Posts

Showing posts from January, 2013

hadiah menangis

Image
Alhamdulillah dua hari yang penat ni akhirnya berlalu juga. Esok tak perlu lagi saya keluar dari rumah seawal pukul 6.50 pagi.

Petang tadi suasana tak macam biasa. Naim tak menunggu saya di pintu. Naim juga tak bergegas keluar untuk membuka pintu kereta bila saya sampai. Mengharapkan Naim datang angkut beg sekolah saya pun tak kesampaian. Terasa lain pula bila tak disambut dengan senyuman manja Naim macam yang biasa dilakukannya. Walaupun selalunya saya gelakkan Naim bila dia cakap, "mama, masyuk," , hari ni bila dia tak ada pun kat depan kereta memang jadi rasa lain.

Bila dijenguk rupanya Naim sedang menangis di dalam rumah. Dia kena marah sebab nakal dan usik adik. Kesian tengok dia menangis tu, saya tak jadi masuk ke dalam rumah. Sebaliknya saya ajak Naim ke 7-eleven yang dekat dengan rumah.

Bila balik papanya tanya, "aik, menangis pun dapat hadiah?"..

ha..memang pun, nak pujuk dia tadi mama belikan ikut apa yang dia nak.. Jadi dapatlah 3 batang ais krim solero,…

Lain lain

Korang sangka tak seorang yang berbadan besar, tinggi dan bersuara lantang yang mampu mendiamkan ratusan insan lain dengan hanya menjerit tanpa bantuan pembesar suara, tapi di sebalik semua kehebatannya tu kelemahan yang tersembunyi ialah insan ini seorang yang menggigil bila memandu kenderaan. Malah, insan ini lebih rela menunggu lama untuk menaiki kenderaan awam atau menumpang kenderaan rakan daripada memandu sendiri.. penyeksaan batin baginya jika memegang stereng kereta..

Korang juga sangka tak seorang yang mampu mengajar 150 orang di sesuatu masa dengan baik tetapi bila diminta memberikan ceramah atau membentangkan sesuatu kepada pihak lain insan ini akan lemah lututnya serta ketar suaranya?

Panjang pulak induksi saya kali ni. Sebenarnya saya nak tulis tentang kelemahan diri. Kita sebagai makhluk ciptaan Allah ni tak lari dari kelemahan, kan? walaupun sehebat mana pun seseorang tu akan ada kelemahan yang tersimpan dalam diri seseorang tu. Bukan mudah nak kita atasi kelemahan diri…

agi hidup agi gelaban

Selagi hidup selagi berjuang.
Hari ni saya bertugas seawal pukul 7.30 pagi lagi berikutan ada majlis penting di sekolah. Walaupun tugas hari ni mencabar bagi saya yang lemah ini, saya mengharapkan Allah memberkati saya. Semoga semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan. Semoga saya dapat mengatasi "my fear factor".

2nd GA - Kain pasang

Image
akhirnya sempat juga saya join GA Cik Puan Intan Berlian yang gigih orangnya ni..
Rakan yang rajin macam ni memang kena sokong... Kalau sesiapa lagi yang belum sertainya, klik gambar kat atas untuk kita sama-sama memeriahkan GA ni ye...

sama tak?

Image
Malam tadi terasa susah nak lelapkan mata lak. Akibatnya, saya taip entry ni pada pukul dua pagi.

Macam-macam di fikiran sebenarnya. Sambil sambil ambil mood nak tidur dah berapa kali saya pasang bacaan surah Al Waqiah, mohon semoga Allah permudahkan urusan harian saya seterusnya.

