Sekadar meluah

Tadi kami ke Shah Alam, ada urusan di pejabat kerajaan. Kecewa betul. Nak salahkan siapa pun rasanya tak boleh. Masing-masing mengambil kesempatan pada masa cuti ni nak selesaikan urusan yang berkenaan. Orang lain ada hal, kita pun ada hal, jadi bab kesesakan ni saya faham dan boleh terima lagi.

Tapi, staf yang berkenaan bukankah sepatutnya lebih memahami keadaan ini? Kenapa tak disediakan lebih kaunter untuk melayan pelanggan yang beratur sehingga ke koridor? Kenapa daripada 8 kaunter, cuma empat sahaja yang dibuka, sedangkan tahu pelanggan yang sedang menunggu macam sardin? Kesian bagi pelanggan di usia emas atau yang ada anak-anak kecil seperti saya ni, terpaksa juga berhimpit dengan pelanggan lain yang ada.

Akhirnya saya balik tanpa siap urusan yang sepatutnya. Apa nak buat? Kedua Ahmad ni dah mula mengamuk kegelisahan dihimpit tidak selesa. Lain kalilah nampaknya.
Kerusi pun patah tak berganti... sedih! 

Comments

  1. Nak buat camana kan AN..tapi kena jugak pegi lagi..kalau tak urusan kita lak yang tak selesai

    ReplyDelete
  2. bukan nak salahkan agensi kerajaan ke apa,tapi memang selalu macam ni pun kan!entahlah..

    ReplyDelete
  3. Aisy saya pun dah buat aduan dkt KPM ttg situasi saya tadi , sgt2 stress last2 sy malas dah nk merayu bagai , tunggu tel tak berangkat , bila dpt ckp dpt lak feedback yg mengecewakan .. Mcm mana la nk maju kan kalau hal mcm ni pun masih jadi

    ReplyDelete
  4. pergi mana yang sadis sgt tu

    ReplyDelete
  5. Situasi biasa di M'sia ... Part kerusi tu pun boleh buat tak nampak jer... Agak bahaya kalau ada yg x perasan

    ReplyDelete
  6. gomen opis memang gini. da tau ramai org, sedia kan la kaunter yg buka lebih byk. semua dpt servis yg saksama... yg bekerja pun dpt pahala :-)

    ReplyDelete
  7. sapa tak merunggut kalau keadaan mcm tu...kan ke baik kalau serives dipertingkatkan..mereka jugak yg dapat pujian..

    ReplyDelete
  8. buat x nampak kot
    alahai. sedey kan

    ReplyDelete
  9. Itulah dia. Agak2 rs lack of staff, jgn membzr duit bina kaunter byk2. Then yg bukaknya separuh dr kaunter yg ada. Menyusahkan org.

    Hal2 mcm ni, terpaksalah dtg sebelum pukul 7 cikgu. Congoklah kat situ sbb sistem gomen kite ni tak bape nak efisien.

    ReplyDelete
  10. Saya dah terbiasa sangat situasi macam ni. Kadang-kadang rasa macam nak pergi perang Sabil aje. Sakit jiwa. Kalau crowded dan servis dimulai dengan senyuman dan kata-kata manis, hati kita pun terubat juga walau kena menunggu lama. Ini tidak. Jangan haraplah nak bersopan-sopan. Sebab itu pelanggan pun kadang-kadang cepat naik angin.

    ReplyDelete
  11. situasi macam ni dh jadi perkara biasa. mmg sakit hati plus geram..tp takde gak tindakan yg diambil, kita yg ada urusan nak tak nak kena gak la harungi semua ni..sakit jiwa je..:)

    ReplyDelete
  12. kalu kerajaan mcm ni la kan...hehehe, akak pun keje kerajaan gak

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?