Kurangkan sikap pemarah seseorang anak

Berbeza dengan Naim yang tak nak minum susu badan seawal usia 11 bulan, Nazif ni masih lagi menyusu di usia 16 bulan sekarang. Lagi-lagi sejak cuti ni, langsung dibalingnya susu formula yang diberikan, 24jam nak menenen je dia ni, walaupun di persekitaran  tempat awam.

Rasanya susu sebenarnya dah tak ada sangat pun. Nazif ni saja suka nak menyusu. Saya taklah risau sangat pasal susu tak banyak, memandangkan Nazif dah makan macam-macam. Dia pun nampaknya lebih suka makan.

Ada juga saya terfikir untuk menghentikan susu badan kepada Nazif. Banyak juga faktor yang dipertimbangkan. Tapi, selepas memikirkan faktor kelakukan Nazif ni, saya rasa teruskan sahajalah sehingga dia genap dua tahun Ogos nanti. Itu pun kalau Nazif masih lagi nak menyusu untuk 8 bulan lagi.

Korang tahu tak pasal fakta kelakuan bayi yang menyusu sambil sebelah tangannya memegang payudara ibu boleh membentuk anak yang bersikap kurang marah? Ada pensyarah yang buat kajian pasal ni tau. Fakta ni saya dengar sejak belum kahwin lagi. Masa belajar teori perkembangan kanak-kanak dulu, bila pensyarah bagitahu pasal ni, saya gelakkan je perkara ni.

Bila dah ada anak ni, saya perhatikan fakta ni ada kebenaran. Masa Naim dulu, dia memang tak ada nak buat macam tu, dia hisap je susu diam-diam. Nazif ni pula memang suka pegang macam tu. Mulanya saya geli, dan cuba tak nak bagi dia pegang atau picit payudara masa dia menyusu. Tapi, dia nak juga buat, jadi saya pun membiasakan diri.

Dari segi kelakuan diorang ni, Naim kelihatan mudah nak marah walaupun dia ni manja. Nazif pula, cool, semua orang pun tahu dan boleh perasan yang dia ni jenis tak marah. Contohnya, kalau Naim usik dia, ambil dari tangannya apa yang dia tengah main, dia tak mengamuk, malah dia pusing dan cari mainan yang lain pula. 

Jadi, selain mengeratkan hubungan dengan anak, buat saya kekalkan berat badan, rasanya faktor membentuk sikap Nazif yang kurang pemarah, saya pasti akan teruskan penyusuan si comel ni sehingga usianya dua tahun.

Maaf kalau entry kali ni agak sensitif. Apa yang saya nak tegaskan kat sini, pembentukan sikap anak bermula sejak dari awal lagi. Bukanlah sepanjang masa anak saya ni tak marah, dia cuma kurang bersikap marah dan ada masanya dia juga macam bayi lain yang akan banyak menangis. Semua ibu nakkan yang terbaik untuk anaknya, kan?

Comments

  1. betul AN..semua ibu nak kan yang terbaik untuk anak2

    ReplyDelete
  2. Satu realiti yg tak boleh disangkal. Kakak adik-beradik semuanya susu badan arwah mak. Tak usah banding anak-anak bapak memang 7 perempuan mungkin boleh kata kami semua sangat akrab tapi abg kami yg satu pun sama. Kami tak bergaduh (mungkin ada tapi jaaaarang sangatlah) selalu itu yg kakak bagitahu anak-anak - boleh tanya sebab atok (bapak kakak) masih hidup. Itulah baiknya susu badan Aisy. Usah kata marah, tengking-tengkin pun tak ada rasanya... SO kalau ada peluang mengapa nak abaikan kebaikan yg dah depan mata kan... teruskan Aisy.

    ReplyDelete
  3. owh..cm tu ye..bagus fakta ni..masa AniqFiras masih menyusu badan dulu,memang ada gak dia buat cm tu..tapi IbuNoey kerap kali tolak..

    ReplyDelete
  4. Kat rmh knor, besar dah, tapi gaduh jugak....gaduh adik beradik....

    ReplyDelete
  5. laaa lieya baru tau hahahaahah sbb dayyan mcm tu laaa...sebelahhisap sebelah gentel...geli menahannye....tapi dayyan genap 2 tahun lieya stop kan ...sbb die pun dah minum formula....hisap nenen mcm nak lepas gian jek sedangkan susu pun takde...so ajar slow2 putus susu.....

    ReplyDelete
  6. sama mcm zahin dan ain..baby tak..zahin sampai sekarang tak dapat nenen perut umi pun jadilah bila dia nk tidur.

    ReplyDelete
  7. alamak termasuk blog ibu2...hehe.;.takpa boleh buat tambah ilmu bila dah ada anak nanti..hehe..

    ReplyDelete
  8. dalam quran pun kata teruskan smp 2 tahun kalau boleh..klu dh nazif mahu takde sebab awk nak stopkan susu badan utk dia..

    sy terkejut dengan kajian ni..tak sgka pulak ye..sbb afia mmg suka pegang cam awk kata tu..dia klu menyusu tgn tak reti dok diam..ada je benda dia nak gentel..sy selalu geli n kadang2 sakit gak sbb kuku dia walau tak panjang mmg mencengkam.haha.boleh percaya kot sbb afia mmg sejak baby sgt cool orgnya..till now masih lagi,kedepan2 nti tak tau la pulak..

    aiman agak pemarah juga..tp biasanya dia akan marah bila main game,tak lepas level kadang smp nangis..geram je tgok..aiman bf smp 3 bulan je.pastu terus formula.sbb dulu dia kena tinggal kt kmpg sebulan sementara sy carik pengasuh..time tu tgn tak berapa aktif lagi kan..tak bley nk buat perbandingan la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah... rasanya saya belajar ni dalam subjek psikologi kanak2.. entah, lupa sebab dah lama. Tapi macam tulah yg dikatakan oleh pensyarah. Sebab tu ada murid yang bermasalah di sekolah, kalau kita kaji latar belakang ada yang ibu bapa bercerai atau apa2 masalah.

      Afia patutla comel je...jenis cool kan dia..

      Delete
  9. betol ke? fyah ni pon camtu gak

    ReplyDelete
  10. mungkin ada benarnya kajian tu…
    Tapi ni saya baru tahu pasal kajian tu…
    Pengalaman saya, tiga2 anak mmg menyusu badan tapi mmg tiga2 bukan jenis yg menggentel… mmg bernasib baik sgt… pasal pemarah tu pun, kurang pasti… setakat ni rasanya nampak cool jer tiga2 tu :)

    ReplyDelete
  11. bagus info ni,selama ni akak taktau pun

    ReplyDelete
  12. Ye ke AN? ... okje tak perasan pulak perangai mereka.....Tp Si TLBD mmg suka pegang tuttt.....Kadang tu sampai naik rimas pulak rasanya.
    Anak OKje yg sulung pulak suka menyambil pegang ketiak....

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?