Dua hero saya yang tengah lena tidur ni comel betullah. hehe, kalau mama tak puji anak sendiri, siapa lagi yang nak puji diorang, kan? dua beradik ni tidur gaya sama je, yang beza cuma sebab selimut.  Saya cuba didik Nazif tidur berselimut macam saya, sebab Naim memang jenis takkan pakai selimut. Kalau lena sangat pun, selepas beberapa jam bila dia dah perasan dia diselimutkan dia memang akan campakkan selimut tu. Walaupun sejuk sangat, jarang sekali selimut lekat di badan Naim.


muka diorang ni sama tak? Kalau saya jalan di kawasan kampung, saya mudah dicam oleh orang yang saya ni anak mak saya atau adik kepada Kak Long saya. Kata diorang memang muka kami saling tak tumpah. Kalau budak dua beradik ni nampak …

Perlu ke marah anak?

Ada masanya yang kita sebagai ibu bapa perlu marahkan anak tetapi dengan syarat marah tu perlulah kena caranya serta perlu bagi anak yang dimarah tu faham sebabnya mengapa dia dimarah.

Saya ni kadang kadang bila balik dari sekolah, malam terutamanya saya banyak bersuara lembut dan mengambil pendekatan memujuk walaupun Naim ada kalanya aktif dan nakal. Seharian berdepan dengan ratusan murid saya rasa dah tak nak lagi meninggikan suara. Dah penat marah atau berpura pura marah untuk mengawal kelas. Bila dengan anak sendiri, saya rasa lebih baik menggunakan pendekatan yang lembut selagi dia tak melebihi batasnya.

Tapi bila masa tertentu yang saya rasa Naim dah tak kena dengan kaedah berlembut ni, saya memang meninggikan suara untuk halang kenakalan dia. Tapi ada masanya sebagai ibu, rasa sedih bila marah anak yang kecil macam tu. Selalu saya rasa yang budak manja macam Naim ni nak perhatian lebih dan dia sebenarnya menunjukkan cemburu dengan perhatian lebih yang diberikan kepada adiknya d…

peminat

Image
Disebabkan permintaan anak buah saya supaya saya rajin edit blog, pagi ni saya gigihkan diri dan perah otak untuk menulis.

Anak buah yang suruh saya ni ialah anak bongsu Kak Ja saya. Rasanya dalam keluarga saya, dia dan kakaknya aja yang rajin ikuti perkembangan blog saya ni. Suami saya sendiri pun tak macam ni. Terharu juga bila dapat tahu ada orang tertunggu -tunggukan kita, kan?

Cakap pasal tertunggu ni, saya rasa bukan diorang minat sangat tunggu saya update blog sebab saya ni tulis bagus sangat. Setakat tulis ikut suka hati saya ni apalah sangat..Diorang ni suka baca bila saya tulis tentang Naim dan Nazif sebenarnya. Maklumlah, tak dapat jumpa selalu, tapi Nazif dan Naimlah saudara diorang yang paling kecil dan comel, yang lain semua dah besar.

Saya faham perasaan ni. Ingat lagi masa kecil dulu, saya dah mula tertunggu tunggu kepulangan dan panggilan daripada kakak kakak saya sebab nak tahu perkembangan anak anak saudara. Rasanya sebab kasih sayang antara ahli keluarga, kita akan…

Bila anak banyak cakap

Mulut Naim bukan main riuh sekarang ni. Dulu pun riuh juga, tapi sekarang ni makin banyak pula perbendaharaan katanya. Kadang-kadang dah cakap macam orang tua. Pengaruh Upin Ipin pun ada juga yang tak baiknya. Nak tahu kenapa? Naim ikut cakap "aku" untuk membahasakan dirinya. Tapi mujur juga bila ditegur dia akan cepat tukar, tapi tak lama esoknya dia buat lagi. Memang kena banyak sabar.

Sekarang ni dah pandai Naim ni mengajuk orang lori yang lalu kat depan rumah untuk beli barang terpakai. Ada ke patut bila je dia dengar lori tu pasangkan , " barang lama tukar baru", dia akan cakap, "Mama lama, tukar baru"... geram tul. Tahu pula dia gelakkan saya bila saya marah dia cakap macam tu..

