto je berbanding tidur di dalam buaian. Tak nak menyusahkan rakan nak tengokkan anak saya kalau sesekali saya nak ke tandas semasa Naim tengah tidur. Jadi, bila ada Nazif pun kami teruskan kaedah yang sama. Walaupun ramai yang cakap anak mudah tidur dengan buai, namun bila terbaca kesan tak baik akibat penggunaan buai, sekali lagi kami cuba lenakan Nazif dengan kaedah biasa. Dah nak masuk setahun pun, nampaknya agak menjadi, walaupun sejak tiga bulan kebelakangan ni Naz