Ni belum lagi Naim jumpa ramai kawan, kalau dah masuk sekolah macam mana ye? saya mulalah bayangkan yang akan datang walaupun lama lagi. Cabaran jadi mama ni macam-macam ye...



orang kuat pun boleh jatuh sakit

Image
Malang tak berbau.....selama saya masuk keluarga mentua ni, Ajoy iaitu adik bongsu suami saya, saya lihat macam-macam pertolongan yang dia buat untuk ahli keluarga yang lain.

Mungkin fizikal Ajoy yang besar dan tinggi serta status tak kahwin lagi, memudahkan dia nak tolong ahli keluarga.. Tapi, lepas subuh pagi tadi ajoy ditimpa kemalangan. kenanya di jalan SKVE nak ke tol Saujana Putra.

Tengok ajelah keretanya.. orang bengkel kata total loss. mujur lah tuannya tak cedera parah, cuma cedera ringan dan kena banyak rehat.

Mencuba makanan korea@ the street cafe

Image
Nak sangat cuba makanan korea, bila terbaca tentang The Street Cafe dalam majalah Rasa, kami tadi pun buat keputusan nak mencuba makanan halal korea ni. Restoran yang terletak di jalan SS 15/8 ni nampaknya menarik hiasan dalaman yang bercirikan korea dan sepanjang kami makan pun lagu- lagu penyanyi korea yang dipasang.


Buku menunya pun menarik, berbentuk jalan raya yang boleh dibuka untuk lihat senarai makanan dan harga lengkap.
Makanan yang saya makan tadi.. Namanya bulgogi deopbab atau BBQ beef  , kena dengan selera dan sedap. Kuantitinya banyak dan harga RM 16.90 rasanya tak mahal sebab banyak bahan yang terdapat dalam nasi goreng ni. Namun satu je yang tak sedap di mulut saya, iaitu kimchi yang dihidangkan sebagai sampingan tu. Sebelum ni saya tak pernah cuba kimchi, jadi sebelum ni tak dapat bayangkan macam mana rasanya. Kalau macam ni rasanya bagi saya makan tanpa kimchi pun tak apa. hehe , peminat kimchi jangan marah saya ye..


Papa naim pula makan ni.. Namanya  ikan Saba... Se…

pertimbangan semasa pilih perabot rumah

Image
Kata namanya cikgu, tapi korang jangan gelakkan saya sebab kat rumah saya tak ada meja belajar. hihi.. sebenarnya sebelum ni ada saya rancang nak beli meja untuk memudahkan saya nak tanda buku anak murid, tapi asyik tak jadi je.

bukan apa yang menyebabkan tak jadi tu. Naim ni sejak kecil lagi suka panjat meja. Saya selalu fikir, kalau ada meja dalam bilik takut dia panjat dan ada risiko dia jatuh, bahaya pula, kan?

Namun akhirnya saya beli juga meja sebab memikirkan kepentingannya. Tapi demi menjaga keselamatan Naim, saya pilih meja yang boleh dilipat jika tak nak guna tapi pada masa yang sama dah terpasang di dinding rumah. Rasanya meja ni menepati keperluan saya, serta selamat untuk Naim, dengan syarat jangan lupa tutup semua selepas guna supaya Naim tak dapat naik ke atasnya.

Sementara anak-anak masih kecil ni rasanya saya memang takkan tambah banyak perabot dalam rumah ni. Selain banyak ruang untuk anak anak bermain, harapnya dapat kurangkan risiko anak cedera juga. Biarlah orang …

mama jangan berblog semasa jaga anak..

Image
Nilah padahnya bila mama asyik berblog sedangkan anak kat tepi main bedak...

nak marah Naim pun tak guna, mamanya yang duk buat kerja lain. Dia pun apa lagi, sedap je tuang bedak macam dapat anugerah.. padahal ni bukan lama, betul ni, rasanya masa jadi macsm ni tadi, saya tak tengok dia dalam 3-4 Minit je... dia buat ni pun kat sebelah saya je...

ai sayang, macam-macam sayang buat ye.. Memang aktif anak saya ni.

rasanya dia cuba nak buat macam bro bangla cuci kereta...

kali pertama menggunakan windows 8.

Image
kali ni saya buat entry sebab jakun bila tengok sistem operasi windows 8. Memang canggih, dan bagi saya yang tak pernah guna ni memang terasa terkial-kial nak menekannya.

bukan sahaja interfacenya yang lain daripada windows 7 malah fungsinya pun banyak lain juga.  Korang tahu tak, nak shut down pun berbeza caranya.  Mula -mula tadi  tak reti nak shut down, sampaikan terpaksa tengok video dari internet yang tunjukkan bagaimana nak guna windows 8 ni.
Rupanya sistem dia ni ala-ala sistem Apple, pengguna kena sign in dengan email. untuk shut down dalam sistem ni dipanggil sign out pulak. macam kita sign out email sekali masa tu.. 
Kalau bukan notebook sendiri pun, elok kita tahu serba sedikit tentang perkembangan terbaru ni. Tadi pun saya tengok notebook yang sedara saya punya je. Sekurang-kurangny a ada ilmu tambahan.. setakatnya tak adalah perancangan nak beli baru, setakat guna untuk buat kerja sekolah , buat apa yang canggih sangat..

apa bakal jadi mangsa panggang ni?

Image
Ha.. Dah dua minggu beli pemanggang avon ni tapi bendanya masih dalam kotak lagi.

Kononnya beli ni nak masak macam macam. Bila dah ada tak ada idea lak nak masak apa.
Mujur beli dengan kad avon kakak saya dapat harga RM 94 je. Beriya hari tu kirim dengan dia, sampaikan kakak saya beli barang untuk membolehkan dia beli pemanggang ni untuk saya. Terima kasih ye..

Ai..tengoklah nanti.. Saya cuba rajinkan diri..
Published with Blogger-droid v2.0.10

macam mana nak fahamkan anak kecil: ELEKTRiK TAK ADA

Semalam lepas maghrib tiba-tiba tak ada elektrik. Bila dah tak ada letrik ni, tentulah suasananya gelap, rasa sunyi dn panas. Tapi mujur juga waktu tu baru lepas hujan lebat dan sebenarnya masih lagi hujan renyai -renyai kat luar, jadi taklah terasa panas sangat.

Orang yang paling kecoh semalam ialah Naim. Beriya-iya dia minta lampu. "mama, bukalah lampu, gelaplah". berkali-kali dia cakap, " mama, naim nak buka lampu". Bila saya cakap, " naim, tak ada elektrik sekarang ni" , dia sendiri pula panjat sofa untuk tekan suis lampu. Berkali-kali jugalah dia tutup buka suis lampu tu.
Tak puas hati lagi dengan kedaan gelap tu dia himpunkan semua alatan elektronik yang ada supaya lebih cerah. Yang lagi kelakarnya, masa pekerja syarikat penghantaran datang hantar barang semalam tu, kecoh Naim mengadu rumahnya gelap tak ada lampu.
Padahal ni bukan kali pertama elektrik tak ada sejak Naim besar ni. Mungkin ni dah sampai masa di mana dia terasa nak tahu situasi ni. Ka…

anak nakal ke penjaga yang tak beri perhatian?

Image
korang tengok gambar-gambar ni...
kesian Naim, balik dari taska dua hari ni bercalar mukanya.
hari Isnin ada sikit, semalam saya tengok bertambah lagi calar di mukanya.
Ikut kata papanya yang ambil diorang, cikgunya bagitahu yang Naim dan kawan bergaduh, sebab tu muka jadi macam tu.

Ni kali pertama kes macam ni terjadi.
Setakat ni, saya memang tahu Naim kadang-kadang nakal tapi kami sentiasa pantau apa dia buat.
macam mana sampai boleh banyak calar singgah kat muka dia tu?
tengah pikir ni...






perancangan Allah tak kita tahu..

Image
kebelakangan ni semakin kerap saya susah hati memikirkan perlu ke tidak saya menukar pekerjaan. Entah beban kerja yang bertambah yang menyebabkan urusan di rumah kelam kabut atau mungkin juga keadaan di rumah yang tunggang terbalik tu yang menganggu tumpuan saya di sekolah terganggu.

Namun, setakat hari ni belum lagi saya berani buat tindakan drastik. Sebaliknya saya cuba berfikiran positif, mendoakan situasi ni bakal berlalu cepat. Mana mana kerja yang mampu saya selesaikan akan saya selesaikan secepat mungkin. Saya juga memberi masa kepada diri sendiri untuk mencuba dan bertahan sedaya yang mungkin.

perancangan yang Allah dah buat kita tak tahu. Itulah kata-kata yang jadi penguat jiwa saya kebelakangan ni. Saya kuatkan hati untuk sabar, bertahan dan tak panik dengan situasi yang dihadapi.

Dalam entry sebelum ni saya ada beritahu yang ada terasa nak makan nasi arab tapi tak sempat nak pergi makan disebabkanmaca-macam hal. Saya pun tak sangka, dalam minggu ni je dah dua kali ke res…

Rindu...........

dah pukul 10.30 malam, saya belum lagi dapat jumpa, peluk dan cium hero-hero saya. Hari ni bila balik, sunyi sepi je rumah ni. Suami dan anak-anak ke Kajang sebab menziarahi Opah yang sedang sakit..

Memang terasa rindu sangat kat diorang. Lagi-lagi dengan Nazif yang selalunya memang takkan boleh berenggang daripada mamanya ni. Harapnya diorang akan cepat balik.. Tadi masa pam susu dah dapat 6 oz..

Di samping tu, harapnya Opah kami akan beransur pulih. Semoga Allah panjangkan usia Opah dan diberikan kesihatan yang baik kepada Opah seterusnya...esok saya pergi ziarah Opah ye..

makan bubur aje lah....

assalamualaikum semua..
terima kasih saya ucapkan kepada semua yang mendoakan kesihatan suami saya semasa menempuhi pembedahan membuang tonsil Isnin yang lalu. Dah selamat dan dibenarkan balik petang Selasa lagi. Cuma sementara masih terasa sakit di bahagian yang dibuang tu, suami saya dinasihatkan makan bubur dan ais krim sahaja.

Seronok jugakan? sebab sakit dapat makan aiskrim banyak-banyak.. hihi... Bak kata doktor yang merawat tu, isteri tersayang ni pun belilah aiskrim yang berperisa vanila untuk suami. Tapi nampaknya Naim yang sihat walafiat ni yang makan lebih-lebih. Bukan aiskrim je, bubur papanya pun dia  boleh makan sampai 2 mangkuk penuh sekali makan. Bayangkan, banyak tu.

Masa di hospital hari tu, sedih dan kesian tengok suami saya masa mula-mula dimasukkan ke bilik wad selepas selesai pembedahan. Dengan tak bermayanya dia pada waktu tu, tentulah tak bermaya sebab dibius seluruh badan, kat mulut dan sekitar bibirnya masih lagi ada kesan darah. Suami pun mengadu yang melal…

saya nak jadi positif

Tajuk yang tujuannya nak memotivasikan diri saya sendiri. Kalau kita tak bersikap positif lagi banyak masalah akan melanda kita, kan?

Walaupun rasa sakit tekak, saya dah bangun pukul 5 pagi sebab banyak perkara yang nak diselesaikan. Memang seminggu ni hidup saya rasanya memang tak cukup masa je. Banyak perkara yang nak dilaksanakan sampai banyak yang kena tunda sebab suntuk masa dengan kudrat yang ada.. hasrat nak makan laksa johor dan nasi arab pun peram dululah nampaknya....apa leh buat..

Hari ni saya bercuti rehat sebenarnya. Bukan cuti suka suka ni tau..Tengah sibuk pun cuti lagi, sebab nak temankan suami yang akan menghadapi pembedahan membuang tonsil hari ni. Semoga segalanya berjalan lancar hari ni ye.. Baru semalam suami tidur di wad, memang terasa wooo...kat rumah ni lain je suasana  ...padahal selalu saya merungut suami banyak relax je bila saya dah balik.. Hihi..

situ pun boleh baring...

Image
Nampak tak budak tu baring kat mana? Bahaya kan? Jangan tiru aksi ni ye..Published with Blogger-droid v2.0.10

3 hari

Wah, tak sangka rajin saya hari ni.. Dalam setengah jam dah ada dua entry sempat ditulis kat blog ni. Sesekali ilham datang, tulis je lah kan? Jangan jemu nak baca ye..

Teringat nak ceritakan pengalaman tiga hari di tahun baru ni..Setiap hari memang saya rasa sedih nak pergi kerja. Bukan apa, bukan sebab tak suka kena kerja, kan saya dah bermotivasi.. Sebab saya sedih bila nak pergi kerja adalah kerana terpaksa meninggalkan anak-anak.

Naim ni akan menangis dan boleh dikatakan meraung bila nak tinggalkan dia di taska. Nazif agaknya sebab tak faham apa-apa lagi, dia ok je.. hehe. mama lak yang sedih lebih.. dan nak menunjukkan Naim ni manja dan sedih, setiap hari dia akan tunggu saya di pintu rumah bila menjelang pukul 7 malam. Bila saya keluar je dari kereta, cepat-cepat dia akan keluar, pegang tangan saya dan ayat dia tiga hari ni, " Mama, Naim nangis pegi taska,"

Macamlah mamanya tak dengar dan tak tahu yang dia nangis. Tapi saya tetap layan Naim. Lepas tu sesaja tanya ken…

Makan sorang

Selamat pagi semua..
Lama tak menulis, kononnya sibuk sangat ye? hehe...memang agak sibuk mula-mula masuk sesi baru ni..nak pam susu pun tak sempat, akibatnya, nazif dah kena campur susu masa berada di taska. Mamanya sempat bekalkan susu badan dalam 5-10 oz je sehari dalam tiga hari bekerja ni..

Hari ni seperti biasa saya bangun awal. Nazif tadi teman mama, tetapi masuk pukul 9 ni dah tidur pulak. Itu yang ada masa nak update blog dan BW sekejab..

Berkenaan dengan tajuk makan sorang ni, tadi saya masak mee. Memang kuantitinya tak banyak, tapi biasanya suami saya memang tak makan banyak bila dihidangkan sarapan. Tapi disebabkan sampai pukul 9 tadi dia belum bangun, saya dah habiskan sorang mee goreng yang sedap tu..haha..takpe, nanti dia dan Naim bangun saya sediakan kentang goreng dan telur separuh masak pulak..

Pagi yang indah

Image
Assalamualaikum.. Korang gembira tak hari ni? Ramai yang cuti hari ni kan? Kalau saya memang lega, sebab hari ni dapat rehat kat rumah je. Dah banyak hari asyik bergegas ke sekolah je kalau waktu pagi macam ni.
Tapi sebab dah biasa bangun pagi hari ni pun saya bangun pukul 5 pagi juga. Malah, dah siap pun kuah sizzling yee mee.. Ada kawan nak datang ke umah nanti, nak datang tengok baby katanya. Nazif dah besar ni, ada kawan nak datang lagi, dialu-alukan je.. harapnya yee mee yang saya masak ni boleh menepati selera dia lah.
Sempena hari yang baik dan indah ni, saya pun nak ambil kesempatan ni untuk ucapkan selamat tahun baru kepada semua yang mengunjungi blog ni.. Semoga Allah rahmati kita semua seterusnya..  Marilah kita sama-sama perbaiki diri dan ada mind set yang positif untuk masa seterusnya..

 makan-makan dan BBQ jiran0jiran di lorong rumah kami sempena tahun baru


Yang paling tak dapat lupa masa makan-makan ni, ada akak sebelah rumah saya ni cakap ," tahun lepas masa bua…